Tips Bekerja Dari Rumah dengan Efektif Di Musim COVID-19

1:52 PM

Berbaki 4 hari lagi akan tamat Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke-3 dan hari ini semua umat Islam telah mula berpuasa. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dalam tempoh PKP ini. InsyaAllah

Perdana Menteri Malaysia kita iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan hingga 12hb Mei 2020. Demi kebaikan dan keselamatan semua, kita bertanggungjawab untuk terus kekal mematuhi perintah yang telah dikeluarkan.


Sepanjang tempoh PKP ini, kebanyakan majikan mengalakkan pekerjanya untuk bekerja daripada rumah bagi membendung wabak COVID-19 dan mengelakkan pekerja daripada terkena jangkitan tersebut ketika dalam perjalanan pergi dan balik daripada kerja.

Untuk pekerja menjadi lebih efektif dalam menyelesaikan tugas-tugas pejabat daripada rumah, berikut adalah sebahagian tips yang boleh diikuti:


1. Cari ruang kerja yang sesuai di rumah



Duduk di kerusi yang selesa dan pilih meja yang sesuai untuk digunakan. Pastikan anda duduk mengikut postur yang betul untuk mengelakkan sakit badan. Jangan lupa untuk pastikan ruang kerja bersih setiap masa agar anda boleh fokus untuk menyiapkan kerja-kerja anda.


2. Mulakan hari anda dengan Bismillah

Niatkan setiap masa anda bekerja sebagai satu ibadah dan tanamkan niat yang betul bahawa anda bekerja kerana Allah SWT. Setiap perbuatan kita di akhirat akan dinilai berdasarkan niat kita.

Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku.

Surah Ta-Ha; 20:25-28


3. Urus masa anda


Rancang aktiviti anda dengan mengikut solat 5 waktu. Mula bekerja sejurus selepas solat Subuh dan ambil waktu rehat ketika Zuhur. Siapkan kerja anda selepas Asar ataupun sebelum Magrib. Ini akan memudahkan lagi untuk anda menyiapkan kerja dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan dari membuang masa dan mengakibatkan kerja anda tidak siap.


4. Buat senarai kerja yang perlu dibuat

Buat satu senarai kerja yang perlu anda lakukan seperti: Kerja Pejabat, Rumah, Peribadi. Kategorikannya mengikut keperluan dan mana yang harus dilakukan terlebih dahulu. Ini akan membantu anda mengutamakan kerja yang perlu disiapkan dan mengelakkan membuat kerja di minit yang terakhir. Ianya memberi satu kepuasan apabila kita berjaya menandakan senarai kerja yang telah disiapkan.


5. Elakkan daripada sebarang gangguan dan tetapkan masa untuk hal-hal lain

Tetapkan masa anda untuk tetap berada di ruang kerja anda dan orang sekeliling anda harus faham akan tanggungjawab anda sebagai seorang yang pekerja yang bekerja daripada rumah. Jelaskan kepada mereka akan jadual kerja anda agar anda juga boleh terus fokus dalam menyiapkan kerja pejabat.


6. Ambil masa untuk berehat untuk kekal bertenaga



Ini merupakan peluang terbaik anda untuk mengatur semula tabiat untuk solat di awal waktu. Berhenti berehat seketika untuk menunaikan Solat dan buat senaman ringan supaya anda sentiasa bertenaga dan produktif sepanjang hari.


7. Banyakkan minum air



Di musim wabak COVID-19 yang semakin menular kini, amatlah penting untuk kita sentiasa minum air untuk membantu mengekalkan badan yang sihat dan juga sebagai persiapan menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sediakan satu botol air du ruang kerja anda untuk memudahkan anda meminumnya pada bila-bila masa agar badan kekal terhidrasi.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita di waktu yang mencabar ini.

Sumber: MuslimPro

You Might Also Like

2 comments

  1. Kalau ada anak-anak leceh sikit bila bekerja di rumah ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul, tu sebab kena pandai urus masa, hehe

      Delete

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Like us on Facebook

Followers

Pageviews