Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    📢 LAST CALL 📢


    🤗 PROMO END 11.59 MIDNIGHT 😱

    Beli 1 Free 1. 🌺 Vita E Complex
    - Baiki masalah kulit kering
    - Bantu pudarkan kesan parut
    - Untuk tingkatkan kesuburan suami isteri
    - Untuk kesihatan jantung
    - Bantu tingkatkan reproduktif sperma lelaki
    - Bantu tingkatkan keinginan seksual

    Beli 6 Free 1 @ Beli 2 Diskaun 5%
    🌺 Omegaguard
    - Mengurangkan paras kolesterol
    - Membakar lemak, untuk turunkan berat badan
    - Kekalkan tekanan darah
    - Kurangkan risiko penyakit jantung
    - Tingkatkan sistem imun
    - Kuatkan paru-paru
    - Mengandungi Omega-3, DHA & EPA yg baik utk otak

    Beli 6 Free 1 @ Beli 2 Diskaun 5%
    🌺 GLA Complex
    - Baik untuk hormon
    - Pulihkan kitaran haid yang tak menentu
    - Mengandungi Vitamin E yg baik untuk kulit
    - Membantu masalah kesuburan wanita
    - Menghalang pertambahan berat badan
    - Baiki masalah rambut kering & rambut gugur
    - Kurangkan kegatalan pada kulit
    .
    🤓 Cepat Whatsapp/SMS Eina (019.227.5759) 😍

    Continue Reading
    Kelmarin Eina ada dapat call dari seseorang yang bertanyakan waktu operasi branch Shaklee. Sebagai seorang Shaklee Independent Distributor atau pengedar sah Shaklee, perkara basic macam ni, memang patut ambil tahu ya.

    Sekiranya anda ingin membeli produk Shaklee, anda hanya boleh dapatkan produk Shaklee dari Pengedar Sah Shaklee atau Agen Shaklee yang berdaftar sahaja. Shaklee tiada kiosk atau stokist atau kedai ya.

    Anda juga boleh terus ke HQ atau ke mana-mana branch Shaklee yang berdekatan dengan anda untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi, anda harus berdaftar sebagai ahli terlebih dahulu dengan mengisi borang pendaftaran. Bayaran untuk menjadi ahli sebanyak RM65 dan RM10 caj pos Kit Shaklee ke rumah anda.

    Baca lebih lanjut CARA MENDAFTAR

    Daftar secara online di sini ⇒ DAFTAR AHLI SECARA ONLINE


    Hubungi Eina untuk lebih lanjut ya.

    Lokasi Cawangan/Branch Shaklee di Malaysia



    Ibu Pejabat
    Ground Floor, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
    47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
    Tel: 603-5622 3188
    Fax: 603-5622 3099

    Isnin hingga Jumaat:
    10:00 am - 07:00 pm
    Sabtu:
    10:00 am - 07:00 pm


     



    Cawangan/Branch Shaklee


    Cawangan Shaklee
    Waktu Perniagaan
    Peta Lokasi
    Kuala Lumpur
    No 32, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Seri Rampai,
    Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
    Tel: 603-4142 1067
    Fax: 603-4142 1027
    Hubungi :
    Ida ( Penyelia Cawangan)
    Isnin hingga Jumaat:
    10:00 am to 07:00 pm
    Sabtu (pertama & ketiga):
    10:00 am to 07:00 pm
    Shaklee Kuala Lumpur
    Penang
    No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana,
    13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
    Tel: 604-383 8261
    Fax: 604-383 8560
    Hubungi :
    Cannie Teoh (Penyelia Cawangan)
    Isnin hingga Jumaat:
    10:00 am to 07:00 pm
    Sabtu (pertama & ketiga):
    10:00 am to 07:00 pm
    Shaklee Pulau Pinang
    Ipoh, Perak
    32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya,
    30000 Ipoh.
    Tel: 605-241 8260
    Fax: 605-241 8263
    Hubungi:
    Eunice Lau (Penyelia Cawangan)
    Isnin hingga Jumaat:
    10:00 am to 07:00 pm
    Sabtu (pertama & ketiga):
    10:00 am to 07:00 pm
    Shaklee Ipoh
    Johor
    14, Jalan Molek 1/10, Taman Molek,
    81100 Johor Bahru.
    Tel: 607-352 5188
    Fax: 607-352 4188
    Hubungi :
    Fiona Chow (Penyelia Cawangan)
    Isnin hingga Jumaat:
    10:00 am to 07:00 pm
    Sabtu (pertama & ketiga):
    10:00 am to 07:00 pm
    Shaklee Johor Bahru
    Kota Bharu, Kelantan
    319, Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu.
    Tel: 609-747 8688
    Fax: 609-747 7711
    Hubungi :
    Anuar (Penyelia Cawangan)
    Ahad hingga Khamis:
    10:00 am to 07:00 pm
    Sabtu (pertama & ketiga):
    10:00 am to 07:00 pm
    Shaklee Kota Bahru
    Kota Kinabalu, Sabah
    Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron,
    Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu.
    Tel: 6088-393 848
    Fax: 6088-393 851
    Hubungi :
    Olivia Fernandez
    (Penyelia Cawangan)
    Isnin hingga Jumaat:
    10:00 am to 07:00 pm
    Sabtu (pertama & ketiga):
    10:00 am to 07:00 pm
    Shaklee Kota Kinabalu




