Tanda-Tanda Badan Perlu Detox

11:30 AM


Terdapat beberapa sebab dan tanda badan anda perlu melakukan detox. Pada waktu ini, kita sering terdedah dengan persekitaran yang banyak kandungan toksin seperti pencemaran alam sekitar, asap-asap dari kenderaan, bahan-bahan kimia atau bahan pengawet yang selalu kita gunakan tanpa sedar adalah faktor-faktor toksin boleh meresap ke dalam tubuh kita.

Walaupun tubuh badan anda berasa sihat, anda jarang jatuh sakit, tidak semestinya anda tidak perlu buat detox.

Jika anda sememangnya mengamalkan pemakanan sihat dan melakukan gaya hidup sihat dengan bersenam 3 kali seminggu secara konsisten, mungkin anda tidak perlu buat detox.

Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di bawah, anda dinasihatkan melakukan detox untuk kesihatan tubuh badan anda.


1. Anda Mempunyai Berat Badan Berlebihan


Bila berbicara soal detox, sudah pastinya kita akan kaitkan dengan salah satu proses untuk menguruskan badan. Ya, betul. Pertama sekali, anda perlu tahu kiraan BMI yang ideal dengan berat badan anda. Jika bacaan BMI tidak normal. Anda seharusnya melakukan detox untuk mengurangkan berat badan.

Apabila melakukan detox, tubuh badan akan mengeluarkan toksin yang berlebihan di dalam tubuh badan. Apabila toksin berjaya dikeluarkan, fungsi tubuh badan akan menjadi sihat dan bekerja dengan efektif untuk membakar lemak yang terkumpul. Secara tidak langsung, ia meningkatkan kadar metabolisme badan dan membantu menurunkan berat badan dengan efektif.


2. Sentiasa Rasa Letih, Stress dan Tertekan.


Tidak cukup rehat menyebabkan kita sentiasa rasa letih, stress dan tertekan. Toksin berlebihan juga boleh menyebabkan kita sering berasa letih dan kurang bertenaga. Apabila badan kurang bertenaga, kita akan mudah berasa stress dan tertekan. Jadi, anda perlu melakukan detox.



3. Kulit Sentiasa Berjerawat, Kusam, 'Complexion' dan Tidak Sekata


Apabila kita berpeluh, itu salah satu cara tubuh badan mengeluarkan toksin. Tapi apabila sistem dan kalenjar peluh dipenuhi toksin, ia akan memberi kesan kepada kulit. Masalah kulit berjerawat dan kusam merupakan tanda bahawa tubuh badan anda mempunyai banyak toksin. Lakukan detox untuk kulit yang sihat dan cantik.


4. Masalah Penghadaman, Tidak Selesa dan Sembelit


Pengumpulan toksin berlebihan dalam tubuh badan akan membuatkan anda berasa kurang selesa seperti kembung perut. Malah lebih teruk lagi, ia mengakibatkan terjadinya masalah perhadaman yang menyebabkan sembelit. Sistem kumbahan anda perlu dibersihkan dan dikosongkan setiap hari bagi memastikan ia berfungsi seperti biasa. Apabila detox dilakukan, sistem penghadaman akan lebih efektif dan sistem pencernaan akan lebih sihat untuk membuang sisa dan baham kimia dari tubuh anda.


5. Persekitaran Anda Terdedah Kepada Bahan Kimia Setiap Hari



Bagi anda yang bekerja di luar dan sentiasa terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat, pengumpulan toksin akan mudah terbentuk pada tubuh anda. Faktor cuaca tidak menentu juga, penyebab terhasilnya bahan-bahan kimia berbahaya pada tubuh badan kita. Toksin juga boleh terjadi sekiranya anda kerap memakai alat solek yang berlebihan setiap hari. Apabila melakukan detox, ia dapat membantu menguatkan sistem imunisasi badan anda. Tubuh badan anda akan berasa lebih sihat dan lebih kuat untuk melawan radikal bebas penyebab toksin. 


Lakukan DETOX!

Sebagai permulaan, lakukan detox selama 7 hari. Ia membantu sistem penghadaman yang sihat, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan fokus dan tenaga juga membantu membaiki kualiti tidur anda.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)