Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Assalamualaikum semua

    Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2015. Dah tercapai ke semua azam korang? Mana-mana azam yang belum terlaksana, kita masukkan dalam list untuk tahun depan ya. Hehe

    "Saya nak kurus" "Saya nak kulit cantik"

    Kedua-dua ayat di atas, ada dalam list azam tahun 2015 korang tak? Kalau ada dan masih lagi belum tercapai, apa kata cuba grab item promo bulan ini, LAST DAY PROMO tau sampai 11.59 tengah malam nanti.

    Ok jom baca manfaat kedua-dua item yang boleh bantu korang cantik dan kurus ni.



    #1 LECITHIN
    ✔️ Menghalang akumulasi lemak dan kolesterol tidak baik
    ✔️ Menghalang Obesiti
    ✔️ Memecah dan membakar lemak
    ✔️ Meningkatkan fungsi kognitif
    ✔️ Menggalakkan hati yang sihat
    ✔️ Membantu mengekalkan berat badan dan badan yang sihat
    ✔️ Membantu dalam peredaran darah yang sihat
    ✔️ Mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit
    ✔️ Membantu dalam meningkatkan penyerapan nutrien

    #2 COLLAGEN POWDER
    ✔️ Melembapkan kulit
    ✔️ Anti-penuaan
    ✔️ Kembalikan keanjalan kulit
    ✔️ Mencerah & mengurangkan pigmentasi
    ✔️ Menegang & menganjalkan payudara
    ✔️ Menyokong kesihatan sendi kekuatan tulang
    ✔️ Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur

    Ok, jangan lepaskan peluang tau. Grab sekarang. Beli 6 Percuma 1 atau Beli 2 Dgn 5% Diskaun. Nak beli satu pun boleh. Whatsapp Eina ya

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading


    Korang Tahu Tak?

    Menurut kajian klinikal, wanita bersalin kehilangan banyak kolagen dalam badan. Lebih ramai anak, lebih banyak kolagen hilang!

    Jika nak nampak muda balik, kena lah makan kolagen untuk topup kolagen yang hilang.

    Serius memang betul ok. Eina sendiri dapat rasa, memang banyak kolagen hilang walaupun baru bersalin 2 kali. Nasib baik ada Collagen Shaklee yang hebat ni. 

    Collagen Shaklee mempunyai molekul yang sangat kecil iaitu 1000 dalton berbanding Collagen lain yang kebanyakannya molekulnya lebih besar (biasanya 3000 dalton). Apa kebaikan Collagen dengan dalton yang sangat kecil? Maksudnya, Collagen itu amat mudah diserap oleh tubuh badan kita.

    Eina nak share satu video dari pengguna tegar Collagen Shaklee iaitu Master Nadiah yang berkongsi bukti menunjukkan betapa mudahnya Collagen Powder Shaklee larut dalam air. 



    "Cara Nad bancuh Collagen Powder: 200ml fav drink (dalam video ni Milo), 100 ml air kosong, 1 sachet Collagen Powder, last sekali baru 1 scoop ESP :)"

    Dulu Eina ambil Collagen ni bersama dengan Yogurt Bliss atau Twister Orange + ESP, kadang-kadang ambil bersama Performance Drink + ESP. Sekarang ni Eina campurkan dengan air sejuk dan Mealshakes sahaja. Mealshakes juga sumber protein, beza Mealshakes & ESP ialah Mealshakes flavor Vanilla, ESP memang purely soya. Tapi, ikut selera masing-masing la ya.


    Tanda-tanda penuaan:-

    ✔️ kulit muka kelihatan kusam
    ✔️ berjeragat
    ✔️ berpigmentasi
    ✔️ liang pori-pori juga terbuka
    ✔️ kulit semakin hilang keanjalan
    ✔️ kulit akan lebih kering

    Jika anda mempunyai tanda-tanda penuaan seperti berikut, sila jangan abaikan pengambilan kolagen ok. Pastikan pilih kolagen yang berkualiti tinggi seperti Collagen Powder Shaklee 😊

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Assalamualaikum semua. Apa kabar? Sorry ya, agak lama tak update blog ni. Memang betul-betul bercuti. Hehe. Eh tapi kalau ada yg nak tanya berkenaan Shaklee, anytime ok. Eina akan reply juga. #kedainutrisiusjsubangjaya Eina tetap buka 24h tau. :)

    Banyak benda Eina nak cerita sebenarnya, tapi tidak berkesempatan untuk menulis lagi. Agak sibuk juga sejak balik dari bercuti 2 minggu lepas. Lepas 2-3 hari balik bercuti sibuk pula balik ke kampung mertua sebab keluarga mertua baru balik dari Umrah. Minggu ni barulah Eina bebetul back to normal routine.

    Tengah ambil mood dan kumpul semangat untuk menulis. Haha. Mengada kan :P


    Okla, next entry nanti Eina akan cerita sikit pengalaman bercuti dengan anak-anak ke Hong Kong. Then akan ada beberapa lagi entry lain. InshaaAllah blog ini akan kembali aktif. Cewahhhh

    Apa aktiviti anda hari ini? Pada yang bekerja tu, selamat menunaikan tanggungjawab ya. Sama-samalah kita. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan lagi berkat. Amiinnn :)

    Jumpa lagi ;)
    Continue Reading
    Weekend baru ni Eina sangat sibuk. Badan terasa sangat letih, dengan tidurnya tak cukup. Fuhhhh memang mencabar. 

