Berapa Keperluan Kalsium Harian Badan Kita? | Eina Md Ali

5:25 PM

 


Tubuh badan manusia memerlukan kalsium yang cukup bagi proses fisiologi tubuh dan penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Keperluan kalsium bagi setiap individu berbeza mengikut peringkat umur.


Jumlah kalsium yang diperlukan bagi golongan bayi yang berumur dari 0-12 bulan adalah antara 200-260mg sehari. Bagi kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun pula adalah sebanyak 700mg sehari.
Untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 8 tahun pula, mereka memerlukan jumlah kalsium sebanyak 1000mg sehari. Pada peringkat ini kalsium sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi mereka.

Golongan remaja yang berumur antara 9 hingga 18 tahun adalah golongan yang paling aktif, jadi mereka memerlukan lebih kalsium setiap hari iaitu sebanyak 1300mg sehari.

Bagi golongan dewasa yang berumur 19 hingga 70 tahun, secara puratanya mereka memerlukan 1000mg jumlah kalsium dalam sehari. Tetapi untuk golongan perempuan dewasa dan dewasa yang berumur 71 tahun ke atas mereka memerlukan lebih lagi iaitu 1200mg kalsium sehari.

Macam mana nak dapatkan sumber kalsium?

Kalsium boleh diperolehi dari diet seharian kita. Antara makanan yang mengandungi kalsium adalah seperti susu, keju, yogurt dan beberapa jenis kekacang dan sayur-sayuran seperti bendi, kacang soya, almond, orange dan bijan

Antara tanda-tanda kekurangan kalsium ialah rasa kebas dan berdenyut-denyut di bahagian jari, kejang otot, sawan, keletihan, tak boleh tidur malam atau insomnia, kurang selera makan serta rentak jantung yang tidak normal.

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh (osteoporosis). Ini disebabkan terjadinya penurunan ketumpatan jisim tulang iaitu osteopenia. Malah, gigi juga akan cepat menjadi rapuh.

Jadi amatlah penting pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari. Kalsium sangat penting bagi pembentukan tulang dan juga gigi yang kuat.

Jika anda tidak dapat sumber kalsium yang mencukupi dari diet seharian, boleh ambil suplemen kalsium bagi membantu atasi masalah kekurangan kalsium.


Ostematrix, suplemen Kalsium


Terdapat pelbagai jenis suplemen kalsium di pasaran. Tapi Eina nak recommend kat korang suplemen kalsium dari Shaklee iaitu Ostematrix.

Ostematrix bukan sekadar Kalsium, ia diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Anda memerlukan lebih daripada Kalsium untuk tulang yang kuat dan sihat.

Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral penting diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika kita berumur.

  • Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang
  • Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
  • Boron - Membantu metabolisme tulang
  • Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
  • Kuprum, Zink dan Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.


Baca sini
Bagaimana Mengekalkan Tulang Yang Kuat
Soal Jawab Mengenai Ostematrix Shaklee
Testimonial Ostematrix

 

So, kalau nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina


Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina

You Might Also Like

12 comments

  1. Berapa saiz tablet ostometrik ni? Besar ke kecik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik jer, tak sampai 1 inci pun. Senang nak telan 😊

      Delete
  2. Bagus info nyer👍👍
    Cikbunga minum susu pon malas☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak minum susu, kena ambik yg jenis tablet mcm suplemen la, hehe

      Delete
  3. Wah nice sharing! Dulu Hana rajin jugak minum susu tinggi kalsium sebab nak cepat tinggi haha. Malangnya tak tinggi-tinggi jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketinggian kita akan stop start umur 20 tahun. Lepas 20 tahun tu, memang x boleh tinggi dah. Hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Kan, sedangkan kalsium ni sangat penting untuk kita

      Delete
  5. susu biasa tak lalu nk telan, tapi kalau ada flavour laju je esp yg chocolate..hehe..selalu ganti dgn yoghurt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, asalkan cukup kandungan kalsium yang kita perlukan. Jangan tak ambil langsung sudahlah, hehe

      Delete
  6. Jarang minum susu, lebih suka yoghurt..kalsium penting, jiran saya jatuh di masjid, patah tangan sbb kurang kalsium..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Kalau lambat pulih, tandanya kurang kalsium la tu. Kena make sure cukup kalsium kita ambil ya.

      Delete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)