Mulakan Detox dengan Suku Suku Separuh
10:00 AM
Assalamualaikum
Apa kabar? Semoga sihat hendaknya ya.
Siapa sini pernah buat DETOX? Memandangkan Eina sedang belajar cara Detox secara semulajadi dengan makanan, jadi Eina nak cerita sikit tentang DETOX.
Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai radikal bebas yang menyebabkan toksin dalam tubuh badan kita. So, kita perlu detox tubuh badan kita bagi membantu melancarkan perjalanan sistem dalam tubuh badan untuk lebih sihat. Kandungan toksin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kelesuan, sakit kepala, nafas berbau, sukar tidur, sakit otot, keletihan dan justeru itu mengurangkan kualiti hidup.
Biasanya, bagi mereka yang ingin berdiet pasti pernah buat detox secara semulajadi iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat mengikut jadual dan konsisten.
Ok, ini adalah salah satu cara pengambilan pemakanan sihat dan salah satu cara permulaan untuk berdetox secara semulajadi. Ini yang Eina sedang cuba amalkan ;) #SukuSukuSeparuh.
Pada bulan Ogos 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia memperkenalkan satu kempen kesedaran tentang pemakanan sihat yang telah dirasmikan oleh menterinya iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebagai satu mesej pengukuhan budaya pemakanan sihat yang menerangkan Konsep Pinggan Sihat Malaysia. Kempen tersebut dinamakan Kempen 'Suku Suku Separuh'
Apa itu 'Suku Suku Separuh'?
Ok, ‘Suku Suku Separuh’ membawa maksud suku
bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mee, roti dan
bijirin, suku lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam dan daging
manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan Rakyat Malaysia.
Ok, bagaimana nak mula? Jika tak biasa atau tak pernah buat, memang agak mencabar. Antara langkah-langkah yang boleh kita praktikkan pada permulaan detox adalah
- Kurangkan pengambilan gula dan garam
- Elakkan makanan berminyak
- Elakkan makanan berproses
- Elakkan makanan segera
- Kurangkan pengambilan air manis (Terutamanya air bergas)
- Kurangkan pengambilan kafien
- Banyakkan minum air kosong
- Amalkan makanan yang direbus atau dipanggang (lebih sihat)
Kebaikannya, badan akan akan lebih sihat, lebih ringan. Bagi anda yang sedang berdiet, ini adalah cara diet yang seimbang dan lebih sihat. Kulit juga akan nampak berseri tau. Tidur anda akan lebih lena dan dapat meningkatkan tenaga. Sistem imun tubuh badan juga bertambah kuat. Percayalah, anda akan gembira dengan kesannya.
Sebarang pertanyaan dan konsultasi tentang Detox Shaklee, boleh Whatsapp Eina terus ya.
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)