    Jumaat lepas Eina balik kampung hubby sebab ada kenduri doa selamat sebelum keberangkatan mak mertua, kakak ipar dan ahli keluarga lain ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah. Walaupun guna khidmat catering, tapi kenduri kat kampung tak macam di bandar. Tetap juga sibuk di rumah. 


    Sabtu Eina balik Subang semula, sekali dengan mak mertua dan semua family kakak ipar Eina. Sebabnya dekat sikit nak ke KLIA ahad tu. So, semalam Eina ke KLIA hantar mak mertua, kakak ipar dan beberapa lagi ahli keluarga lain untuk pergi menunaikan Umrah.

    Pada asalnya, flight pukul 10 pagi, lebih kurang pukul 7.30pg kami dah ada kat KLIA. Tetiba diberitahu flight delayed plak sampai pukul 12 tgh hari. Berkampung la ramai-ramai kat airport tu hampir 4 jam. Sampai tertido-tido adik Mia, hehe.


    Bila tiba masa semua jemaah kena masuk, salam peluk cium dengan semua family, Ilham pun pandai sedih bila tengok Uwan nyer nak pergi. 


    Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik buat semua jemaah menunaikan Umrah.


    InshaaAllah ya anak-anak, nanti kita plak satu family ke Tanah Suci Mekah. Amiinnn  :)
    Continue Reading

    Semakin meningkat usia kita, semakin kurang kolagen dalam tubuh kita. Ini mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, kulit juga semakin kendur.

    Bukan sahaja faktor umur yang boleh menyebabkan kekurangan kolagen didalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, merokok dll. 

    Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

    Sempena bulan promo Collagen, Eina nak share sikit testimoni Collagen untuk anda. 

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    •••••
    Antara kebaikan Collagen Shaklee 

    ✔️ Anti Penuaan 
    Mengecilkan liang pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus

    ✔️ Melembap
    Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka

    ✔️ Mencerah
    Mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata

    ✔️ Menegang
    Membantu menegang dan menganjalkan payudara

    ✔️ Mengembalikan keanjalan
    Menjadikan kulit lebih anjal, tegang dan lembut

    ✔️ Meningkatkan pergerakan
    Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

    ✔️ Menyubur
    Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar

    •••••
    PROMO bulan ini dapatkan 5% Diskaun untuk 2 kotak Collagen
    •••••
    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Assalamualaikum. Apa kabar semua? Semoga semuanya sihat jer ya. Sorry ya, bulan ni jarang Eina update blog ni. Banyak betul hal nak kena selesaikan.

    Ok short update untuk penggemar ESP. Eina nak share testimoni item hot Shaklee ni.

    Antara kelebihan ESP ialah
    ✅ Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
    ✅ Bantu hilangkan parut jerawat di muka
    ✅ Memberi tenaga berpanjangan
    ✅ Menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
    ✅ Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
    ✅ Mengenyangkan dan membantu dalam pegurusan berat badan.

    ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat. Sesuai diambil oleh pesakit Diabetes.

    Jom, kita tengok testimoninya. :)

    1. ESP bantu kurangkan GASTRIK

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    ESP adalah energizing soy protien yang lengkap dengan 9 amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.

    Asid amino adalah produk yang paling ringkas dalam kumpulan protein. Kenapa kita perlu ambil protein yang terdiri daripada asid amino, sebab supaya lebih mudah diserap oleh badan secara optimum.

    2. ESP bantu jadikan kulit cantik dan badan sihat bertenaga, ESP bantu penghasilan susu ibu lebih pekat & creamy

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Protein adalah bahan asas yang diperlukan dalam pembinaan sel. Fungsi protein adalah untuk membina & membaiki sel, hormon dan enzim. Jika baik & sihat sel kita, maka baik dan sihatlah tisu, organ,sistem dan tubuh badan kita.

    Mari cuba ESP kawan2. Whatsapp/SMS Eina ya

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading


    Assalamualaikum

    Dah lama dah nak update tentang anak bujang sorang ni. Tapi selalu tertangguh. Hihi. Dah masuk 3 minggu cuti sekolah ni, apa aktiviti ibu-ibu yang ada anak tu ya. Bercuti kemana? Ermm aktiviti Eina, sama macam ibu surirumah lain, buat kerja-kerja harian kat rumah sambil layan anak-anak. Cuma rutin bertukar sikit la, kalau dulu setiap hari akan uruskan Ilham ke sekolah, then tengah hari Eina akan pergi jemput Ilham balik. Tapi cuti sekolah ni, memang seharian melayan anak-anak syurga Eina.


    Alhamdulillah selesai sesi persekolahan Ilham di Genius Aulad untuk tahun 2015. Sekejap je dah besar anak bujang Eina ni, tahun depan dah 5 tahun usianya. 


    Pada 18hb November yang lepas, Genius Aulad mengadakan Little Ihtifal & Showcase iaitu hari penyampaian sijil bagi student yang berumur 6 tahun dan persembahan/konsert dari semua student dari Genius Aulad. Excited juga ibu nak tengok Ilham atas stage buat persembahan. Hehe

    Ilham cakap dia jadi 'fish', ibu pun tak dapat bayangkan rupanya macam mana. Hehe. Hampir 2 jam juga tunggu nak tengok persembahan dari Ilham & kawan2. 


