Fungsi Setiap Item Youth Skincare

12:30 PM

Youth Skincare dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH™ terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa

2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda dengan YOUTH.

Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad yang lebih muda.


1.  Youth Luminous Gel Oil Cleanser


Fungsinya
Membersih, menghalus, dan menyediakan kulit anda secara lembut untuk wajah yang lebih berseri. Ia juga menjadikan kulit lebih segar.

Keistimewaannya
3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Bahan-bahan di dalam Youth Luminous Gel Oil Cleanser 
1. Vital Repair+®
2. Ekstrak Anggur Muscadine
3. Ekstrak Alga Hijau (untuk exfoliate / scrub super lembut membuang sel kulit mati sambil melembapkan kulit, tidak menyakitkan kulit)
4. Avocado Oil
5. Ekstrak Yis 



2. Youth Perfecting Skin Toner


Fungsinya
Membersihkan sel kulit mati, menghidrat dan membekalkan nutrisi kepada kulit anda. Ia juga bantu menanggalkan blackhead dengan berkesan serta melembutkan kulit

Keistimewaannya
Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri

Bahan-bahan di dalam Youth Perfecting Skin Toner
1. Vital Repair+®
2. Ekstrak Anggur Muscadine
3. Ekstrak Alga Hijau
4. Ekstrak Yis


3. Youth Activating Serum


Fungsinya
Menjana dan memperbaharui kulit pada peringkat sel untuk kulit lebih berseri dan lebih muda

Keistimewaannya
Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Bahan-bahan di dalam Youth Activating Serum
1. YOUTH Complex
2. Apple Cell
3. Lotus Japonicus
4. Encapsulated Vitamin A Retinol


4. Youth Age Defense Moisturizer - SPF 50


Fungsinya
Melindungi, menyuburkan dan melembabkan kulit anda serta meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit.

Keistimewaannya
Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Bahan-bahan di dalam Youth Age Defense Moisturizer -SPF 50
1. SPF 50
2. Vital Repair+® Complex
3. Muscadine Grape Extract


5. Youth Advanced Renewal Night Cream (Light or Rich)




Fungsinya
Menyokong pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda dan berseri. Melembabkan kulit juga membantu penghasilan kolagen dan elastin.

Keistimewaannya
Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah

Bahan-bahan di dalam Youth Advanced Renewal Night Cream (Light)
1. Vital Repair+® Complex
2. Schisandra Chinensis
3. Lotus Japonicus


Fungsinya
Menghidrat kulit dengan lebih mendalam serta melembutkan kulit. Bantu mengecas dan bantu sel kulit semasa tidur dengan menjadikan kulit lebih lembut dan licin.

Keistimewaannya
Krim malam ini diformulasi dengan shea butter dan jojoba menghidratkan kulit dengan mendalam serta melembutkan kulit. Alga Marin ditambah dengan anti oksida yang kaya dengan vitamin membantu mengecas dan membantu sel kulit semasa anda tidur, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah

Bahan-bahan di dalam Youth Advanced Renewal Night Cream (Rich)
1. Vital Repair+® Complex
2. Lotus Japonicus
3. Shea Butter
4. Minyak Jojoba


6. Youth Radiance C+E


Fungsinya
Menggebu, mencerah, dan mengurangkan penampilan garis halus, kedutan, pigmentasi, menambahbaik tekstur serta tona kult yang lebih sekata.

Keistimewaannya
⇛Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.
⇛Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
⇛Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.
⇛Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan di dalam Youth Radiance C+E
1. 20% Vitamin C dan E tulen
2. Ekstrak Raspberi
 




 Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh terus berhubung dengan Eina ya.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)