Saturday, 10 March 2018

Mulakan Detox dengan Suku Suku Separuh


Assalamualaikum

Apa kabar? Semoga sihat hendaknya ya.

Siapa sini pernah buat DETOX? Memandangkan Eina sedang belajar cara Detox secara semulajadi dengan makanan, jadi Eina nak cerita sikit tentang DETOX.  

Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai radikal bebas yang menyebabkan toksin dalam tubuh badan kita. So, kita perlu detox tubuh badan kita bagi membantu melancarkan perjalanan sistem dalam tubuh badan untuk lebih sihat. Kandungan toksin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kelesuan, sakit kepala, nafas berbau, sukar tidur, sakit otot, keletihan dan justeru itu mengurangkan kualiti hidup.

Biasanya, bagi mereka yang ingin berdiet pasti pernah buat detox secara semulajadi iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat mengikut jadual dan konsisten. 





Ok, ini adalah salah satu cara pengambilan pemakanan sihat dan salah satu cara permulaan untuk berdetox secara semulajadi. Ini yang Eina sedang cuba amalkan ;) #SukuSukuSeparuh

Pada bulan Ogos 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia memperkenalkan satu kempen kesedaran tentang pemakanan sihat yang telah dirasmikan oleh menterinya iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebagai satu mesej pengukuhan budaya pemakanan sihat yang menerangkan Konsep Pinggan Sihat Malaysia. Kempen tersebut dinamakan Kempen 'Suku Suku Separuh'


Apa itu 'Suku Suku Separuh'?

Ok, ‘Suku Suku Separuh’ membawa maksud suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mee, roti dan bijirin, suku lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam dan daging manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan Rakyat Malaysia.

Ok, bagaimana nak mula? Jika tak biasa atau tak pernah buat, memang agak mencabar. Antara langkah-langkah yang boleh kita praktikkan pada permulaan detox adalah 

  • Kurangkan pengambilan gula dan garam
  • Elakkan makanan berminyak  
  • Elakkan makanan berproses  
  • Elakkan makanan segera
  • Kurangkan pengambilan air manis (Terutamanya air bergas)
  • Kurangkan pengambilan kafien 
  • Banyakkan minum air kosong 
  • Amalkan makanan yang direbus atau dipanggang (lebih sihat) 




Kebaikannya, badan akan akan lebih sihat, lebih ringan. Bagi anda yang sedang berdiet, ini adalah cara diet yang seimbang dan lebih sihat. Kulit juga akan nampak berseri tau. Tidur anda akan lebih lena dan dapat meningkatkan tenaga. Sistem imun tubuh badan juga bertambah kuat. Percayalah, anda akan gembira dengan kesannya.

Sebarang pertanyaan dan konsultasi tentang Detox Shaklee, boleh Whatsapp Eina terus ya.

Agen Shaklee USJ Subang Jaya
Whatsapp : www.wasap.my/0192275759
FB : Eina Md Ali
Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya
Facebook Page: Vitamin Kesihatan Sejagat
IG: kulit_cantik_halus_gebu
IG: kulitcantik.byeina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...