Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online

    Tingkatkan pengambilan vitamin dan mineral anda dengan rangkaian produk nutrisi penting kami dan optimumkan kesihatan anda.

    Kajian SEANUTS Malaysia, 2013, British Journal of Nutrition menunjukkan satu daripada tiga keluarga di negara ini mengalami kekurangan nutrisi penting terutama vitamin C, zat besi dan kalsium.

    Jika kita tidak mengambil nutrien yang tidak cukup dalam kehidupan seharian, ia boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan kita. Tambah memburukkan lagi keadaan, apabila tabiat gaya hidup kita hari ini sering mengabaikan waktu makan yang tidak teratur dan tidak menitikberatkan kandungan nutrisi dalam pengambilan makanan. Malah ia boleh membawa kita kepada pelbagai penyakit.

    Nutrisi penting Shaklee melengkapi keperluan nutrisi asas anda dengan gabungan Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder, Vita-Lea®, OmegaGuard™ dan Sustained Release Vita-C PlusTM. Dengan 28 vitamin dan mineral penting, asid lemak omega-3, 14g protein setiap hidangan, dan 500mg Vitamin C semula jadi setiap hidangan, pek nutrisi penting ini membantu tubuh anda mendapat nutrisi asas berkhasiat yang ia perlukan untuk menyokong kesihatan yang optimum.


    Vitamin C

    Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.


    Omegaguard
    Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.*


    Vitalea Iron Formula


    Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum


    B-Complex
    Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda


    Energizing Soy Protein (ESP)

    Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein.
    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
    Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


    Sudah pasti kita mahukan seisi keluarga kita hidup sihat dan cergas. Jadi, lengkapkan nutrisi keluarga anda dengan Set Keperluan Harian Shaklee ini untuk mengekalkan kesihatan juga mengurangkan risiko dari mendapat pelbagai penyakit berbahaya. 😍


    Continue Reading

    Cuaca panas, tekak kering, mata ngantuk 🙄

    Terbayang air apa jer tu? Kafein ke? 🤔

    No, no, no 👎

    Korang nak tak, alternatif untuk korang kurangkan kafein ni? It's Cinch Tea Mix 😊



    Cinch Energy Tea inilah yang banyak bantu Eina di kala mata bagai layu dihujung mekar 😜

    Special tau Cinch Tea ni, ada 4 jenis kombinasi extract tea didalamnya. Iaitu
    1. Matcha Green Tea Powder
    2. Red Tea Extract
    3. White Tea Extract
    4. Rooibos Red Tea Extract.

    Sangatlah bagus untuk hilangkan ngantuk dan tambah tenaga tau. Then, ia bantu kita kembali fokus, mata terus cegak macam ni 😳, hehe

    Istimewa juga untuk anda, anda dan anda yang nak maintain berat badan, ia bantu tingkatkan metabolisme kita ok, ia bantu membakar lemak tidak perlu dengan efektif dan cepat. Haa best kan? 😋

    Bancuh sejuk-sejuk uiii sangatlah sedap dan fresh ok 🤤

    Harga sekotak RM131 sahaja. Ada 28 sticks didalamnya. Boleh minum bila-bila masa. Panas ataupun sejuk. 👍

    So, kalau nak cuba Cinch Energy Tea Mix ni, whatsapp Eina ok

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Atau
     
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading

    sijil halal shaklee

    Alhamdulillah, sijil HALAL Shaklee untuk tahun 2019 sudah diperbaharui.

    Shaklee sangat menitikberatkan kualiti setiap produk keluarannya. Shaklee juga sangat menghargai seluruh pengguna yang mengamalkan produk Shaklee khususnya pengguna Islam di Malaysia.

    sijil halal shaklee
    Sijil HALAL Shaklee 2019

    Setiap tahun Shaklee akan memperbaharui sijil HALAL mereka yang dikeluarkan oleh salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Islamic Services Of America Since (ISA).

    Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM 
    Halal Accreditation (ISA)


    Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan produk Shaklee ini. Ia disahkan HALAL dan selamat di ambil :)


    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    IG: mfs.empire
    Continue Reading

    Kita selalu leka dan alpa dengan nikmat-nikmat hidup senang yang Allah beri pada kita, tapi bila Allah tarik nikmat yang paling penting iaitu nikmat kesihatan, baru kita teringat nak bersyukur. Allahuakbar 😌

    Setiap hari kita rasa syukur dengan pemberian nikmat dari segi material, sedangkan kalau Allah tak beri nikmat sihat tu, kita mungkin tak akan capai apa yang kita impikan 😔

    Alhamdulillah, Allah beri kita peluang bernafas lagi hari ini, Allah beri kita hidung untuk kita menyedut udara segar setiap hari, untuk kita menghidu bau wangian, bau makanan. Andaikata Allah tarik nikmat hidung sihat, deria bau kita terjejas, kita pasti tak dapat nikmat menghidu tersebut.

    Alhamdulillah, Allah beri kita mata untuk kita melihat orang-orang yang kita sayang, dapat kita melihat keindahan alam semesta dengan terang dan jelas. Alhamdulillah Ya Allah. Bayangkanlah, sepasang mata kita tidak boleh melihat, gelap sahaja, bagaimana? Allahuakbar syukur kita ada sepasang mata yang sihat. Terima kasih Allah

    Syukur Alhamdulillah, Allah beri kita telinga untuk kita mendengar. Dapat kita dengar suara orang-orang yang kita sayang, kita dapat mendengar suara anak kita menangis, suara suami kita, isteri kita, suara mak abah kita walaupun hanya berhubung melalui telefon. Pernah bayangkan jika kita tidak boleh mendengar? Bagaimana kita nak berhubung dengan mak abah kita? Allahu.😢

    Alhamdulillah, Allah beri kita mulut untuk kita makan, dapat kita merasa pelbagai jenis minuman dan makanan kan, Allah beri kita lidah untuk kita bercakap. Bayangkan jika nikmat itu ditarik, Allah seksa rasanya. Yang pernah alami pasti lebih memahami.😥

    Alhamdulillah, Allah beri kita tangan untuk kita menyentuh, memegang anak-anak kita, dapat menulis, memandu kereta dan macam-macam lagi kita boleh buat. Bayangkan tangan kita tidak boleh bergerak, nak memegang pun tak boleh, Allah mesti kita sedih kan. Syukur Ya Allah atas nikmatMu

    Alhamdulillah, Allah beri kita kaki untuk kita berdiri, berjalan melangkah kemana sahaja kita nak pergi. Alhamdulillah syukur Allah beri nikmat anggota badan yang sempurna dan sihat dapat kita bergerak melakukan kerja setiap hari. Alhamdulillah syukur Ya Allah

    Jadi bersyukurlah, Allah beri nikmat sihat kepada kita. Alhamdulillah, syukur Ya Allah

    Ya Allah, maafkan kami kerana selalu lupa dan tidak cukup bersyukur kepadaMu Ya Allah. Terlalu banyak yang boleh kami syukuri. Diberikan nikmat kesihatan adalah nikmat yang paling indah sekali Ya Allah. Betapa hebat pemberianMu ini. Terima kasih Ya Allah!!

    ❤️Jom kita perbanyakkan beristighfar dan berselawat hari ini ❤️

    #EinaMdAli
    #EinaSajeMenulis
    Continue Reading
    Petua tradisional hilangkan batuk

    Mungkin ada yang pernah dengar atau pernah baca. Mungkin juga ada yang pernah cuba petua ni

    Eina dapat petua ni dari part time maid Eina dulu. Masa tu memang batuk Eina tak baik-baik hampir sebulan. Dah cuba macam-macam ubat dah, tapi semua tak jadi.

    So, bila dia share petua ni, Eina pun try la.