    Sampai jer part 'fish' keluar, ibu terus ke depan stage nak ambil gambar Ilham. Tetiba ibu rasa sebak plak, bila tengok Ilham atas stage tu, haha tapi tetap rasa bangga  tau. 


    Nampak tak muka monyok tu, ada kejadian sebelum dia naik stage. Lagi satu, dia cari ibu & ayah kat bawah, tapi dia tak nampak. Hehe. Kelakar jer anak bujang sorang ni.

    Nasib baik part berkumpul ramai2 tu dia nampak ibu, barulah dia ada senyum sikit. Tapi dia tak nampak ayah, sebab masa tu ayahnya tengah pangku adiknya tido. Selesai je majlis, dia tanya, "kenapa ayah tak tengok abang tadi, abang tak nampak ayah pun" hehe


    Apapun, ibu, ayah & adik mia very proud of you abg am. Be a good boy, smart boy and become a good khalifah of Allah ya.

    Selepas seminggu, ibu & ayah ke sekolah untuk RCPD (Report Card Pickup Day) plak. Excited nak tau progress Ilham kat sekolah. Teacher cakap "Ilham is very focused, one of fastest learner, reading skill is very good". Wahhh, kira ok la sebab dia baru 4 years kan. Banyak yang positif. Alhamdulillah, seronok ibu dengar. :)


    Then, teacher bagi semua buku2, hasil kerja Ilham sepanjang di sekolah dan gambar kelas sebagai kenangan.


    Sekarang tengah cuti panjang, Ilham selalu tanya, "bila nak sekolah ni". Rindu kawan2 la tu, bosan duduk rumah jer agaknya. Hehe. 

    Okla, panjang lebar cerita pasal anak bujang Ilham Ziqri ni. Thanks pada yang sudi baca ya :)
    Continue Reading
    Assalamualaikum 

    November sudah berakhir. Mari kita berjuang di bulan Disember pula.

    "Don't be the same, be better!" 💪

    Ok, seperti biasa, setiap bulan Shaklee akan tawarkan item yang berbeza-beza untuk promosi. Istimewa promosi untuk bulan ini ialah untuk anda yang ingin kurus dan cantik dalam satu masa. Shaklee juga menawarkan promosi item multivitamin untuk anak-anak anda agar kekal sihat dan cergas. Memang lengkap untuk anda sekeluarga. Haaa best ke best :)



    #1 Collagen - Untuk Cantik Comey
    ❤️ Beli 6 Percuma 1 Atau Beli 2 Diskaun 5% ❤️

    ✅ Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

    ✅ Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

    ✅ Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

    #2 Lecithin - Untuk Kurus Langsing
    ❤️ Beli 6 Percuma 1 Atau Beli 2 Diskaun 5% ❤️

    ✅ Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa lesitin amat penting dalam pemakanan kerana ia merupakan sumber fosfolipid yang terdiri daripada kolina dan inositol, iaitu komponen utama membran sel dalam setiap organisma hidup yang berfungsi untuk mengawal aliran nutrien ke dalam dan keluar dari sel.

    ✅ Lesitin juga akan ditukarkan kepada asetilkolina yang diperlukan untuk memelihara kesihatan tubuh.
    * Setiap sajian membekalkan 3.1g lesitin, yang mengandungi 468mg fosfatidilkolina dan 282mg fosfatidilinositol
    * Dirumus daripada sumber semula jadi iaitu kacang soya

    #3 Vitalea Kids - Untuk Anak Sihat Cergas
    ❤️ Beli 3 Percuma 1 ❤️

    ✅ Merupakan multivitamin untuk kanak-kanak yang sangat hebat. Mengandungi 18 jenis vitamin dan mineral untuk keperluan kanak-kanak. Multivitamin untuk kanak-kanak yang mempunyai 100% vitamin C,D dan E dengan tambahan 8 jenis vitamin B. 

    ✅ Juga mengandungi 100mg kalsium, magnesium, zinc dan lebih. Merupakan pemanis semulajadi dengan xylitol, di mana ia tidak menyebabkan kaviti. Tanpa gluten dan mempunyai rasa anggur yang sedap serta semulajadi. Tiada pemanis dan perasa tiruan atau pengawet tambahan

    Azam tahun baru untuk kurus, langsing, sihat dan cantik? Mulakan dari sekarang. Pilihlah suplemen untuk kesihatan dalaman dan terserlah di luaran. Heee 😁

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Assalamualaikum semua. Apa kabar hari ni? Semoga semuanya sihat ya. Eina sekeluarga tak berapa sihat, demam & batuk-batuk sikit. Ujian dari Allah, InshaaAllah, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. So, masa ni kena up dose Vitamin C untuk bantu kuatkan imun sistem tubuh badan. Anak-anak pula, perlu bantuan ubat-ubat dari doktor. Doakan kami sekeluarga cepat sembuh ya. :)

    Sebenarnya Eina nak share testimoni customer Eina yang baru petang tadi Eina terima. Beliau baru sebulan consume Vivix. Tujuan asalnya untuk masalah sakit buah pinggang. Alhamdulillah, walaupun kesannya mungkin agak perlahan, tapi tetap ada perubahan. Syukur





    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"
     
    ❤  Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

    ❤  Bahan-bahan utama dalam Vivix telah ditunjukkan dalam kajian klinikal dan banyak kajian makmal untuk meningkatkan pertahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel, dan prestasi sel.

