Nikmat Kesihatan, Nikmat Yang Selalu Kita Lupa

8:30 AM


Kita selalu leka dan alpa dengan nikmat-nikmat hidup senang yang Allah beri pada kita, tapi bila Allah tarik nikmat yang paling penting iaitu nikmat kesihatan, baru kita teringat nak bersyukur. Allahuakbar 😌

Setiap hari kita rasa syukur dengan pemberian nikmat dari segi material, sedangkan kalau Allah tak beri nikmat sihat tu, kita mungkin tak akan capai apa yang kita impikan 😔

Alhamdulillah, Allah beri kita peluang bernafas lagi hari ini, Allah beri kita hidung untuk kita menyedut udara segar setiap hari, untuk kita menghidu bau wangian, bau makanan. Andaikata Allah tarik nikmat hidung sihat, deria bau kita terjejas, kita pasti tak dapat nikmat menghidu tersebut.

Alhamdulillah, Allah beri kita mata untuk kita melihat orang-orang yang kita sayang, dapat kita melihat keindahan alam semesta dengan terang dan jelas. Alhamdulillah Ya Allah. Bayangkanlah, sepasang mata kita tidak boleh melihat, gelap sahaja, bagaimana? Allahuakbar syukur kita ada sepasang mata yang sihat. Terima kasih Allah

Syukur Alhamdulillah, Allah beri kita telinga untuk kita mendengar. Dapat kita dengar suara orang-orang yang kita sayang, kita dapat mendengar suara anak kita menangis, suara suami kita, isteri kita, suara mak abah kita walaupun hanya berhubung melalui telefon. Pernah bayangkan jika kita tidak boleh mendengar? Bagaimana kita nak berhubung dengan mak abah kita? Allahu.😱

Alhamdulillah, Allah beri kita mulut untuk kita makan, dapat kita merasa pelbagai jenis minuman dan makanan kan, Allah beri kita lidah untuk kita bercakap. Bayangkan jika nikmat itu ditarik, Allah seksa rasanya. Yang pernah alami pasti lebih memahami.đŸ˜„

Alhamdulillah, Allah beri kita tangan untuk kita menyentuh, memegang anak-anak kita, dapat menulis, memandu kereta dan macam-macam lagi kita boleh buat. Bayangkan tangan kita tidak boleh bergerak, nak memegang pun tak boleh, Allah mesti kita sedih kan. Syukur Ya Allah atas nikmatMu

Alhamdulillah, Allah beri kita kaki untuk kita berdiri, berjalan melangkah kemana sahaja kita nak pergi. Alhamdulillah syukur Allah beri nikmat anggota badan yang sempurna dan sihat dapat kita bergerak melakukan kerja setiap hari. Alhamdulillah syukur Ya Allah

Jadi bersyukurlah, Allah beri nikmat sihat kepada kita. Alhamdulillah, syukur Ya Allah

Ya Allah, maafkan kami kerana selalu lupa dan tidak cukup bersyukur kepadaMu Ya Allah. Terlalu banyak yang boleh kami syukuri. Diberikan nikmat kesihatan adalah nikmat yang paling indah sekali Ya Allah. Betapa hebat pemberianMu ini. Terima kasih Ya Allah!!

❤️Jom kita perbanyakkan beristighfar dan berselawat hari ini ❤️

#EinaMdAli
#EinaSajeMenulis

You Might Also Like

0 comments

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

Followers

Pageviews