    Ok, bahan-bahannya:
    1. 1 biji Limau Nipis
    2. Satu Sudu Kicap Manis
    3. Sudu dan piring

    Cara-caranya
    1. Bakar keseluruhan limau nipis (kalau guna dapur gas, guna pengepit semasa membakar, lebih mudah. Bakar sikit-sikit jer ok)
    2. Lepas siap bakar, kemudian belah limau tu (terpulang nak belah macam mana, belah 2 boleh, belah 4 pun boleh)
    3. Perahkan air limau tersebut dan campurkan dengan 1 sudu kicap manis tadi
    4. Lepas tu, kacau rata campuran limau dan kicap tersebut
    5. Then, boleh terus minum

    Rasanya masam-masam manis tau, ada rasa kelat-kelat juga sikit. 😬

    Boleh buat 2@3 kali sehari. Nak letak garam sikit pun boleh. 👍

    Agak-agak rasa kat tekak tu kelat jer kan, lepas tu minum la air, hehe 😄

    Kalau belum cuba tu, boleh la cuba petua ni ya, mana tau sesuai dengan anda 😉

    Ini cuma salah satu ikhtiar untuk hilangkan batuk. Kalau dah try, tapi batuk still tak ok, cari solution lain pula ok.

    Note: Kalau batuk terlalu lama dan memudaratkan, terus jumpa doktor ok. 👌

    Semoga bermanfaat.

    Feel free to share ❤️

    #EinaSajeKongsi
    #EinaMdAli
    Continue Reading

    Anda tak jumpa skincare yang sesuai? Apa kata cuba Youth Skincare ni, sesuai untuk semua jenis kulit tau.

    Testimoni Youth Skincare Shaklee : Perubahan pada kulit muka sangat ketara apa bila jerawat tak tumbuh, parut jerawat sudah hilang dan kulit muka makin lembut.

    MasyaAllah, best sangat kesan penggunaan Youth Skincare ni.😍

    Ramai yang dah cuba dan terbukti berkesan dengan menjadikan kulit lebih bersih dan sihat. And of coz, terbukti secara klinikal mampu mengubah kulit kelihatan lebih muda. 100% Vegan berasaskan tumbuh-tumbuhan okeh. Sangat selamat tau. 😉

    Kulit kembali anjal, nampak muda & lebih berseri 🤩

    Promo Youth Starter Pack masih berlangsung, cepat grab ok 😋



    ✅ Harga Diskaun 10% dari harga ahli biasa
    ✅ FREE Membership worth RM65 (Untuk Youth Set ini Shaklee waivekan fee utk membership)
    ✅ FREE Postage worth RM 10
    ✅ FREE Cermin muka transparent / Magnifying Glass Mirror
    ✅ Dapat cashback juga

    Hubungi Eina sekarang ;)

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    Atau
     
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
     
    Continue Reading
    “Kami dah tengok kat bomoh, bomoh tu bagi gambaran ciri-ciri orang yang curi phone tu, semua ciri-ciri tu ada kat kau”

    😳 Hah

    Secara spontan aku jawab sambil tergelak kecil “apa ciri-ciri yang bomoh tu gambarkan?”

    Seluruh badan aku menggeletar, tapi aku tetap beranikan diri walaupun ketika itu aku dikelilingi lebih dari 5 orang sambil memandang aku dengan pandangan yang tajam.

    +++++

    Kisah ini berlaku sekitar tahun 2004 sewaktu Eina sedang praktikal pada akhir semester.

    Kami merupakan kawan sekelas dari form 1 hingga form 5. Nak kata rapat sangat masa sekolah dulu tidaklah, tapi agak rapat juga la. Of coz la kenal serba sedikit latarbelakang keluarga masing-masing. Kehidupan keluarga macam mana, adik beradik, semua la. Tapi tak sampai tahap BFF la 😬

    Ok, macam ni ceritanya, waktu tu tempat praktikal Eina dekat dengan Universiti kawan Eina ni. Dan kebetulan juga masa tu dia masih lagi sambung pengajiannya. So, kami ada juga berhubung dan sesekali berjumpa sembang-sembang. Seronok sangat masa tu sebab dapat jumpa balik kawan sekolah kan. 😃

    Tahun 2004 tu rasanya kali pertama kami berjumpa semula setelah hampir 5 tahun tamat sekolah. Memang seronok la, sebab lama tak jumpa. 🤗

    Suatu hari tu, dia minta tolong Eina untuk pindah masuk ke rumah sewa Eina. Sebab katanya ada masalah di rumah sewanya ketika tu.

