Tips Kuruskan Pipi

4:50 PM

tips kuruskan pipi


Selalu baca tips kuruskan badan jer kan. Kali ni kita cuba tips untuk menguruskan pipi yang paling mudah dilakukan.

Ok, sesetengah orang bila dah dapat berat badan yang ideal, dah diet, jadi kurus semualah, tapi bahagian pipi tak kurus pun. Bulat jer mukanya. Orang panggil 'pipi pau'. Hehe

So, macam mana nak dapatkan pipi kurus seiring dengan badan kurus? Ok jom kita cuba buat 7 senaman simple untuk kuatkan otot pipi. Actually senaman ni dapat menampakkan lagi bentuk muka. Dagu pun boleh nampak runcing tau.

Senang jer senamannya. Follow ⤵️⤵️

1. Sebut huruf A E I O U setiap pagi dan juga malam sebanyak 40 kali. Kena rajin lakukan senaman ini kalau nak lihat wajah korang jadi kurus.

2. Sebut huruf X dan O sehingga korang membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut.
*Kalau korang nak tahu, senaman X-O merupakan senaman muka yang sangat famous.

3. Senaman tepuk dagu. Tepuk dagu korang dengan menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Teknik ini untuk menghilangkan dagu berlapis.

4. Sebut Ma Mi Me Mo Mu sebanyak 10 kali. Teknik ini utk menguatkan otot muka & juga bibir. Ini dinamakan senaman korea.

5. Senyum lebar sambil menutup rapat bibir & tahan selama 15 saat. Kemudian lakukan senyuman lebar dgn menampakkan semua gigi korang dan tahan selama 15 saat.
*Ulang beberapa kali okay.

6. Tutup mulut dan kembungkan kedua pipi. Korang tahan selama 5 saat. Kemudian, korang lakukan pada pipi kanan dalam kiraan yang sama dan ulang langkah ini beberapa kali.

7. Bentukkan bibir korang seperti huruf o. Buat beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan hingga senyuman korang jadi selebar-lebarnya. Ulang beberapa kali okay.


Ok, itu sahaja senamannya, senang kan? Sambil baca pun, boleh buat kan. Kena konsisten buat tau, baru boleh dapat hasilnya. Then bentuk muka korang boleh jadi macam ni 👇. Hehe macam Angelina Jolie tu

jawline, kuruskan pipi

Ok semua, selamat mencuba tips-tips mudah untuk kuruskan pipi pau ini :)

Sumber: twitter

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)