Cara Pemilihan Skincare yang Sesuai

10:00:00 am



Bagi golongan wanita, pasti amat mementingkan penggunaan skincare dalam kehidupan seharian. Khususnya bagi golongan yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat, bintik-bintik putih atau hitam, kulit kering, masalah jeragat, masalah kedutan, masalah parut dan macam-macam lagi masalah kulit yang lain, pemakaian skincare adalah sangat dititikberatkan.

Hari ini, terdapat banyak jenis skincare yang ada di pasaran. Semuanya menjanjikan akan menjadikan kulit anda cantik, cerah, gebu dan bebas dari sebarang masalah kulit. Tapi bagaimana ingin memilih skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit kita? 😒

Ok, ini antara cara pemilihan yang paling penting 

1. Kenalpasti Jenis/Masalah Kulit 
Kenali jenis kulit anda


Ok, pertama sekali anda perlu kenalpasti jenis dan juga masalah kulit anda. Apabila nak cuba sesuatu produk, cari yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit anda. Jika jenis kulit sensitif, elakkan produk dengan ramuan yang berpotensi menimbulkan kesan iritasi, seperti getal-gatal dan kemerah-merahan. Jika kulit jenis berminyak, cari produk berasaskan air dengan tekstur gel atau losyen. Ia membantu mengurangkan kulit berminyak. Untuk kulit kering pula, cari bahan-bahan yang boleh menghidrat kulit, supaya kulit sentiasa lembab. Jika ingin lebih kepastian, buat analisis kulit anda terlebih dahulu.


2. Kenalpasti Ingredients Skincare
Kaji kandungan skincare tersebut
Baca dan kaji dulu kandungan setiap skincare tersebut. Apa bahan-bahan yang digunakan? Di khuatiri bahan-bahan yang digunakan tidak sesuai dengan kulit anda. Mungkin bahan tersebut akan menjadikan kulit anda lebih bermasalah. Untuk lebih selamat, pastikan bahan-bahan yang digunakan benar-benar natural dan selamat digunakan. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan ya. Contohnya, jenis kulit anda jenis kulit normal atau kering, anda tidak boleh menggunakan pembersih yang mengandungi minyak mineral, ia akan menyumbatkan liang pori juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat. So sebab itu penting kenalpasti setiap ingredient skincare tersebut. Pastikan skincare tersebut bebas bahan kimia dan tidak diuji ke atas haiwan. Sememangnya ia selamat digunakan.


3. Baca Review Berkenaan Skincare Tersebut

Dapatkan review atau pengalaman dari pengguna lain

Ok, yang ni Eina pun sangat penting, kita perlu cari, bertanya dan baca review daripada pengguna mengenai skincare yang kita nak beli dan pakai. Ketahui kesan-kesan dari penggunaan skincare tersebut, kaji samaada ia betul-betul sesuai dengan keadaan kulit kita atau tidak. So, bila dapat review yang bagus dan kita pun berpuashati, baru boleh buat keputusan.


3. Dapatkan Konsultasi Dengan Betul

Dapatkan konsultasi yang betul dan terbaik
Dah tau skincare mana nak beli, cuba cari orang yang betul-betul boleh beri kita konsultasi mengikut keperluan kulit kita. Consultant tersebut, semestinya yang boleh jawab dan pakar dengan skincare tersebut. Minta consultation sampai anda betul-betul puas hati ok. Jangan jadikan harga sebagai pengukur untuk menentukan sesuatu produk itu benar-benar bagus dan sesuai dengan anda. Pastikan harga berbaloi dengan keberkesanan jenis skincare tersebut.


Semoga tips pemilihan skincare ini, dapat membantu anda membuat dan memilih skincare yang betul dan sesuai dengan kulit anda.


~~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/0192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya
Facebook Page: Vitamin Kesihatan Sejagat
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina
 

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

Pageviews