Dapatkan Tubuh Langsing & Sihat

2:37 AM

Hai...pada anda yang berdiet pasti tertarik bila baca tajuk entri kali ni kan...hehe. Kali ni saya nak kongsikan sedikit pelan mini untuk dapatkan tubuh langsing dan sihat. Semua orang inginkan tubuh langsing dan sihat kan..kalau setakat langsing tapi tak sihat tak bagus juga kan. Ramai yang ingin langsing dengan cepat tanpa memikirkan kesihatan, tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan selepas mereka berdiet dan menjadi langsing.

Ok jom, saya kongsikan 9 pelan mini untuk anda menjadi langsing dan kekal sihat.

1. Pastikan Tidur Sempurna
>> Sama ada anda mahu percaya atau tidak namun hakikatnya tidur yang mencukupi dapat membantu tubuh anda kekal langsing malah turut membantu diet anda. Kekurangan tidur akan mengakibatkan kadar kortisol (hormon stress) dalam badan meningkat. Keadaan ini juga akan mengakibatkan tubuh anda menyimpan lemak dari membakarnya. Untuk itu, sesibuk mana pun anda cuba untuk dapatkan tidur yang 'cantik' iaitu lapan jam sehari.

2. Secawan Kopi Tidak Mencukupi!


>> "Secawan kopi memadai sebagai sarapan pagi saya". Jangan jadikan kenyataan ini sebagai tabiat anda setiap hari. Anda mungkin merasakan kopi panas mampu menyegarkan mata anda yang mengantuk tetapi bagaimana pula dengan perut anda? Perut anda memerlukan sarapan pagi yang berkhasiat untuk memulakan tugasannya membakar kalori anda. Jika sarapan pagi ditinggalkan, aturan metabolisme anda bakal terganggu. Menurut Jumal Kajian Obesiti, tiga daripada empat orang yang mengambil sarapan berkhasiat terdiri dari potongan buah-buahan segar, jus atau sebarang bijirin akan lebih mudah menguruskan badan daripada mereka yang meninggalkan sarapan pagi.

3. Sentiasa Bertenang
>> Jika anda tertekan, tubuh anda semakin menghampiri keadaan kegemukan yang tidak anda ingini. Rasa tertekan sekali lagi membawa kepada peningkatan kadar kortisol yang akan menambahkan kadar lemak di tubuh anda terutamanya di pinggang. Sebaiknya bawa bertenang dan nikmati hidup dengan gembira. Tanamkan sedikit sifat humor dalam diri. Ini kerana apabila anda gembira dan ketawa, anda turut merangsang otot abdomen dan diafragma anda untuk bersenam. Manfaat yang anda  perolehi sama seperti anda beraerobik!

4. Nikmati Teh Hijau!
>> Biar rasanya tidak sesedap teh tarik, namun khasiatnya tidak mampu untuk anda nafikan. Nikmati secawan teh hijau setiap hari bagi membantu menjana tenaga tubuh dengan lebih efektif. Anda juga harus menggantikan kopi dengan teh hijau kerana teh hijau tidak mengandungi kafein tetapi masih mampu menyegarkan tubuh anda yang lesu dan mengantuk.

5. Katakan Tidak Pada Makanan Ringan!
>> Makanan ringan adalah musuh diet anda!. Walau anda hanya mengambilnya dalam kuantiti yang kecil namun kebanyakan makanan ringan sememangnya kaya dengan kalori tersembunyi malah tidak mengenyangkan dalam kadar yang panjang. Jika anda tidak mahu diet anda terganggu, pastikan tiada makanan ringan dalam troli anda setiap kali anda memberli barangan rumah. Beli makanan yang rendah lemak, rendah kalori dna tanpa kolesterol.

6. Sedapnya Sup!
>> Katakan ya pada sup apabila anda sedang berdiet. Semangkuk sup bukan sahaja mengambil masa yang lama untuk dihabiskan malah mengenyangkan untuk jangka masa yang panjang. Berdasarkan kajian di India. menikmati semangkuk sup seperti sup ayam atau sup daging mampu membantu mempertingkatkan kadar metabolisme tubuh dan mengurangkan rasa lapar. Namun ada dua perkara yang perlu anda elakkan ketika memilih sup. Jauhi sup yang berkrim kerana ia mengandungi kadar kalori tinggi dan awasi kadar garam di dalamnya. Sebaiknya elakkan hidangan sup segera atau dari dalam tin. Sup yang terbaik untuk anda nikmati adalah sup yang dimasak sendiri dengan kandungan bahan segar.

7. Pilih Satu Tempat Makan Khusus.
>> Pilih satu tempat atau meja makan khusus bagi anda di rumah dan satu di tempat kerja. Duduk dengan keadaan tenang dan nikmati makanan anda perlahan-lahan. Jangan suka makan dalam keadaan terburu-buru atau dalam keadaan di mana fikirakn anda melayang-layang memikirkan bebanan kerja. Kunyah makanan yang dimakan perlahan-lahan. Habiskan di antara 15 hinga 20 minit untuk tumpukan perhatian anda pada setiap makanan yang dimakan. Fokus ketika makan dan kenalpasti  tempat yang paling damai untuk anda menikmati makanan mewujudkan pola makanan yang lebih sempurna. Ini membuatkan anda hanya makan apa yang anda inginkan sekadar untuk kenyang bukan mengikut nafsu pada jumlah yang banyak.

8. Bantu Otot Bakar Kalori
>> Dalam apa jua rutin diet, sememangnya anda tidak boleh meninggalkan senaman. Senaman membantu tubuh membina otot. Mengapa otot penting dalam diet? Ini kerana otot membantu membakar kalori 18 ganda lebih cepat dari kadar lemak  membakar kalori anda. Apabila otot anda bertambha, secara tidak langsung kadar metabolisme anda juga akan meningkat.


9. Mulakan Perlahan-lahan
>> Jika anda baru ingin berjinak-jinak dengan senaman, mulakan secara perlahan-lahan. Minggu pertama cuba berjoging selama 15 minit, memadailah untuk sehari. Semakin stamina anda meningkat, tingkat kekerapan kepada 3-5 kali dalam seminggu dan setiap sessi cuba lakukan 30 minit. Jangan paksa otot anda jika tibuh anda tidak mampu. Kesannya nanti, tubuh dan otot anda akan mengalami kekejangan, sakit sendi dan sebagainya sebaik sahaja anda membuka mata keesokan hari. Sasarkan penurunan berat badan melalui senaman hanya dua atau tiga kilogram sahaja untuk sebulan. Kejatuhan berat yang mendadak mampu meningkatkan kesan buruk pada tubuh.

Ok, mari kita berdiet secara sihat sambil mengamalkan suplemen Shaklee. Langsing dan sihat haruslah seiring. Jom sihat bersama Cadangan Set Kurus dan Sihat Shaklee bagi membantu anda kurus, langsing dan sihat secara semulajadi.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)