PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya

6:05 PM

 
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Semua sekolah juga ditutup sepanjang PKPB. 
 
Bila kerajaan umumkan PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya tempoh hari, Eina rasa agak lega sikit sebenarnya. Salah satu sebabnya ialah fikirkan keselamatan dan kesihatan anak-anak yang masih bersekolah. Bila diaorang duduk kat rumah ni, InsyaAllah rasa lebih selamat la kan. 
 
Bila kita tengok hampir setiap hari kes meningkat, Eina rasa PKPB ini adalah wajar.

Tapi tak dinafikan ada juga pihak yang terkesan contohnya seperti peniaga-peniaga kecil. Eina harap ada jalan lain dan ada rezeki lain untuk kalian. InsyaAllah
 
Kalau ikutkan Eina ada plan nak balik kampung dalam masa terdekat ni. Asalnya nak balik 10hb hari tu, tapi anak-anak semua kurnag sihat, termasuk juga Eina sendiri. So, Eina decide tangguh dulu la balik kampung tu. Mak, abah pun ada cakap, biarlah semua sihat dulu nanti barulah balik.
 
Tiba-tiba dapat berita pengumuman PKPB plak, so memang tak kemana la. Dengan pelaksanaan PKPB ni, kerajaan pun dah tetapkan pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. So, kita redha dan tunggu jer la sampai keadaan reda ya.

Tapi, kalau perlu bekerja merentas daerah, perlu ada pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
 
Boleh download borang permit di bawah untuk korang yang terpaksa bekerja merentas daerah ya. Boleh juga diperolehi di balai-balai berdekatan.
 
Borang Permit Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
 
Atau korang boleh juga download di portal rasmi Polis Diraja Malaysia
 
Sepanjang PKPB ni juga banyak aktiviti tidak dibenarkan. Antaranya termasuklah semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, budaya, dan termasuk majlis perkahwinan. So, nak beriadah, dalam pagar rumah jer la ya. Masa ni kesian kat anak-anak la kan. Tapi, demi keselamatan kita ikut ya.
 
Kalau nak keluar beli keperluan rumah, hanya 2 orang sahaja dibenarkan. Bab ni, Eina selalu kirim kat husband lepas dia balik kerja jer. Sebelum balik rumah, mintaklah dia singgah mana-mana yang perlu. Okla tu.

Semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa. Ikut SOP yang ditetapkan la ya. Korang boleh baca info-info dalam lama web Majlis Keselematan Negara.

SOP PKPB - Aktiviti Harian

 
Waktu pandemik sekarang ni, walaupun duduk rumah Eina tetap concern bab kesihatan anak-anak. Eina pastikan imun diaorang kuat supaya tetap sihat. Eina memang tak missed bagi diaorang makan vitamin. 
 
Apa sahaja yang boleh diaorang ambil macam Vitamin C, Multivitamin, Nutriferon (immune booster) memang Eina bagi jer. Mencegah lebih baik dari merawat kan. Selebihnya kita serah kat Allah. Mudah-mudahan dalam lindungan Allah sentiasa. Aminnn
 
Bila anak-anak cuti sekolah ni memang jadual harian bertukar la. Sibuk melayan macam-macam kerenah diaorang.
 
Kejap-kejap jadi tukang masak, kejap kang tukar jadi cikgu garang 🤓, pastu tukar jadi cleaner plak. Macam-macam profession ada. 😎

Mujurlah memang amalkan vitamin Shaklee, jadi kuranglah juga rasa letih badan tu. Cuma letih emosi sikitlah. Normal la tu bagi ibu-ibu surirumah a.k.a WAHM macam Eina ni. Hehe. Macam mana sekalipun, tetap juga kena hadap. Syukur Alhamdulillah la, anak-anak tetap depan mata kan.

Okla, lastly, jomlah kita sama-sama amalkan doa di bawah. Semoga Allah lindungi kita semua dari makhluk yang bernama Coronavirus Covid-19 ni. Aminn

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” - (Hadith Riwayat Abu Daud)
 
Mohon doakan kami kat Selangor, KL dan Putrajaya ni baik-baik sahaja ya kawan-kawan. 
 
Terima kasih sudi baca. :)

You Might Also Like

10 comments

  1. harap tak bersambung la pkpb ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, kita doa yang baik-baik ya 🤲🏻

      Delete
  2. sekolah di rumah dibuka semula. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Cikgu garang pun kembali bertugas. Hehe

      Delete
  3. Moga dipermudahkan semuanya nya yer k. Eina. Aamiin

    ReplyDelete
  4. Semoga cepatlah putus rantaian covid ni di seluruh malaysia kn kak eina.. selangor mcm naik juga dh smlm.. take care tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn Ya Allah Ya Mujib. Aah everyday makin naik kes kat Selangor ni. InsyAllah, tq ya.

      Delete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)