    Kalau ikutkan, rumah sewa Eina tinggal tu dah tak ada kekosongan, mostly semuanya student. Tapi sebab nak tolong kawan punya pasal, Eina minta tolong dengan owner rumah tu supaya terima kawan Eina ni sebab kesian kat dia. Alhamdulillah owner setuju dengan persetujuan penghuni bilik yang akan berkongsi bilik dengan dia. Waktu tu, Eina dah ada roommate dah.

    So, bila dah serumah ni, lagi banyaklah masa bersembang kan. Cerita macam-macam perkembangan terkini, sesekali tu kami masak sama-sama, share makanan, share problem, gaduh dengan boyfriend pun kita tolong bagi jalan 🤭, ishh macam-macam lagi la. Seronok kan ada kawan macam ni. 😅

    Satu hari, berlaku kejadian kecurian di rumah sewa kami. Seingat Eina kejadian kecurian tu berlaku sekitar jam 4@5 pagi. Waktu tu, cuti semester jadi ramai student tak ada. Kawan Eina pun balik kampung bercuti juga.

    Yang tinggal hanya sorang kakak yang sudah bekerja dan Eina yang sedang praktikal. Kemudian ada seorang sahaja student yang tinggal bersama seorang lagi kawannya kerana bekerja sambilan waktu cuti semester.

    Dari apa yang student tu ceritakan, katanya waktu tu mereka baru balik dari bekerja, kemudian keluar semula untuk makan dan tinggalkan phonenya yang sedang caj. Pencuri tu dapat ambil phone yang sedang caj melalui tingkap.

    Melihat pada keadaan biliknya tu, memang ada la kesan cable pengecas tu ditarik melalui tingkap dan buku-buku di ruangan meja berdekatan tingkap tu pun berselerak. Memang tak ada kesan selongkar pun di kawasan lain, even di ruang tamu rumah pun tak terusik.

    Tapi, ntah macam mana, selepas beberapa hari kejadian tu, tiba-tiba mereka menuduh Eina pula yang curi phone tu, sebab katanya masa tu memang Eina jer yang tinggal dan bilik Eina dekat dengan bilik mereka. Allahuakbar

    Bermacam-macam tuduhan mereka terhadap Eina, semuanya tak masuk akal. Apa yang paling memeranjatkan Eina, mereka percaya dan keras menuduh Eina yang curi phone tu disebabkan info dan cerita yang disampaikan oleh kawan Eina sendiri. Semuanya disalahertikan 😔

    +++++

    “Kau memang nak belikan handphone untuk adik kau kan, tapi kau kata tak ada duit”
    “Haaa, ya memang betul. Tapi takdelah sampai nak mencuri plak” 🤬

    +++++

    Masa tu, Eina memang agak terkejut. Eina berharap kawan Eina ni percaya dan faham Eina sebab cuma dia sahaja kawan yang dah lama kenal Eina, tau keadaan Eina macam mana, tau perangai Eina macam mana. Tapi dia langsung tidak menyebelahi Eina. Allah, sedihnya hanya Tuhan jer yang tahu. 😢

    Lepas satu, satu tuduhan keluar. Tiba-tiba orang ni kata hilang Jeans la, orang ni pula kata hilang itu la ini la 😰

    Kes jadi semakin rumit dan tiada siapa pun percaya apa yang Eina cakapkan. Semua dalam rumah tu, pandang serong pada Eina. Kononnya Eina ni pencuri 😭. Even owner rumah tu pun menyebelahi mereka.

