7 Cara Elak Lemak Tepu Dalam Badan

4:34 PM

Apa itu Lemak TepuLemak tepu ialah sejenis lemak di mana rantai asid lemaknya mempunyai ikatan tunggal secara banyak atau keseluruhannya.


Kebanyakan lemak haiwan bersifat tepu, namun tidak pula pada lemak tumbuhan dan lemak ikan. 

Pelbagai lemak mengandungi bahagian lemak tepu dan tak tepu yang berbeza. Contoh makanan yang mengandungi kadar lemak tepu tinggi termasuk produk lemak binatang seperti krim, keju, mentega, produk tenusu dan daging berlemak yang juga mengandungi kolesterol.

Terdapat produk sayuran tertentu yang mempunyai kandungan lemak tepu tinggi, seperti minyak kelapa dan minyak isirong sawit. Banyak makanan yang disediakan mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi seperti pizza, pencuci mulut tenusu dan sosej.

Eina share 7 cara elak lemak tepu dalam badan.


1. Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi

2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan

3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari

4. Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi

5. Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda ingin menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Sebaiknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.

6. Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 ini boleh didapati dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna dan sardin, Anda juga boleh membeli kapsul suplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.

Baca juga : Manfaat Asid Lemak Omega-3 Untuk Kesihatan
Ingin dapatkan sumber Asid Lemak Omega-3 yang berkualiti? Cuba Omegaguard Shaklee ;)

7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.


Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.


You Might Also Like

2 comments

  1. gee ada tag kak eina join giveaway tau :)

    http://www.zianaeunos.com/2019/10/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)