    ❤  Faktor-faktor seperti tekanan, diet tak seimbang dan toksin alam sekitar boleh melemahkan pertahanan sel-sel semula jadi juga menyebabkan kerosakan DNA sekaligus boleh menyumbang kepada penuaan selular. Kajian menunjukkan bahan-bahan yang terdapat dalam Vivix memberi kesan positif kepada penuaan pada tahap sel.

    Jom VIVIX >> feel 25 years younger and live 25 years longer .
     

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading

    ✔️ 3 HARI LAGI!!! ✔️

    ✔️ Cepatt, dapatkan Vitamin C korang sementara masih promo ni.

    ✔️ Diskaun 5% untuk 2 botol Vitamin C

    ❤️ Salah satu vitamin untuk kulit cantik ialah Vitamin C. Nak kesan superb, harus cuba Vitamin C Shaklee ni tau.

    ✔️ 1 tablet Vitamin C Shaklee = 7 biji buah Oren

    ✅ Vitamin C Shaklee dapat merangsang pembentukan kolagen.
    ✅ Vitamin C Shaklee mampu mengurangkan kedutan
    ✅ Vitamin C Shaklee menghalang otot menjadi lembik.
    ✅ Vitamin C Shaklee dapat membantu melambatkan penuaan
    ✅ Vitamin C Shaklee menyekat pembentukan pigmen.
    ✅ Vitamin C Shaklee mengelakkan gejala kulit kering, ruam dan kulit kasar.
    ✅ Vitamin C Shaklee membantu menguatkan imun sistem

    Kuncinya konsisten & minum air 2-3L sehari. Hasilnya sangat #awesome. Jom sihat & cantik secara semulajadi

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Ada nampak perbezaan tak? ;)

    Eina start consume Vitamin C Shaklee pada tahun 2013. Masa tu, memang fenomena betul, sampaikan ada yang rebrand Vitamin C Shaklee ni tau. Sebab manfaatnya bukan setakat untuk kulit jer, tapi ia bertindak secara menyeluruh. 

    Vitamin C Shaklee ini juga, satu-satunya vitamin C yang dilepaskan secara berperingkat iaitu "sustained release" bermaksud ia dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan tubuh badan kita. Ianya sangat bagus, kerana tubuh badan kita tidak boleh menyimpan vitamin C, ia bersifat larut air dan mudah terhapus. Dengan perlepasan berperingkat selama 12 jam, ia dapat memastikan tubuh kita mendapat vitamin C yang berterusan.

    Selain Vitamin C Shaklee, Eina juga consume ESP & Vitamin E untuk kesihatan & kecantikan kulit Eina. ESP mengandungi sumber protein yang berkualiti bagi membantu mengekalkan kulit muda berseri, mencerahkan kulit juga memulihkan struktur kulit. Ia juga bantu regenerasi kulit dan otot serta menganjalkan kulit

    Eina consume Vitamin E untuk hilangkan kesan-kesan 'chicken pox'. Alhamdulillah, semakin kurang dan ada yang dah hilang kesannya. Kadang-kadang Vit E tu eina buat masker sebelum tidur, memang best, kulit rasa moist jer. Vitamin E juga dapat memudarkan kesan-kesan parut luka juga tau. Vitamin E buat kulit Eina dah tak kering lagi, muka pun dah tak berminyak, smooth jer. Yang paling best, masker Vitamin E ni juga bantu hilangkan kesan lebam bawah mata.

    Haaa best ke best? Apa lagi hubungi Eina sekarang ya.


    ~~~~~

    Continue Reading

    Siapa sini mengamalkan makan suplemen vitamin C. Eina memang amalkan makan vitamin C setiap hari sejak beberapa tahun lalu. Haha baru la jugak. Dulu tak konsisten. Sekarang, bila dah tau manfaat sebenar Vitamin C ni, memang tak tinggal. 

    Semua sedia maklum, kita mudah dapat sumber Vitamin C adalah dari buah-buahan. Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Tetapi buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Jadi sila amalkan suplemen sebagai ganti ya :)

    Pilihan suplemen Vitamin C Eina adalah Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee. 

    Kenapa?? Sebab..

    Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

    Antara manfaat lain Vitamin C Shaklee ialah:-

    ✔️ Meningkatkan daya tahan & daya pulih tubuh
    ✔️ Pelindung semulajadi dari serangan penyakit
    ✔️ Merangsang pembentukan kolagen yg merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan
    ✔️ Bantu melambatkan penuaan
    ✔️ Menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
    ✔️ Mencantikkan dan mencerahkan kulit
    ✔️ Meningkatkan interferon semulajadi tubuh
    ✔️ Merangsang T-cells untuk melawan kanser-kanser dari tubuh dengan berkesan
    ✔️ Mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
    ✔️ Bantu memperbaiki insomnia, stress, masalah berkaitan metal seperti keresahan
    ✔️ Meningkatkan sistem imun dengan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
    ✔️ Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
    ✔️ Mengurangkan simptom selsema, alergi hidung dan kulit serta asthma.
    ✔️ Memperbaiki simptom pendarahan
    ✔️ Memulihkan kecederaan dengan cepat
    ✔️ Mengelakkan gejala kulit kering, ruam dan kulit kasar.
    ✔️ Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat
    ✔️ Menghindar arteriosclerosis, thrombus serta menghalang pendarahan dalaman seperti hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

    Jika anda ingin cuba Vitamin C Shaklee ni, tinggal 7 hari jer lagi promo Vitamin C ya. Kenapa harus beli masa promo ni? Sebab ia sangat menjimatkan.