    Menangis teresak-esak Eina call mak kat kampung, cerita apa yang berlaku. Mak memang marah sangat, bila Eina bagitau owner rumah pun tak percaya Eina dan bersubahat dengan mereka yang lain.

    Allah, susah macam mana sekalipun, takdelah sampai tahap mencuri. Eina sanggup ikat perut tahan lapar kalau tak ada duit nak makan tau.

    Then, manalah kita tau dia balik pukul 4@5 pagi tu, buat apalah nak susah-susah bangun pukul 4 ke 5 pagi tu semata-mata nak mencuri phone tu.

    Kalau kita ni terdesak sangat la, ada banyak jer barangan berharga lain yang boleh kita ambil masa takde orang tu. 😔

    Bermacam-macam helah mereka buat untuk memaksa Eina mengaku. Kononnya, dah jumpa “bomoh” & semua petunjuk tu kena dengan Eina, erm macam-macam ugutan juga mereka beri, tapi Eina tetap kuat dan tak takut sebab memang Eina tak buat, kita BERANI KERANA BENAR kan.

    +++++

    “Kitaorg nak bagi kau makan satu biskut ni, kalau kau menipu, lepas jer makan biskut ni kau akan muntah”

    “Okeh, mana biskut tu, meh aku makan”

    “Betul ni? Jangan menyesal”

    “Takpe, bak la sini aku makan”

    Nampak kelam kabut jer masing-masing cari biskut yang kononnya dah dijampi tu. Habis jer sekeping Eina makan biskut tu, nampak semua muka tak puas hati, sebab Eina masih taknak mengaku 😒

    +++++

    Memang tiada jalan penyelesaian. Jadi, untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Eina ambil keputusan untuk pindah ke rumah lain.Tanpa sebarang pembelaan dan halangan dari owner rumah itu sendiri, Eina rela hati keluar dari rumah tu. Tapi, kawan Eina tu masih tinggal di rumah sewa tu tanpa rasa bersalah.

    Sejak tu, Eina memang dah tak berhubung dengan dia. Kalau terserempak pun, Eina tak boleh nak tengok muka dia dah. Hati sangat terluka. 🥺

    Selepas beberapa bulan keluar dari rumah tu, Eina ada berjumpa dengan 2-3 orang junior. Katanya, lepas Eina pindah macam-macam hal yang lebih teruk lagi berlaku. Allah itu Maha Adil kan, satu rumah kucar kacir, ramai juga yang sudah berpindah katanya.

    Rupanya ada hikmah disebalik kejadian. Eina bersyukur sebab Eina dah keluar lebih awal dari rumah tu. Allah itu sebaik-baik perancang 😊

    Sekarang semua dah jadi sejarah, semua dah jadi kenangan. Eina dah maafkan dia dah, dah tak simpan apa-apa dendam dah. Dah anggap seolah-olah kejadian itu tidak pernah berlaku. Tapi peristiwa itu takkan mudah untuk dilupakan. 🙂

    ***


    Ada banyak pengajaran yang Eina dapat dari kejadian tersebut.

    Pertama sekali, perlu berhati-hati memilih kawan. Kawan yang baik dengan kita, tak semestinya dia adalah kawan yang terbaik untuk kita. Walaupun kita dah kenal lebih 10 tahun, tapi kita takkan dapat faham dia sebenarnya-benarnya. Hati manusia ni berubah-ubah, kawan juga boleh menjadi lawan.

    Yang kedua, sebagai manusia, jangan mudah percaya dengan orang. Rambut sama hitam, tapi hati kita tak tahu kan.

    Then, jangan mudah berkongsi semua cerita tentang kita, tentang kehidupan keluarga kita pada orang lain, walaupun kawan kita sendiri. Sebab kita tak tahu macam mana penerimaan dia dari apa yang kita ceritakan tu. Boleh jadi dia tak suka, dan mungkin juga boleh jadi negatif pada dia.

