Friday, 23 October 2015

Makanan Sunnah Baik Untuk Anda dan Anak Anda


Makanan dan minuman  adalah bahan asas yang paling penting dalam kehidupan seharian. Ia merupakan satu keperluan bagi mengekalkan kesihatan dan kekuatan manusia. Begitu juga dengan bayi anda yang memerlukan makanan untuk tumbesaran mereka.

Dewasa ini makanan Sunnah sering menjadi pilihan ibu bapa kerana khasiatnya bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa malah ia juga boleh dicampurkan dalam penyediaan makanan kepada bayi dan anak kecil anda.

Antara makanan Sunnah yang boleh diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian adalah seperti buah kurma, kismis, madu, buah tin, buah zaitun, buah delima, buah aprikot, kacang badam, za'faran dan banyak lagi.

Kurma

Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja. Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan. Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain.

Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan. Kurma juga dikatakan baik untuk menguatkan daya ingatan selain kismis. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Kismis

Kismis adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia. Ia tidak mengandungi kolesterol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan anti-oksida (anti-penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa (suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.

Kismis dapat membantu meningkatkan memori dan hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak.

Ia juga dapat menajamkan mata, minda dan menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar. Secara umumnya, ia membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stress, merawat penyakit histeria, penyakit anemia, merawat masalah anak hiperaktif dan sebagainya.

Habbatus Sauda

Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak buah bunga nigella sativa (habbatussaubda')memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.

Penggunaan kerap buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') yang meningkatkan keutuhan sistem imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah dijangkiti selsema.

Madu

Madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. Manakala bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut.

Ia juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Selain itu juga, mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersi dan menambah darah.

Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh segera cirit birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. Secara umumnya ia membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. Selain membantu menyembuhkan penyakit, ia juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk wanita mengandung serta bersalin.

Oleh itu, disamping mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, makanan Sunnah jangan dilupakan. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dengan mengamalkan pemakanan Sunnah yang banyak khasiat ini.

Moga bermanfaat ;)

~~~~~
"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info :-
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...