    Beli 6 botol dapat lagi FREE 1 botol. Untung tau sebab harga pasaran sebotol Vitamin C ni RM92.50, tahan lama plak tu. Sebotol Vitamin C Shaklee ada 180tab, bertahan 5-6 bulan ok. Kalau rasa banyak sangat sampai 6 botol, boleh share dengan kawan-kawan.

    Nak beli 1 botol pun boleh. Tapi kalau beli 2 botol, ada diskaun 5%. Haaa untung kan. Jarang-jarang ada promo macam ni tau. Nak harga special kita cerita kat Whatsapp/SMS ya. Heee :)

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Assalamualaikum semua.

    Kali ni Eina nak share feedback customer Eina yang baru 2 hari cuba vitamin Shaklee.

    Customer Eina ni, beli full set untuk kesuburan suami dan isteri kerana mereka sedang usaha untuk dapatkan anak. Menurut isterinya, mereka dah berkahwin selama 6 tahun, tapi belum dikurniakan rezeki anak lagi. Dah macam-macam usaha dilakukan termasuklah pemeriksaan dgn doktor. Tapi masih belum berhasil. Apa pun rezeki anak itu ketentuan Allah ya, kita digalakkan berusaha dan jangan putus asa. Jadi kali ni mereka sepakat nak cuba vitamin Shaklee pula.

    Antara vitamin yang pasangan ini ambil ialah
    1. Vitalea Iron Formula
    2. B-Complex
    3. Sustained Release Vita-C Plus
    4. Alfafa Complex
    5. GLA Complex
    6. Energizing Soy Protein (ESP)
    7. Vita-E Complex
    8. Zinc Complex

    Haaa, mesti ada yang cakap. "Ishhh banyaknya". Tak semestinya anda kena beli semua ya. Ikut keperluan dan kemampuan anda juga. 

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Seperti yang anda semua boleh baca dalam conversation di atas, beliau kongsi perasaan happy beliau bila masalah sembelitnya dah selesai. Beliau juga dapat menahan lapar apabila consume ESP. ESP merupakan sumber protein yang sangat berkualiti dan memang best. Baru 2 hari, dah rasa kelainan. Seronok kan. Tak sabar nak dengar feedback seterusnya dari pasangan ini. ☺️

    Kesemua vitamin ini bukan khusus untuk kesuburan sahaja ya, malah ia juga sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran. Bila dalaman kita sihat, kita akan rasa happy, bertenaga, ceria, inshaaAllah mudah-mudahan ada rezeki yang dihajati.

    Semoga usaha pasangan untjk mendapatkan zuriat dengan mengamalkan Shaklee kali ni, Allah kurniakan dan izinkan mereka untuk mendapatkan zuriat. Moga-moga ada berita gembira untuk pasangan ini nanti. InshaaAllah. Sama-sama kita berdoa.

    Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut. Hubungi Eina ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading


    Assalamualaikum. Salam Jumaat penghulu segala hari. Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua. Amiinn

    Pagi ni, Eina ada terbaca perkongsian dari Heliza Helmi di Instagram yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Kenal kan siapa Heliza Helmi, hehe. Boleh check insta dia ya. @nurhelizahelmi


    Ok, ini antara tulisan beliau dalam insta

    Petikan taujihat Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.
    ::Usrah Musika:: 18/11/2015.

    1. Ramai dikalangan kita sibuk mengejar harta kerana menyangka ia menjadi ukuran nilai kehebatan kita di dunia. Money is power, no money no talk.

    2. Hadis: janganlah jumpa org kaya dan hormat org kaya kerana kekayaannya, kerana jika begitu 2/3 agamanya akan hancur.

    3. Ada yg sibuk dgn jawatan,  berebut jawatan kerana menyangka jawatan memuliakan kita. Kalau jawatan memuliakan nescaya Firaun itu lebih mulia.

    4. Ada pula yg obses dgn kecantikan. Kalau kecantikan jadi ukuran maka bilal bin rabah akan jadi hina, sedangkan Allah jadikan bilal bin rabah penuh kemuliaan sehingga dlm Israk mikraj di syurga, Rasulullah s.a.w dengar tapak kaki Bilal di Syurga. Di tanya apa amalannya, kata bilal beliau selalu berwuduk, batal, berwuduk semula, dan lepas berwuduk bilal solat sunat 2 rakaat. Kerana itulah Bilal dimuliakan, sabda nabi s.a.w.

    5. Pernah sahabat berkali kali bertanya mengapa Bilal saja yg selalu azan sedangkan suara belia garau. Rasulullah menjawab Bilal telah membawakan kita datang solat jemaah. Suatu hari Rasulullah suruh bilal berehat, sehingga sahabat lain yg azan lebih merdu, sehingga sahabat tidak tersedar.  Jibril dtg kpd Rasulullah bertanya hari ini tiada azan? Kerana bila bilal azan kedengaran sehingga ke Arasy Allah.

    6. Saad bin Muadz syahid, bergegar Arasy Allah, kesyahidan nya dipertontonkan kepada 70000 lebih para malaikat dan diuruskan sehingga selesai. Saad bin muadz jauh lebih gelap dan hitam dari Bilal Bin Rabah.

