Ulang Tahun Kelahiran Suami Tercinta

11:39:00 pm

Hari ini 21hb Oktober 2015 merupakan hari ulang tahun suamiku tercinta yang ke-35 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang meraikannya bersama anak-anak tersayang.

Biasanya akan disambut dengan makan di mana-mana restoran. Tapi disebabkan keadaan cuaca berjerebu, suami pun agak sibuk, jadi kami sambut di rumah sahaja. Saje nak happy-happy dengan anak-anak hehe.

Tahun ni seperti tahun lepas, Eina buatkan kek coklat kegemaran suami juga kegemaran anak-anak Eina. Kebetulan Ilham pun request kek coklat, jadi terhasillah kek coklat kukus penuh kasih sayang untuk suami dan anak-anak. Memang senanglah, tak perlu susah payah belajar buat kek lain, sebab dorang suka kek coklat jer. Haha



Selamat Ulang Tahun Abang. Sayang abang sampai syurga ☺️😘

Doa khas untuk suamiku :)
~~~
Ya Allah, 
Kau tetapkanlah hatinya agar selalu mengingatiMu, agar selalu berada dekat denganMu.

Ya Allah
Kau panjangkanlah usianya dan berikanlah kebahagiaan kepadanya agar sentiasa dilimpahi rasa kasih sayang dalam mendidik anugerah dariMu hingga akhir hayat kami

Ya Allah
Kau permudahkanlah segala urusannya dan berikanlah dia kesihatan yg baik agar dia dapat mencari rezeki yang berkah untuk keluarga kami

Ya Allah
Kau jaga dan lindungilah suamiku daripada segala musibah dan tipu muslihat di dunia ini. 

Ya Allah
Berikanlah kekuatan kepada dirinya untuk selalu sabar menjadi pendampingku hingga ke Jannah.

Amin Ya Rabbal Alamin.
~~~

Semoga Allah memberkati kita sekeluarga. Amin InshaaAllah

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

My Google+

Pageviews