    Continue Reading
    Assalamualaikum

    Alhamdulillah, hujan hampir setiap hari sekarang kan. Jerebu pun dah pulih. Semoga hujan yang turun ini adalah hujan yang bermanfaat.

    Oh ya, jangan lupa berdoa di saat turun hujan. Waktu hujan adalah salah satu waktu mustajab untuk berdoa. Mintalah apa sahaja yang dikehendaki. Minta dengan sepenuh hati. InshaaAllah, bersihkan hati dengan niat yang betul, doa kita akan dimakbulkan. Jangan pernah putus berdoa. Tapi jangan tunggu hujan jer baru nak berdoa ya. ;)

    Hujan adalah nikmat Allah Ta’ala.


    ثنتان ما تردان : الدعاء عند النداء ، و تحت المطر

    “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika adzan berkumandang dan ketika hujan turun” (HR Al Hakim, 2534, dishahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’, 3078)

    InshaaAllah, berdoa merupakan jalan yang terbaik untuk kita minta pertolongan dari Allah S.W.T.


    Semoga ia beri manfaat kepada kita semua ;)
    Continue Reading
    Stretch mark merupakan tanda regangan yang terjadi pada kulit, kebanyakannya terjadi pada perut wanita yang baru melahirkan anak. Stretch mark juga boleh terjadi pada sekitar peha, atau di mana-mana bahagian tubuh yang mempunyai pengumpulan lemak akibat berat badan berlebihan. Ada stretch mark??? Apa kata cuba Cream serbaguna terbaik ni



    ✔️ Ia dirumus daripada estrak tulen herba semulajadi yang sungguh menyegarkan dan menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
    ✔️ Ianya 100% organic, bebas steroid san paraben
    ✔️ Dingin, bermentol dan tidak melekit mahupun berminyak.

    Krim Herbal Blend yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk:-

    ✅ Melembutkan kulit yang kasar
    ✅ Menghilangkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki
    ✅ Melegakan rasa gatal dan pedih-pedih pada kulit
    ✅ Menghilangkan parut termasuk kesan campak/chicken pox
    ✅ Menghilangkan ruam-ruam pada bayi
    ✅ Menghilangkan dan mengelakkan kegatalan kesan gigitan serangga seperti nyamuk dan semut.

    Harganya hanya RM29 jer, tahan lama tau, boleh tahan sampai 6 bulan juga la (bergantung kepada penggunaan)

    Ibu mengandung selalunya risau kesan stretch mark akibat kulit menegang semasa proses mengandung. Krim serbaguna ini dapat membantu mengurangkan juga menghilangkan kesan stretch mark anda tau.

    "Disclaimer: Results may vary based on the individual"

    Krim ini juga boleh digunakan sebagai krim harian anda. Sesuai untuk semua peringkat umur. Whatsapp Eina untuk konsultasi ya ☺️

    ~~~~~

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading
    Assalamualaikum semua.

    Eina nak update semua, bulan ini merupakan bulan terakhir promo FREE Vitalea Iron Formula ya. Mulai bulan depan, tiada lagi promo seperti ini. Jadi, jangan tanya lagi, jangan menyesal bila terlepas peluang ini tau. :)

    Jika anda beli apa-apa produk bersama register sebagai ahli, anda layak mendapat sebotol Vitalea Iron Formula yang bernilai RM95 secara PERCUMA. Contohnya anda beli Herbal Blend Cream yang berharga RM27.50, then register as member dgn harga RM79.50, anda layak mendapat 1 botol Vitalea. Selepas itu, anda boleh dapatkan semua produk Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah dari harga pasaran.