    7. Fokus perjalanan hidup kita mesti rebut utk dekat dengan Allah: 
    ✔️ belajar jadi Ikhlas
    Besarnya nilai surah Alikhlas 1/3 Quran.
    Sukarnya menjadi ikhlas, ikhlas pada keluarga,  masyarakat,  kerja. 
    ✔️ lazimkan zikir dalam hidup. 
    Ulama(imam Nawawi)karang kitab Alazkar 
    Zikir Ibarat nyawa kita dalam kubur. 
    ✔️ baca Alquran sehingga peringkat sebelum mati kita boleh capai 3 hari sekali khatam. Tanda kita dah hampir dengan Allah. 
    Kalau tak boleh baca, cari guru.
    Kalau dah boleh baca, banyakkan hafalan. Sekurang kurangnya 3 surah utama

    1. Almulk (baca sebelum tidur) 30 ayat.
    Sabda nabi, siapa baca sebelum tidur dan meninggal dunia, terlepas dari soalan Munkar nakir dlm kubur.
    2. Surah Alkahfi:110ayat.: melindungi dari fitnah dajjal.
    3. Surah Al-baqarah: 286 ayat.
    Sabda nabi mana-mana rumah yg dibaca Al-baqarah,  syaitan tak masuk.
    Sesiapa yg nak jadi pemimpin kena ada surah Al-baqarah dalam dada. 

    ✔️ Mesti dekat dengan Alim Ulama.
    Jangan hina. Jangan jauh. 
    Firman Allah: dikalangan hambaKu yg takut Denganku ialah Ulama. 
    ✔️ Banyakkan berinfaq di jalan Allah. 
    Infaq: Tenaga, harta, nyawa(tertinggi)
    Apa sumbangan aku pada agama?
    Ramai org yg hampir mati menjadi ralat pada dia Harta benda dia.
    Disebut dalam Alquran: Org yg nak mati minta tangguh sekejap mati kerana nak bersedekah.

    Siapa yg cinta nak berjumpa Allah, Allah pun cinta nak jumpa dia. Siapa benci nak jumpa Allah, Allah pun benci nak jumpa dia.

    Catatan:Hazamin Inteam

    #usrahMuzika

    Credit to @nurhelizahelmi
    Sharing is caring :)
    Continue Reading
    Assalamualaikum

    Jom kita sama-sama amalkan doa-doa harian dalam aktiviti harian kita. Mula dari celik mata hingga waktu kita nak tidur malam nanti. 


    Sumber : FB

    Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita, mudah-mudahan dimurahkan rezeki kita. Dan semoga apa yang kita lakukan dapat keberkatan dariNya. InshaaAllah :)
    Continue Reading
    Assalamualaikum. Hai semua si cantik manis. Eina nak share produk penjagaan kulit muka daripada sumber semulajadi yang sangat sempurna untuk kulit cantik.


    Siapa sini suka tukar-tukar produk, kita geng. Hehe. Tapi itu dulu, sekarang Eina memang dah jatuh cinta terduduk dengan Nutriwhite Shaklee. Tak nak tukar dah. :)

    Bagi anda yang mempunyai jenis kulit kombinasi atau jenis kulit agak kering. Eina sarankan set Nutriwhite ini. Kalau jenis kulit normal pun boleh. Apa kelainan dan keistimewaan Nutriwhite yang perlu anda tahu ialah

    #1 Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat
    #2 Selama 3 tahun untuk pembangunan produk
    #3 Pemilihan bahan aktif dan mentah. Diperoleh di 16 buah negara
    #4 Ujian yang menyeluruh
    #5 Unik, pengwujudan ekslusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihan
    #6 Ramuan gabungan yang optimum
    #7 Selamat dan berkesan
    #8 Vitamin C derivatif (ascorbyl/glucoside) ramuan selamat dan terbukti yang digunakan dalam formula kami untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunder
    #9 Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrient botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya.

    Terdapat 16 ramuan botani yang mujarab digunakan untuk menghasilkan produk Nutriwhite ini. Shaklee menjelajah seluruh dunia bagi mencari nutrient yang paling tulen dan herba paling berkuasa untuk Nutriwhite.


    Bearberry - meringankan firma, melegakan dan mengurangkan keradangan
    Strawberi - Mencerah dan pigmentasi
    Mulberi - Mencegah kerosakan matahri dan melembap
    Scullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
    Pokok Bic - meringankan, meningkatkan proses semulajadi & melegakan kulit
    Kacang Soya - Mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok


    Aloe Vera - melegakan, melembapkan & keradangan
    Rosemary - mengetatkan, merangsangkan & mengurangkan keradangan
    Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
    Peony - mencerahkan, melembapkan & mengurangkan keradangan
    Kudzu - menegang & mengurangkan keradangan dengan isoflavone


    Linden - menyuburkan & menghidrat di peringkat dalam
    Marshmallow - melembapkan dengan tanin
    Rumpai Laut - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
    Alga Hijau - menyahtoksin & melembapkan
    Cat's Clow - menegangkan & menyegarkan dengan cotechin

    ~~~
    Wahhhh, ramuannya memang istimewa kan. Ok next entry nanti Eina akan share fungsi setiap produk dan bagaimana Nutriwhite ini bekerja untuk kulit cantik sempurna. See ya :)

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Hai semua, sebelum ini Eina ada up entry berkaitan Metabolisme dan juga tips untuk tingkatkan kadar metabolisme. Boleh baca sini >>> Tingkatkan Kadar Metabolisme Untuk Turunkan Berat Badan dan Kekal Sihat 

    Dalam entry tersebut, Eina ada share Teh Hijau atau Teh Oolong boleh membantu tingkatkan kadar metabolisme. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar kalori lebih banyak daripada biasa. 

