Bahan-Bahan yang digunakan di dalam Shaklee Youth Skincare

3:07 PM



YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

Kunci untuk mengecapi kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat. Kulit yang muda melakukannya dengan mudah. Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu serta berseri.

Tetapi dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang. Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih kami bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.

Ini bermakna yang kami tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, kami juga menyokong fungsi penting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.

Antara bahan-bahan utama yang digunakan adalah

MUSCADINE GRAPE


Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.


LOTUS JAPONICUS



YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.


APPLE STEM CELL EXTRACT


Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.


SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT


Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.


VITAL REPAIR+® COMPLEX


Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.


Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.
  • Hipoalergenik
  • Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi
 
SENARAI 1,500 BAHAN YANG KAMI TIDAK GUNAKAN DALAM FORMULASI ADALAH TERLALU PANJANG UNTUK DISENARAIKAN. INILAH SEBAHAGIAN DARIPADANYA:
  • Lauril Sulfat/Laureth Sulfat
  • Pewangi Sintetik
  • Paraben
  • Pengawet Formaldehid
  • Resorsinol
  • Minyak Mineral/Paraffin/Petrolatum
  • Biji mikro (Plastik Mikro)
  • EDTA
  • Ethanolamines (MEA/DEA/TEA)
  • Benzofenon
  • Phthalates
  • Cyclosilicone
  • Sebatian ammonium kuartener
  • Quaternium-15
  • Hydroquinone
  • Pewarna Sintetik
  • Bahan-bahan dari haiwan
  • Lanolin
  • Propylene glycol
  • Logam Berat
  • Merkuri
  • Perak & Garam
  • Garam Barium
  • Pelarut
  • Toluene
  • Bahan Dorong Chlorofluorocarbon
  • Sebatian berfluorin
  • Tar Arang
  • Talkum
  • Gandum (Gluten)
• 100% vegan.
• Bahan semulajadi.
• Bebas kekejaman.

Ok, Youth semestinya terbukti berkesan dan selamat digunakan 👍

Placed your order now!!!

Youth Starter Set 
Youth Intensive Treatment and Repair Set 

Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan terus hubungi Eina ya.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)