5 Langkah Mencegah Coronavirus Covid19
4:48 PMAllahuakbar, Allah Maha Besar
Dia boleh berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu.
Allah turunkan makhluk bernama Coronavirus ni merupakan satu teguran Allah yang sangat besar buat kita.

Banyak sangat perkara yang tak disangka-sangka terjadi dan banyak juga perubahan kehidupan harian yang kita perlu buat secara drastik kan. Sama-samalah kita bersatu memutuskan rantaian Covid19 ini.
Ini adalah 5 langkah yang boleh kita lakukan bersama keluarga bagi mengurangkan risiko daripada jangkitan virus tersebut.
5 Langkah Mencegah Coronavirus Covid19
1. Menjaga kebersihan
Seringlah mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih untuk mencegah penyebaran kuman kepada diri sendiri dan orang lain. Tutup mulut dan hidung menggunakan lekukan siku atau tisu saat batuk atau bersin, dan segera buang tisu ke dalam tempat sampah yang tertutup.
2. Hindari tempat orang ramai
Tinggal di rumah dan hindari kawasan yang padat dengan orang jika anda harus juga keluar dari rumah. Jika anda memang perlu berada di tempat tersebut, pakai topeng muka dan bataskan pergaulan dengan orang ramai.
3. Segera berjumpa doktor sekiranya tidak sihat
Jika anda merasa kurang sihat disertai dengan demam, batuk atau kesulitan untuk bernafas, segera cari bantuan medikal. Sebelum pergi berjumpa doktor atau ke hospital, hubungi mereka dan sampaikan informasi lokasi terakhir yang anda kunjungi (jika ada) dan tanda-tanda penyakit anda.
4. Hindari sebarang sentuhan dengan binatang
Hindari bersentuh dengan binatang (hidup atau mati), pasar basah, dan jika boleh, elakkan produk yang berasal dari haiwan.
5. Masak daging dan telur dengan betul
Sediakan daging atau telur hingga masaksepenuhnya adalah hal penting untuk memastikan kebersihan makanan. Memasak daging hingga betul-betul masak akan mematikan bakteria berbahaya.
Doa Perlindungan

Sambil kita membuat langkah-langkah di atas, jangan kita lupa meminta perlindungan daripada Allah SWT.
Ini adalah doa-doa yang boleh
diamalkan agar kita terhindar daripada bahaya dan penyakit yang memudaratkan. InsyaAllah
Doa perlindungan daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit buruk |
Doa perlindungan daripada marabahaya |
Doa perlindungan daripada bahaya |
“Barangsiapa membacanya tiga kali ketika pagi hari, maka dilindungi dari segala sesuatu hingga sore hari, dan barangsiapa mengucapkannya tiga kali ketika sore hari, maka tak akan mengalami gangguan segala sesuatu hingga pagi hari.”
– HR. Abu Dawud 4/323, HR. Tirmidzi 5/465, HR. Ibnu Majah 2/332
Semoga Allah SWT selalu melindungi kita semua.
Sumber: MuslimPro
4 comments
betul,hindari la tempat orang ramai kan, kalau tak perlu.. tak payah la pergi ke mall or anything .. now online boleh beli
ReplyDeleteBetul tu. Semua boleh beli online jer sekarang ni. Tapi jika terpaksa keluar, jagalah SOP betul2 kan
Deletekalau baca ma'thurat pasti akan ketemu doa ni ;-)
ReplyDeleteBetul tu. Kalau boleh amalkan Mathurat tu setiap hari. Banyak kelebihannya
DeleteTerima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)