Cara Tradisional Hilangkan Batuk

11:30 AM

Petua tradisional hilangkan batuk

Mungkin ada yang pernah dengar atau pernah baca. Mungkin juga ada yang pernah cuba petua ni

Eina dapat petua ni dari part time maid Eina dulu. Masa tu memang batuk Eina tak baik-baik hampir sebulan. Dah cuba macam-macam ubat dah, tapi semua tak jadi.

So, bila dia share petua ni, Eina pun try la.

Ok, bahan-bahannya:
1. 1 biji Limau Nipis
2. Satu Sudu Kicap Manis
3. Sudu dan piring

Cara-caranya
1. Bakar keseluruhan limau nipis (kalau guna dapur gas, guna pengepit semasa membakar, lebih mudah. Bakar sikit-sikit jer ok)
2. Lepas siap bakar, kemudian belah limau tu (terpulang nak belah macam mana, belah 2 boleh, belah 4 pun boleh)
3. Perahkan air limau tersebut dan campurkan dengan 1 sudu kicap manis tadi
4. Lepas tu, kacau rata campuran limau dan kicap tersebut
5. Then, boleh terus minum

Rasanya masam-masam manis tau, ada rasa kelat-kelat juga sikit. 😬

Boleh buat 2@3 kali sehari. Nak letak garam sikit pun boleh. 👍

Agak-agak rasa kat tekak tu kelat jer kan, lepas tu minum la air, hehe 😄

Kalau belum cuba tu, boleh la cuba petua ni ya, mana tau sesuai dengan anda 😉

Ini cuma salah satu ikhtiar untuk hilangkan batuk. Kalau dah try, tapi batuk still tak ok, cari solution lain pula ok.

Note: Kalau batuk terlalu lama dan memudaratkan, terus jumpa doktor ok. 👌

Semoga bermanfaat.

Feel free to share ❤️

#EinaSajeKongsi
#EinaMdAli

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)