    Apa pun terjadi haruslah siasat dulu dengan betul, jangan cakap sembarangan tanpa usul periksa. Jangan mudah menghukum tanpa dapat bukti yang sebenar. Dan jangan disebabkan mulut badan binasa. 😉

    Pesan dengan diri sendiri juga, jika berkawan jadilah kawan yang baik, kawan yang menyenangkan kawan. Kawan yang memberi manfaat. Bukan kawan yang tikam belakang kawan ❤️

    ***
    Eina Md Ali
    Ikhlas jika berkawan
    Continue Reading
    Detox Vivix


    Dengan Vivix juga dapat bantu kita berdetox ok. Jom lihat perkongsian pengguna Vivix melakukan detox dalam masa 7 hari

    Detox Vivix : Berjaya Turunkan 2kg Dalam 1 Minggu
    Berat sebelum : 58kg
    Lepas 7 hari : 56kg

    Ukur lilit sebelum : 36.5inch
    Lepas 7 hari : 35.5inch

    Bagaimana rasa lepas 7 hari Detox?

    "Badan rasa lebih ringan. Tak mudah berasa letih. Kalau tidak, duduk saja mesti terlelap nak tidur. Macam kerja kontrak jer penat dia. Rasa best sebab ramai yang nak follow akak detox bila tengok perubahan yang akak alami."- Nor Azliza Sahin


    Detox Vivix : Berjaya kurangkan size seluar 2 inci dalan 1 minggu

    Berat sebelum : 71.7kg
    Lepas 7 hari : 70.9kg

    Ukur lilit sebelum : 34inch
    Lepas 7 hari : 32inch

    Bagaimana rasa lepas 7 hari Detox?

    "Bangun pagi cergas. Tapak kaki dah tak sakit, lutut pun tak sakit."- Rosnihafida Rashid

    ##########

    Vivix membantu melancarkan pengaliran darah ke organ-organ dalam badan sekaligus membantu memperbaiki masalah penghadaman. Kerana Vivix memperbaiki dan memperbaharui sel-sel badan padan tahap sellular.

    Apabila sel badan kita sihat, proses penghadaman, proses detox juga akan lebih lancar dan lebih cepat bertindak bagi membersih atau membuang toksin yang tidak sihat dari tubuh badan kita.

    Kesimpulannya, pengambilan Vivix bukan sekadar agen detox, malah Vivix meningkatkan kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan dan meningkatkan tahap imun tubuh badan dengan melindungi tubuh badan terhadap risiko penyakit berbahaya.


    Jom, kita cuba berdetox dengan Vivix pula. ;)


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina


    Continue Reading

    Start tahun lepas Eina dah ada planner untuk tulis segala nota, rekod perbelanjaan atau apa-apa yang berkaitan la. Tujuannya supaya kerja harian lebih teratur.

    Tapi awal-awal jer rajin menulis, lepas tu dah macam biskut chipsmore dah (kejap ada kejap tak ada), hehe. Akhirnya, note dalam phone juga digunakan. (jangan tiru aksi ini ok 🤦‍♀️)

    Tahun 2019 ni, kembali berazam nak guna planner dengan istiqamah, moga dipermudahkan. InsyaAllah

    Ok, kali ini Eina beli Planner 2019 keluaran Luvre Care Sdn Bhd secara online di #Shopee.

    Planner 2019

    Harganya RM30 tak termasuk postage. Dapat free Travel & Holiday Book & free gift Sabun Basuh Baju Sekolah 😁

    Simple jer plannernya, tapi Eina suka. Memang sesuai untuk yang suka simple-simple macam Eina la. Kira ok sangat untuk WAHM macam Eina ni 😊

    Ada calendar dan ruangan untuk kita catatkan current asset, liability dan juga saving. Then ada ruangan current commitment juga.

    Then ada ruangan Monthly Planning dari January hingga December 2019. Susunannya cantik dan agak jelas. Eina suka


    Then, ada juga ruangan untuk kira perbelanjaan kita setiap bulan. Boleh catatkan berapa duit keluar masuk setiap bulan. Bagus untuk tahu kemana kita gunakan saving kita setiap bulan.


