Dapat Hadiah Dari Mentor

11:54 AM


Semalam ada dapat 1 parcel dari BellaAmmara. Seingat Eina memang tak ada order apa-apa pun dari BellaAmmara ni.

Masa ambil parcel tu duk fikir juga, siapa plak yang hantar ni, kot la tersilap ke apa kan. Tapi nama & alamat betul dah.

Masuk jer rumah terus la unboxing parcel tu. Excited punya pasal. Hehe

Bukak jer kotak tu ada kad ucapan. Bila baca kad tu, terus bergenang airmata. Rupanya hadiah dari my mentor Nadiah Suhaidi. Patutlah hari tu tanya kita suka kaler apa. Rupanya nak hadiahkan telekung.

Allahuakbar. Eina rasa tersentuh dan terharu sangat, bila baca ulang 2-3 kad ucapan tu sampai keluar jugalah airmata ni. Speechless.

Master Nad ni bukan setakat mentor Eina dalam bisnes Shaklee ni jer, tapi dari beliau jugalah Eina dapat belajar banyak perkara termasuklah yang berkaitan dengan personal life. 

Memang tak terbalas jasa beliau pada Eina selama ni. Terlalu banyak sangat kebaikan beliau pada Eina. Allah jer yang dapat balas semua kebaikan beliau. 

Eina rasa beruntung sangat berada dalam bisnes circle yang sangat positif macam Shaklee ni. Sebab kita ada mentor yang akan guide kita dari zero sampailah kita dapat apa yang kita nak. Lepas tu selalu dapat hadiah. Hehe

Betapa pentingnya kita buat bisnes yang ada mentor ni, sebab kita takkan rasa keseorangan. Bila kita down, mentor ni la yang bantu naikkan semangat kita. Mentor ni jugalah yang akan bantu kita kekal positif dan kuat.
 
Inilah salah satu sebab kenapa Eina still setia dengan bisnes Shaklee ni more than 7 years dah. Syukur.
Eina nak ambil kesempatan ni nak ucap ribuan terima kasih kepada mentor Eina iaitu Master Nadiah Suhaidi dan suaminya Master Amir kerana sentiasa ada dengan Eina sepanjang 7 tahun Eina berbisnes ni.

Teruslah menjadi inspirasi kepada semua orang. Semoga Allah kurniakan Nad sekeluarga kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Akak sayang Nad Lillahi Taala. ❤🤗

You Might Also Like

6 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)