Cara-Cara Cuci Muka Dengan Betul
4:07 PMNak cuci muka ni pun ada caranya tau. Bukan setakat cuci jer. Jangan fikir cuci muka dengan pembersih muka tu, muka kita dah cukup bersih tau. Kalau nak dapat kulit halus, cantik dan bersih kita kena disiplin bila mencuci muka. And sudah pasti dengan cara yang betul, bukan pakai gosok jer ya.
Jom ikut cara-cara mencuci muka dengan betul seperti di bawah untuk dapatkan kulit benar-benar bersih.
1. CUCI TANGAN
Cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh wajah anda. Langkah ini yang paling penting sekali. Sebenarnya, wajah menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Sebelum mula menyentuh atau mencuci wajah, pastikan basuh dulu tangan anda. Jika tangan anda kotor, tak guna lah anda mencuci wajah kerana kotoran seperti debu, habuk dan kuman masih ada di tangan.
2. BUANG KOTORAN PADA WAJAH
Buang segala kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan make up remover atau make-up remover tissue. Make-up amat susah untuk ditanggalkan jika hanya dengan mencuci muka sahaja. Jika make up tidak dicuci dengan betul, liang-liang pori akan tersumbat dan akan menyebabkan kulit yang bermasalah seperti jerawat dan berminyak.
3. PILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI
Kenali kulit wajah anda. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi. Kemudian, ratakan pencuci muka ke suluruh muka. Jangan sampai ada bahagian yang tertinggal.
Cara urutan yang betul boleh dilihat di gambar, anda harus fokus kawasan dahi dan t-zone. Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.
4. CUCI DENGAN AIR SUAM
Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.
5. JANGAN LAP DENGAN TUALA
Selepas mencuci muka, biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka. Kalau mahu juga keringkan wajah, lap dengan tuala lembut seperti microfiber towel.
6. PAKAI MOISTURIZER/KRIM MALAM SELEPAS CUCI MUKA
Lengkapkan rutian cucian muka anda dengan sapukan krim pelembap pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda kerana penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit wajah. Untuk waktu malam, boleh gunakan krim malam selepas mencuci muka
Moisturizer dengan SPF50
So, jangan malas untuk mencuci wajah anda sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengekalkan kesegaran kulit wajah. Dan jangan lupa ikut cara mencuci muka dengan betul di atas. Bila ada wajah yang bersih dan cantik, baru lah ada keyakinan yang tinggi untuk bertemu orang.
Sumber: Nona
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)