    Ada ruangan untuk tulis sebarang nota juga


    Dan di beberapa mukasurat akhir, ada ruangan Achievement dan juga Outstanding To Do List untuk tahun 2019.


    Last sekali, ada ruangan untuk kita catatkan current asset, liability dan juga saving untuk di bawa ke tahun 2020.


    Ok, itu sahaja.

    Anda boleh tengok lebih detail di Shopee, cari shop @luvrecare. Ada 2 design cover planner yang available.

    Continue Reading
    Lately ni ramai yang tanya Eina Set Hamil Shaklee.

    Set Hamil Shaklee

    Mostly, ada masalah HB rendah, kurang bertenaga, lenguh & sakit-sakit badan dan macam-macam masalah lain. 😖

    Ibu mengandung memang macam tu kan, itu memang normal. Eina dulu pun pernah alami. 😊

    Tapi, bila kita ambil nutrisi yang cukup, InsyaAllah dapat kurangkan semua masalah-masalah tadi.

    Ada 6 item dalam satu set lengkap. Ia membantu memenuhi keperluan nutrisi ibu semasa mengandung. InsyaAllah si ibu dan baby juga akan kekal sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan. 🤩

    Ok, ini senarai vitamin dan kebaikannya ⤵️

    1. Vitalea Iron Formula (Multivitamin - bagus untuk HB, elakkan kurang darah merah/anemia)
    2. B Complex (Asid Folik utk pertumbuhan bayi sempurna)
    3. Sustained Release Vita C Plus (Kuatkan antibodi ibu)
    4. Ostematrix (Kalsium utk pembentukan tulang dan elakkan cramp, keletihan ibu)
    5. Omegaguard (bagus untuk perkembangan otak baby)
    6. ESP (bantu memberi tenaga, kuatkan rahim, kekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu)

    Eina amalkan semasa hamil anak kedua dan ketiga. Alhamdulillah, sangat membantu 😍

    Badan kekal bertenaga dan cergas, masalah-masalah normal ibu mengandung pun dapat dikurangkan. 👍❤️

    Wasap Eina untuk order ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    Atau
     
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading

    “Putihnya kulit awak ni”

    Senyum lebar, bila ada makcik tegur kita macam tu 😋

    Maybe ini adalah salah satu kesan Eina konsisten ESP sejak 6 tahun yang lalu ☺️

    Ramai yang dah mengaku, kulit semakin cerah selepas amalkan ESP. Jom lihat

    Testimoni ESP: ESP membantu mencantikkan kulit muka saya. Sekarang dah kurang berjerawat dan tidak kusam lagi

    Testimoni ESP: Sejak amalkan Vitamin C dan ESP ni, Alhamdulillah kulit muka sudah improve

    Testimoni ESP: Kulit tak kering


    Testimoni ESP: Kekal bertenaga dan kenyang berpanjangan, kulit kelihatan lebih cerah berseri, tiada lagi kulit kering


    Jom cuba ESP, ada promo sepanjang bulan Januari ini.



    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    Atau
     
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading
    Testimoni Vivix Untuk Kulit Cantik
     
    Vivix merupakan rumusan hebat AWET MUDA atau ANTI-AGING. VIVIX juga dirumus khas untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang telah rosak. Organ terbesar kita adalah kulit, memperbaiki kulit seolah-olah memperbaiki seluruh tubuh kita.
     
    Dengan VIVIX, ianya bukan bersifat luaran, tetapi memulihkan dari dalam iaitu pada tahap DNA. InshaaAllah, bukan setakat kulit akan cantik, malah anda akan kelihatan awet muda dan badan juga semakin sihat.
     
    Nak kulit cantik, nak sihat? Amalkan Vivix sesudu kecil sehari. Mudah dan cepat. Tinggi dengan kandungan Polyphenol.
    Testimoni Vivix : "Kulit jadi glowing dan rasa segar" - Emma Maembong


    Testimoni Vivix : "Sekali ambil anda akan rasa perubahan" - Rita Rudaini


    Testimoni Vivix : Ibu nampak muda, nampak seperti adik beradik jer


    Testimoni Vivix : Sebulan ambil Vivix, jeragat dah hilang, kutil makin kurang, kulit nampak berseri
     
    Nak kulit kekal anjal dan muda berseri kan? Boleh cuba amalkan Vivix ok.
     
