Cara Atasi Alahan Mengandung / Morning Sickness dengan Shaklee

3:14 PM

Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness. Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja. Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.

Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum dapat mengenalpasti penyebab sebenar masalah ini.

Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.


Terdapat dua vitamin shaklee yang boleh membantu ibu hamil mengurangkan dan mengatasi gejala morning sickness ini iaitu B Complex dan Ostematrix. Mari baca kebaikan kedua-dua vitamin ini dalam membantu mengatasi masalah morning sickness

B Complex
bcomplex shaklee, legakan loya, legakan mabuk mengandung, asid folic


  • Melegakan mabuk, loya, dan pening
  • Membantu pembentukan hemoglobin
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Membantu pembentukan sistem saraf
  • Mengatasi kemurungan atau stress (nutrien anti tekanan)

Banyak lagi kebaikan B Complex. Boleh baca di sini


Ostematrix
ostematrix shaklee, pil kalsium, kalsium shaklee, atasi lenguh-lenguh badan, atasi kebas kaki
  • Membekalkan 250mg kalsium dan 100IU Vitamin D
  • Menghilangkan rasa lenguh dan bisa-bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang
  • Mengatasi kekejangan semasa hamil
  • Membantu tidur dengan lena sepanjang malam
  • Melawaskan sistem penghadaman.
Baca di sini untuk kelebihan lain yang ada dalam Ostematrix

Dengan pengambilan kedua-dua vitamin ini, badan terasa lebih bertenaga dan ibu hamil mudah bangun pagi dengan selesa keesokan harinya. Sekaligus dapat mengurangkan dan mengatasi masalah morning sickness. Di samping pengambilan vitamin-vitamin ini ikuti panduan berikut yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami.

Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.

Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.

Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.

Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.

Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.

Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.


Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.

Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.

Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

Nak baca sendiri kesan pengambilan vitamin-vitamin ini, boleh baca testimoni ini.

testimoni shaklee untuk alahan semasa mengandung, alahan semasa mengandung
"Disclaimer: Results may vary based on the individual"

credit: Pa Ma
 
Jika berminat dan inginkan keterangan lanjut boleh hubungi saya ;)



“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”



You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)