Planner 2019 dari LuvreCare

5:02:00 pm


Start tahun lepas Eina dah ada planner untuk tulis segala nota, rekod perbelanjaan atau apa-apa yang berkaitan la. Tujuannya supaya kerja harian lebih teratur.

Tapi awal-awal jer rajin menulis, lepas tu dah macam biskut chipsmore dah (kejap ada kejap tak ada), hehe. Akhirnya, note dalam phone juga digunakan. (jangan tiru aksi ini ok đŸ€Š‍♀️)

Tahun 2019 ni, kembali berazam nak guna planner dengan istiqamah, moga dipermudahkan. InsyaAllah

Ok, kali ini Eina beli Planner 2019 keluaran Luvre Care Sdn Bhd secara online di #Shopee.

Planner 2019

Harganya RM30 tak termasuk postage. Dapat free Travel & Holiday Book & free gift Sabun Basuh Baju Sekolah 😁

Simple jer plannernya, tapi Eina suka. Memang sesuai untuk yang suka simple-simple macam Eina la. Kira ok sangat untuk WAHM macam Eina ni 😊

Ada calendar dan ruangan untuk kita catatkan current asset, liability dan juga saving. Then ada ruangan current commitment juga.

Then ada ruangan Monthly Planning dari January hingga December 2019. Susunannya cantik dan agak jelas. Eina suka


Then, ada juga ruangan untuk kira perbelanjaan kita setiap bulan. Boleh catatkan berapa duit keluar masuk setiap bulan. Bagus untuk tahu kemana kita gunakan saving kita setiap bulan.


Ada ruangan untuk tulis sebarang nota juga


Dan di beberapa mukasurat akhir, ada ruangan Achievement dan juga Outstanding To Do List untuk tahun 2019.


Last sekali, ada ruangan untuk kita catatkan current asset, liability dan juga saving untuk di bawa ke tahun 2020.


Ok, itu sahaja.

Anda boleh tengok lebih detail di Shopee, cari shop @luvrecare. Ada 2 design cover planner yang available.


~~~~~
Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/0192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya
Facebook Page: Vitamin Kesihatan Sejagat
IG: kedainutrisiusjsubangjaya
IG: kulitcantik.byeina

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

Followers

Pageviews