    Shaklee juga ada Teh istimewa yang boleh bantu tingkatkan kadar metabolisme anda juga boleh bantu turunkan berat badan. InshaaAllah.

    Cinch Tea Mix atau Cinch Energy Tea ini sangat istimewa kerana bukan sahaja mengandungi teh hijau, malah terdapat juga teh putih dan teh merah yang diadun bersama untuk menambah tenaga dan meningkatkan kesihatan

    Teh putih, merah dan hijau Matcha (teh hijau premier untuk majlis keramaian di Jepun) dipetik dengan berhati-hati dan diadun untuk menghasilkan minuman yang sungguh menyihatkan ini. Ia merangsang tenaga secara semula jadi, meningkatkan kesihatan dan menenteramkan minda.
    • Bertindak dengan cara yang selamat untuk menambahkan tenaga semula jadi. Enak diminum panas atau sejuk
    • Juga mengandungi taurina, yang telah dikaji secara meluas dan terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan, tenaga dan stamina
    • Paket kecil yang ringkas dan mudah disediakan
    • Alternatif yang sempurna kepada snek manis dan kopi untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan mengangkat tenaga cepat
    • Ramuan T-Lift® eksklusif daripada teh hijau, putih dan merah
    • Bebas gluten; tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan

    Kandungan Cinch Tea Mix


    1. Matcha Green Tea Powder
    Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

    2. Red Tea Extract
    Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan aktioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.

    3. White Tea Extract
    Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

    4. Rooibos Red Tea Extract
    Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol - antioksidan.

    ~~~~~

    Selain dari ESP, Cinch Tea ini juga salah satu minuman wajib Eina setiap hari. Memang best dan sangat membantu menambah tenaga sepanjang hari. Cinch Tea ini juga bantu meningkatkan kadar metabolisme Eina dengan mengekalkan berat badan ideal Eina sekarang. Alhamdulillah ;)

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading

    Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam tubuh manusia. Ia mengandungi lebih kurang 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Iaitu struktur organik pembina tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. 

    Serat kolagen mempunyai daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Perkataan kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang ertinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).

    Kolagen bukan sahaja membentuk 70% daripada kulit kita tetapi juga memainkan peranan penting untuk membina organ dan tisu-tisu yang penting seperti tendon, ligamen, tulang, otot dan lain-lain.

    Kandungan kolagen badan akan berkurangan sebanyak 10% bagi setiap dekad dalam hidup kita

    Kebanyakan orang ramai yang sakit sendi atau cedera hanya mengambil ubat boleh hilangkan rasa sakit akibat kecederaan atau luka tetapi tidak mengetahui kerosakan tisu mungkin meninggalkan kesan mendalam dan berpanjangan.

    Apabila anda terasa sakit sendi, bukan sahaja anda kehilangan kalsium, itu juga salah satu tanda kolagen dalam tulang anda kurang yang boleh menyebabkan osteoporosis dan kehilangan jisim otot juga keretakan tulang.

    Apa pula tanda-tanda kekurangan Kolagen dalam kulit? Anda akan kelihatan tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut, kulit kusam, saiz liang roma juga besar, kulit menjadi kering dan berkeruping, tekstur kulit juga terasa kasar, payudara dan punggung kendur, rambut anda menipis dan kelihatan garis-garis halus di sekitar mata dan bibir.

    Ok, Eina nak share testimoni customer Eina yang pada asalnya saja nak cuba Collagen untuk baikpulih tisu lututnya yg terkoyak. Katanya, tisu dilututnya terkoyak, tak dapat nak bersukan sebab terasa sakit. 

    Selepas cuba 1 kotak Collagen Shaklee, dia rasa perubahan & boleh bersukan semula. Alhamdulillah. Collagen Shaklee adalah asbab sahaja, semuanya atas izinNya juga.

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Customer Eina ni lelaki tau. Sebelum ni, adik ni pernah ambil Vit E & ESP untuk masalah kulitnya. Sekarang dia dah jatuh cinta dengan Collagen plak. Haaa lelaki pun boleh ambil Collagen Shaklee ni. Manfaatnya bukan setakat untuk kulit jer, tapi untuk kesihatan tulang, otot, ligamen juga.

    Hubungi Eina untuk konsultasi ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading

    tips untuk tingkatkan kadar metabolisme

    Metabolisme adalah semua tindak balas kimia yang berlaku di dalam organisma, termasuk yang berlaku di peringkat selular.

    Secara umum, metabolisme mempunyai dua arah lintasan reaksi kimia organik

    #1 Katabolisme iaitu reaksi yang mengurai molekul kompaun organik untuk mendapatkan tenaga
    #2 Anabolisme iaitu reaksi yang merangkai kompaun organik dari molekul-molekul tertentu, untuk diserap oleh sel tubuh.

