3 Saranan Shaklee Untuk Kehidupan Lebih Baik
9:30 AM
Shaklee ni sangat pentingkan kesihatan. Shaklee adalah penyokong tegar gaya hidup sihat, termasuk
pilihan makanan yang sihat, suplemen yang bijak dan senaman yang kerap – selama
lebih 100 tahun. Dan kami sangat berbangga dapat menerbitkan Kajian Pemakanan
Suplemen Shaklee (Shaklee Dietary Supplement Study), satu kajian unggul pertama
seumpamanya yang menyokong potensi manfaat suplemen dalam jangka panjang di
kalangan populasi pengguna unik
Pelan pemakanan sihat anda termasuklah
- Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan susu tanpa lemak atau rendah lemak.
- Sertakan daging, ayam, ikan, soya, telur dan kekacang
- Elakkan makanan tinggi lemak, lemak trans, kolesterol, garam (sodium) dan gula tambahan.
Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh dan mengurangkan risiko penyakit kronik
Untuk kekalkan kesihatan optimum:
- Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3-60 minit untuk kebanyakan hari dalam seminggu. Tetapkan matlamat untuk melakukan 10,000 langkah atau lebih setiap hari.
- Tingkatkan waktu latihan atau lakukan secara intensif untuk manfaat kesihatan dan untuk mendapatkan berat badan ideal.
- Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah memadai dan munasabah
- Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas, untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat
- Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega-3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolic dan keradangan
- Nutrient anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mengambil anti oksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena
- Pastikan pengambilan vitamin B yang penting seperti asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat
- Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.
Mulakan langkah anda hari ini untuk kesihatan secara menyeluruh. Hidup Sihat, Hidup Hebat :)
Nak order Shaklee, Whatsapp Eina ok ;)
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)