    Dapatkan sekarang, ada promo untuk pembelian Promo Twinpack Vivix dengan harga RM684 sahaja.
     
    Hubungi Eina untuk grab harga promo ni ok.
     
    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
    Atau
     
    Klik sini untuk >>> Daftar Keahlian dan Order Terus Website Shaklee


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading

    Sabtu lepas berpeluang laga pipi dengan ex-housemate masa zaman bujang dulu, hehe

    Dulu duduk serumah, jarang bersembang sebab tak berapa rapat sangat, lepas tu jarang jumpa & satu lagi sebab duduk bilik lain-lain. 😁

    Tapi sekarang jadi rapat asbab berbisnes Shaklee. Dia dah jadi mentor kita pula. MasyaAllah hebat orangnya 😍


    Kagum dengan kejayaan adik sorang ni, murah betul rezeki dia. Satu hari nanti nak berjaya macam dia juga. Aminnnn 🤲

    Tq Nadiah Suhaidi atas segala ilmu yang dikongsi. Doakan akak ya ☺️🤗


    Nak join tema kami atau nak cari vitamin Shaklee, wasap jer Eina ya.

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Hero Kiddo Shaklee - Produk Baru Shaklee
      Memperkenalkan produk terbaru Shaklee Hero Kiddo Gummies sudah berada di pasaran Malaysia. Finally, dah boleh beli dah. Alhamdulillah. 😍 E...
    • Promosi Shaklee Ogos 2021
      Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos dah, bulan kemerdekaan negara kita. Semoga baik-baik sahaja untuk semua.  Ok, seperti biasa Shaklee akan...
    • 3 Jenis Protein Tumbuhan Untuk Kurus dan Kulit Cantik
      Selain air, PROTEIN adalah komponen utama dalam jaringan tubuh. Ia adalah nutrien PENTING untuk PERTUMBUHAN. Protein DIPERLUKAN untuk MEMPER...
    • Testimoni ESP dan Vitamin C Untuk Jerawat
      JERAWAT adalah masalah biasa sering terjadi pada kulit wajah. JERAWAT berlaku apabila liang-liang pori pada kulit tersumbat dengan minyak, ...
    • Life Shake Elderberry Shaklee - Produk Baru
      Life Shake Elderberry merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap, kaya dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, dengan ta...

    Blog Archive

    • ►  2025 (3)
      • ►  Jun 2025 (2)
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ▼  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ▼  Jan 2019 (20)
        • Set Keperluan Harian Shaklee
        • Cinch Energy Tea Mix Pengganti Kafein
        • Sijil HALAL Shaklee 2019
        • Nikmat Kesihatan, Nikmat Yang Selalu Kita Lupa
        • Cara Tradisional Hilangkan Batuk
        • Testimoni Youth Skincare : Jerawat Tak Tumbuh, Par...
        • Kisah Kawan Tikam Belakang
        • Kesan Detox Dengan Vivix
        • Planner 2019 dari LuvreCare
        • Set Hamil Shaklee Lengkap
        • Testimoni ESP : Kulit Lebih Cerah
        • Testimoni Vivix Untuk Kulit Cantik
        • Personal Coaching Bersama Mentor Master Nadiah Suh...
        • Atasi Kulit Kering di Musim Panas
        • Testimoni Eyebag & Garis Halus Berkurang dengan Yo...
        • ESP & Performance Drink Menyegar dan Menghilangkan...
        • Guna Sunblock Untuk Lindungi Kulit Berjeragat
        • Koleksi Resepi ESP Sedap
        • Testimoni ESP Shaklee Untuk Tambah Tenaga
        • Promo Shaklee January 2019
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top