Tips Penjagaan Wajah Untuk Kulit Normal

11:59 PM

 
Kalau anda memiliki jenis kulit normal, anda sungguh bertuah. Kerana jenis kulit normal jarang menghadapai masalah yang serius.

Antara ciri-ciri kulit normal adalah kulit anda mungkin akan mengeluarkan minyak yang berlebihan di bahagian Zon-T (hidung, dagu dan dahi), kulit anda cepat terbakar apabila terkena sinaran matahari dan selalunya selepas 10 minit mencuci wajah, kulit akan terasa segar dan lebih anjal.

Bagi kulit normal, perkara yang perlu diutamakan ialah memastikan kulit kekal sihat, bersih dan tidak bermasalah. Ini bagi memastikan kandungan semulajadi minyak dan air pada kulit tetap seimbang.

Sewaktu mencuci, pastikan wajah benar-benar dibersihkan dengan lembut dan berhati-hati supaya apa sahaja solekan dapat ditanggalkan. Sebaik sahaja wajah dibersihkan, pastikan wajah diberi pelembap ekstra bagi memastikan tahap kelembapan pada kulit seimbang.

5 Tips/Langkah Penjagaan Untuk Kulit Normal

1. Bersihkan solekan dimata dengan betul. Jika tidak ia boleh menyebabkan mata menjadi kemerah-merahan dan nampak letih. Jika anda memakai maskara atau eye liner, pilih pembersih solekan mata yang sesuai dengan jenis maskara atau eye liner yang digunakan.


2. Cuci wajah dengan air bersih dan gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit. Urut wajah dengan perlahan-lahan selama 30 saat hingga 60 saat. Urutan wajah boleh melancarkan peredaran darah sekaligus membuatkan wajah kelihatan lebih berseri-seri.

3. Bersihkan wajah dengan air bersih dan keringkan menggunakan tuala yang lembut dan bersih. Jangan gosok wajah terlalu kuat kerana boleh menyebabkan wajah menjadi cepat berkedut. Sebaiknya tekapkan tuala ke wajah dengan lembut sehingga wajah menjadi kering.


4. Pakai penyegar wajah atau toner. Elakkan kulit di sekitar mata bagi mengelakkan ia menjadi kering atau kemerah--merahan

5. Akhir sekali letakkan moisturizer pada wajah. Sapukan dari bawah ke atas. Teknik ini akan melindungi kulit dan lebih mudah untuk apply make up.


So, jangan skip langkah di atas untuk memelihara kulit anda ok. 

 
 
Nak tanya vitamin atau skincare untuk kulit sihat? 

You Might Also Like

4 comments

  1. betul, lepas make up kena cuci betul2 kan then toner sangat membantu.. thank you sharing this tips :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Cuci bersih2 & toner memang wajib pakai. U r welcome

      Delete
  2. sbnr nya pakai face clean tu ok ke x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Face clean, mcm micellar tu eh. Kalau Eina lagi prefer makeup remover tissue.

      Delete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)