    Kadar metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

    Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme. Antaranya adalah faktor otot dan saiz tubuh badan. Seseorang yang mempunyai tubuh lebih besar biasanya mempunyai Basal Metabolisme Rate atau BMR yang besar. Ini disebabkan oleh organ internal yang lebih besar serta volume cairan yang diperlukan juga disesuaikan dengan keadaan tubuh. Jaringan otot juga mempengaruhi metabolisme pada tubuh anda . Otot memerlukan lebih banyak tenaga untuk berfungsi daripada lemak. Semakin banyak rangkaian otot , maka semakin banyak pula tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

    Selain itu, faktor umur dan genetik juga mempengaruhi kadar metabolisme seseorang. Semakin bertambahnya usia , maka kadar metabolisme juga semakin menurun. Ini disebabkan kerana hilangnya sebahagian rangkaian otot serta perubahan hormon dan saraf. Sebaliknya, ketika bayi dan kanak-kanak memasuki masa pertumbuhan, semakin cepat pula proses metabolismenya.

    Faktor genetik atau keturunan mempunyai peranan penting untuk menentukan sama ada seseorang mempunyai proses metabolisme yang cepat atau lambat. Selain itu, beberapa kelainan genetik juga boleh mempengaruhi proses metabolisme.

    Kadar metabolisme boleh berubah. Bagi anda yang sedang cuba menurunkan berat badan, sekiranya kadar metabolisme anda tinggi, ia boleh membantu proses penurunan berat badan anda dengan lebih cepat. Jadi, sekiranya anda rasa berat badan anda susah turun, itu bermakna kadar metabolisme anda adalah rendah.

    Bagaimana meningkatkan kadar metabolisme? Eina share beberapa cara atau tips untuk meningkatkan kadar metabolisme anda. (Sumber: KevinZahri)

    tips untuk tingkatkan kadar metabolisme

    #1 Minum Air Putih
    Meminum 8 gelas air atau 2-3Liter air sehari boleh membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum. Lagi banyak anda minum, lagi cepat dan berkesan proses pembakaran dapat dilakukan.

    #2 Makan Dengan Kerap dan Teratur
    Makan dengan kerap dan teratur dapat membantu meningkatkan metabolisme. Jangan berlapar. Jangan abaikan sarapan pagi. Sekiranya anda tidak bersarapan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Mengambil hidangan kecil atau snek setiap 3 hingga 4 jam akan memastikan metabolisma anda terus bekerja, jadi anda membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
    Tahukah anda, makanan pedas juga membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

    #3 Tidur Secukupnya
    Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

    #4 Lakukan Senaman Pemberat (Weight Training)
    Bersenam menggunakan pemberat (weight training) sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Ia dapat membina otot dan membakar lemak. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.

    #5 Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
    Gantikan kopi atau teh tarik dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar kalori lebih banyak daripada biasa. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

    #6 Ambil Vitamin C dan Kalsium
    Suplemen Vitamin C dan kalsium juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

    Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

    ~~~
    Semoga bermanfaat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan atau ingin mengekalkan berat badan ideal. Next entry, Eina akan share suplemen Shaklee yang boleh bantu tingkatkan metabolisme anda dengan berkesan.
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Hero Kiddo Shaklee - Produk Baru Shaklee
      Memperkenalkan produk terbaru Shaklee Hero Kiddo Gummies sudah berada di pasaran Malaysia. Finally, dah boleh beli dah. Alhamdulillah. 😍 E...
    • Promosi Shaklee Ogos 2021
      Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos dah, bulan kemerdekaan negara kita. Semoga baik-baik sahaja untuk semua.  Ok, seperti biasa Shaklee akan...
    • 3 Jenis Protein Tumbuhan Untuk Kurus dan Kulit Cantik
      Selain air, PROTEIN adalah komponen utama dalam jaringan tubuh. Ia adalah nutrien PENTING untuk PERTUMBUHAN. Protein DIPERLUKAN untuk MEMPER...
    • Testimoni ESP dan Vitamin C Untuk Jerawat
      JERAWAT adalah masalah biasa sering terjadi pada kulit wajah. JERAWAT berlaku apabila liang-liang pori pada kulit tersumbat dengan minyak, ...
    • Life Shake Elderberry Shaklee - Produk Baru
      Life Shake Elderberry merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap, kaya dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, dengan ta...

    Blog Archive

    • ►  2025 (3)
      • ►  Jun 2025 (2)
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ▼  2015 (109)
      • ▼  Dec 2015 (8)
        • Peluang Hari Terakhir
        • Wanita Bersalin Perlu Lebih Kolagen
        • Aku Tanya Apa Kabar?
        • Weekend Yang Sangat Sibuk
        • Kekalkan Elastisiti, Perlahankan Kedutan dengan Co...
        • Semua Dalam Satu dengan ESP
        • Kisah Minggu-minggu Terakhir Persekolahan Ilham Ziqri
        • Promosi untuk Kurus, Cantik, Sihat di Bulan Disember
      • ►  Nov 2015 (15)
        • Kulit Glowing, Stamina Improve dengan Vivix
        • Tak Perlu Suntik Untuk Cantik
        • Jangan Abaikan Pengambilan Vitamin C Dalam Seharian
        • Baru 2 Hari Dah Rasa Lain
        • Tazkirah Jumaat - Dekat Dengan Allah
        • Amalkan Doa Pada Setiap Aktiviti Harian Kita
        • Kulit Cantik Sempurna dengan Nutriwhite
        • Cinch Tea Mix Bantu Tingkatkan Metabolisme
        • Kolagen Bantu Bina Organ dan Tisu-tisu Penting Tub...
        • Tips Untuk Tingkatkan Kadar Metabolisme
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top