25 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan
11:30 AMTinggal seminggu sahaja lagi kita bakal bertemu bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini pasti berbeza dengan Ramadhan tahun lalu.
Seperti kebiasaan, kita akan buat pelbagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan. Sebagai persediaan bagi menempuhi bulan Ramadhan yang penuh keberkatannya ini, kita sewajarnya mempersiapkan diri bermula dari sekarang.
Ini antara beberapa persiapan yang wajar dilakukan sebelum menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak
1. Bertaubat dan Berusaha untuk Menjadi Lebih Baik.
- Hentikan semua kebiasaan tidak baik sebelum Ramadhan bermula dan ikhlas untuk bertaubat.
2. Perbanyakkan Membaca Al-Quran
- Baca dan terapkan nilai-nilai yang ada di dalam Al-Quran untuk mendekatkan diri kepada Allah
3. Biasakan Berzikir
- Iringi bacaan zikir ketika menjalankan aktiviti di siang hari.
4. Pertingkatkan Ibadah Seharian Anda
- Perbaiki ibadah Fardu dan perbanyakkan ibadah Sunnah sebelum bermulanya Ramadhan untuk membiasakan anda beribadah sepanjang bulan Ramadhan
5. Tetapkan Pola Tidur
- Biasakan tidur awal untuk membantu anda bangun pada masa dan memastikan anda kekal bertenaga ketika berpuasa
6. Meminta Maaf Atas Kesalahan
Mohonlah kemaafan dari ahli keluarga dan sahabat handai atas kesalahan anda terhadap mereka
7. Rancang Jadual
- Pelan jadual harian di bulan Ramadhan untuk seisi keluarga
8. Perbanyakkan Amal Jariah
- Gunakan minggu terakhir menjelang Ramadhan dengan melipatgandakan sedekah, tidak kira dari bentuk wang ringgit, bantuan kemsyarakatan ataupun hanya dengan senyuman
9. Mengingatkan Kepentingan Ramadhan
- Terangkan kepada anak-anak anda kepentingan dan keistimewaan bulan Ramadhan
10. Permudahkan Aktiviti Sedekah
- Buat kotak sedekah, letakkan di dapur dan ajak ahli keluarga yang lain untuk mengisinya setiap hari
11. Tambahkan Ilmu Pengetahuan Mengenai Bulan Ramadhan
- Fahami berkat yang ada pada bulan Ramadhan untuk motivasi diri agar mensyukuri dan menghayati kepentingan bulan Ramadhan
12. Sediakan Senarai Doa
- Senaraikan doa-doa yang baik untuk diucapkan pada bulan Ramadhan kerana pada bulan Ramadhan, pahala akan dilipatgandakan berbanding bulan-bulan yang lain
13. Beli Buah Kurma
- Jangan lupa untuk menyediakan buah kurma kerana ianya bukan sahaja mengandungi zat yang tinggi, malah ia juga adalah amalan Sunnah untuk berbuka puasa dengan kurma
14. Dapatkan Rehat Yang Mencukupi
- Manjakan diri anda dan berehatlah secukupnya untuk menyediakan diri anda dengan tanggungjawab dan kesibukan sepanjang bulan Ramadhan
15. Kurangkan Masa Bermain Telefon
- Gantikan aktiviti berkaitan telefon dengan melakukan ibadah-ibadah Sunnah
16. Berpuasa Sunat
- Puasa sunat adalah salah satu cara untuk menyiapkan badan dan minda untuk bulan Ramadhan
17. Senaman
- Senaman ringan untuk memastikan badan sihat di bulan Ramadhan
18. Tambah Pengambilan Air
- Minum air yang secukupnya menjelang Ramadhan serta sebelum dan sesudah berpuasa untuk mengelakkan dehidrasi
19. Cari Resepi Yang Sihat Untuk Sahur dan Iftar
- Makanan yang sihat untuk Sahur dan Iftar akan dapat mengelakkan perut anda lapar ketika berpuasa di siang hari dan dapat menyihatkan tubuh badan anda di bulan Ramadhan
20. Masak dan Bekukan Makanan
- Masak dan bekukan makanan utama untuk mengelakkan anda terburu-buru dalam menyiapkan juadah makanan
21. Rancang Menu
- Dengan perancangan awal sebelum Ramadhan, anda akan dapat menjimatkan masa di dapur dan dapat menggunakan masa selebihnya untuk aktiviti lain.
22. Makan Makanan Sihat Secukupnya
- Pelan makanan yang patut diambil ketika sahur untuk memastikan badan bertenaga ketika menjalankan ibadah puasa pada siang hari
23. Bersihkan Rumah
- Keluarkan/sediakan barang-barang yang anda perlu pakai sahaja pada bulan Ramadhan
24. Meminta Bantuan Keluarga
- Libatkan keluarga anda dalam aktiviti di bulan Ramadhan. Ianya bukan sahaja memudahkan kerja-kerja anda malahan menguatkan hubungan kekeluargaan
25. Selesaikan Persiapan Untuk Hari Raya Terlebih Dahulu
- Sebelum Ramadhan, beli pakaian, hadiah dan keperluan lain yang anda perlukan untuk Hari Raya agar anda dapat menghabiskan hari-bari terakhir bulan Ramadhan dengan amal ibadah yang sepatutnya.
Jom kita sama-sama persiapkan diri untuk menyambut bulan yang mulia ini. Kita doa sama-sama ya semoga kita diizinkan Allah untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan tahun ini. InsyaAllah.
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba kawan-kawan!
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)