7 Cara Elak Lemak Tepu Dalam Badan
4:34 PMApa itu Lemak Tepu? Lemak tepu ialah sejenis lemak di mana rantai asid lemaknya mempunyai ikatan tunggal secara banyak atau keseluruhannya.
Eina share 7 cara elak lemak tepu dalam badan.
1. Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi
2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan
3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari
4. Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi
5. Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda ingin menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Sebaiknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
6. Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 ini boleh didapati dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna dan sardin, Anda juga boleh membeli kapsul suplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
Baca juga : Manfaat Asid Lemak Omega-3 Untuk Kesihatan
7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
2 comments
gee ada tag kak eina join giveaway tau :)
ReplyDeletehttp://www.zianaeunos.com/2019/10/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html
Tq Gee, akak dah join :)
DeleteTerima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)