Tazkirah Jumaat - Dekat Dengan Allah

10:40 AM



Assalamualaikum. Salam Jumaat penghulu segala hari. Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua. Amiinn

Pagi ni, Eina ada terbaca perkongsian dari Heliza Helmi di Instagram yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Kenal kan siapa Heliza Helmi, hehe. Boleh check insta dia ya. @nurhelizahelmi


Ok, ini antara tulisan beliau dalam insta

Petikan taujihat Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.
::Usrah Musika:: 18/11/2015.

1. Ramai dikalangan kita sibuk mengejar harta kerana menyangka ia menjadi ukuran nilai kehebatan kita di dunia. Money is power, no money no talk.

2. Hadis: janganlah jumpa org kaya dan hormat org kaya kerana kekayaannya, kerana jika begitu 2/3 agamanya akan hancur.

3. Ada yg sibuk dgn jawatan,  berebut jawatan kerana menyangka jawatan memuliakan kita. Kalau jawatan memuliakan nescaya Firaun itu lebih mulia.

4. Ada pula yg obses dgn kecantikan. Kalau kecantikan jadi ukuran maka bilal bin rabah akan jadi hina, sedangkan Allah jadikan bilal bin rabah penuh kemuliaan sehingga dlm Israk mikraj di syurga, Rasulullah s.a.w dengar tapak kaki Bilal di Syurga. Di tanya apa amalannya, kata bilal beliau selalu berwuduk, batal, berwuduk semula, dan lepas berwuduk bilal solat sunat 2 rakaat. Kerana itulah Bilal dimuliakan, sabda nabi s.a.w.

5. Pernah sahabat berkali kali bertanya mengapa Bilal saja yg selalu azan sedangkan suara belia garau. Rasulullah menjawab Bilal telah membawakan kita datang solat jemaah. Suatu hari Rasulullah suruh bilal berehat, sehingga sahabat lain yg azan lebih merdu, sehingga sahabat tidak tersedar.  Jibril dtg kpd Rasulullah bertanya hari ini tiada azan? Kerana bila bilal azan kedengaran sehingga ke Arasy Allah.

6. Saad bin Muadz syahid, bergegar Arasy Allah, kesyahidan nya dipertontonkan kepada 70000 lebih para malaikat dan diuruskan sehingga selesai. Saad bin muadz jauh lebih gelap dan hitam dari Bilal Bin Rabah.

7. Fokus perjalanan hidup kita mesti rebut utk dekat dengan Allah: 
✔️ belajar jadi Ikhlas
Besarnya nilai surah Alikhlas 1/3 Quran.
Sukarnya menjadi ikhlas, ikhlas pada keluarga,  masyarakat,  kerja. 
✔️ lazimkan zikir dalam hidup. 
Ulama(imam Nawawi)karang kitab Alazkar 
Zikir Ibarat nyawa kita dalam kubur. 
✔️ baca Alquran sehingga peringkat sebelum mati kita boleh capai 3 hari sekali khatam. Tanda kita dah hampir dengan Allah. 
Kalau tak boleh baca, cari guru.
Kalau dah boleh baca, banyakkan hafalan. Sekurang kurangnya 3 surah utama

1. Almulk (baca sebelum tidur) 30 ayat.
Sabda nabi, siapa baca sebelum tidur dan meninggal dunia, terlepas dari soalan Munkar nakir dlm kubur.
2. Surah Alkahfi:110ayat.: melindungi dari fitnah dajjal.
3. Surah Al-baqarah: 286 ayat.
Sabda nabi mana-mana rumah yg dibaca Al-baqarah,  syaitan tak masuk.
Sesiapa yg nak jadi pemimpin kena ada surah Al-baqarah dalam dada. 

✔️ Mesti dekat dengan Alim Ulama.
Jangan hina. Jangan jauh. 
Firman Allah: dikalangan hambaKu yg takut Denganku ialah Ulama. 
✔️ Banyakkan berinfaq di jalan Allah. 
Infaq: Tenaga, harta, nyawa(tertinggi)
Apa sumbangan aku pada agama?
Ramai org yg hampir mati menjadi ralat pada dia Harta benda dia.
Disebut dalam Alquran: Org yg nak mati minta tangguh sekejap mati kerana nak bersedekah.

Siapa yg cinta nak berjumpa Allah, Allah pun cinta nak jumpa dia. Siapa benci nak jumpa Allah, Allah pun benci nak jumpa dia.

Catatan:Hazamin Inteam

#usrahMuzika

Credit to @nurhelizahelmi
Sharing is caring :)

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)