Untuk Pemeliharaan Kesihatan Sendi Anda
11:50 PM
Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
- Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
- Kekakuan pada awal pagi.
- Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
- Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
- Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
- Kelemahan dan kepenatan.
- Demam bergred rendah.
- Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
- Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.
- Perawatan
- Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan
- Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
- Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
- Selang selikan rehat.
- Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
- Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.
- Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
- Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
- Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
- Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
- Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
- Sertai kumpulan sokongan artritis.
- Fikir secara positif dan ceria selalu.
- Apa yang patut dielakkan
- Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
- Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
- Memakai kasut yang tidak berpadanan.
- Membiarkan sakit mengganggu moral anda. Untuk itu jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif. Pencegahan di peringkat awal boleh menjadikan sendi anda sihat biarpun di usia yang semakin meningkat.
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)