    Vita-Lea Iron Formula merupakan multivitamin yang pertama dan tertua di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulakan secara komprehensif dan sangat seimbang.

    Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usu kecil. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

    Antara Manfaat Utama Vita-Lea Iron Formula
    * Penambahan Tenaga Segera.
    * Pelengkap Nutrisi
    * Keupayaan Sistem Produktif
    * Metabolisma
    * Elemen Penting Pada Sel Tubuh
    * Melindungi Organ

    Untuk keterangan lebih lanjut atau ingin konsultasi, hubungi Eina ya

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading

    Dalam beberapa minggu ni, Eina banyak dapat berita gembira dengan kelahiran baby baru dari 'adik-beradik' Shaklee dan juga 'anak' Shaklee Eina. Ada juga berita gembira rezeki pregnant lagi dari cousin Eina yang dah lama tunggu nak pregnant anak kedua. Alhamdulillah, semoga murah rezeki korang semua. Eina pun tumpang happy. ;)

    Yang paling best, semua ni baby Shaklee tau. Macam pengalaman yang dikongsikan. Semuanya memberi kesan yang berbeza apabila mengamalkan vitamin Shaklee sejak dari awal mengandung hinggalah saat melahirkan. Antara perbezaan yang banyak Eina dengar ialah ibu berasa lebih bertenaga semasa mengandung, kurang rasa letih walaupun sudah sarat, tiada rasa cramp kaki sampaikan orang tegur tak nampak macam pregnant pun, sebab si ibu aktif bergerak ke sana sini.

    Alhamdulillah, itu hanya sebahagian kesan dari pengambilan vitamin Shaklee sepanjang mengandung. Eina pun pernah mengalaminya semasa pregnantkan Mia dulu. Memang berbeza dari mengandungkan abangnya Ilham tanpa vitamin Shaklee (masa tu tak kenal Shaklee lagi, hehe).

    Kalau anda sedang mengandung/hamil dan ingin rasa kelainan dengan vitamin Shaklee, bolehlah cuba ya. Ini antara cadangan vitamin untuk anda yang sedang mengandung. Apa yang penting, jangan abaikan Vitamin Asas Semasa Mengandung. Banyak manfaat untuk ibu-ibu dan baby dalam kandungan.

    Ok, ini senarai cadangan vitamin asas untuk ibu-ibu mengandung

    Vitalea Iron Formula
    • Vita-Lea adalah multivitamin dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
    • Kaya dengan iron (zat besi) bagi membantu ibu yang ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah Anemia.
    • Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
    • Menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi
    • Mengurangkan risiko pendarahan
    • Menguatkan rahim dan mengelakkan keguguran 
    *** Ibu tidak perlu mengambil Obimin lagi

    B-Complex
    • B Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik
    • Menguatkan jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
    • Menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
    • Mengelakkan diabetes
    • Mengurangkan perasaan stress dan tertekan, memberi ketenangan
    • Mengelakkan kekejangan otot
    • Membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
    • Mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
    • Mencegah Anemia

    Vita C Plus
    • Menguatkan sel-sel dalam badan
    • Meningkatkan system pertahanan tubuh/menguatkan antibody badan
    • Membantu menyerap zat besi
    • Membantu dalam sintesis protein
    • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
    Ostematrix
    • Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D, Ibu hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium setiap hari
    • Mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
    • Untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi
    • Mengelakkan kekejangan otot
    • Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi
    • Merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi
    • Mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mngurangkan morning sickness
    ESP (Energizing Soy Protein)
    • Membantu memberi tenaga
    • Mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
    • Menjadikan kulit lebih sihat dan cantik
    • Memberi perlindungan untuk masalah eczema dan kulit sensitive
    • Kandungan soya dalam ESP membantu membaiki tisu-tisu dalam badan
    • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
    • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein.
    OmegaGuard >>  (2nd & 3rd Trimester)
    • Membantu pembentukan sel otak bayi
    • Mengandungi DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak dan mata bayi
    • Mengawal paras kolesterol untuk ibu
    • Mengurangkan simptom kuat pelupa
    Oh ya, vitamin ini boleh terus diamalkan sehingga ibu-ibu semua melahirkan dan berpantang tau. So memang berbaloi sebab vitamin ini tahan lama. Ia membantu ibu-ibu dan baby kekal sihat. InshaaAllah atas izinNya.

    Ok ibu-ibu semua, ingin rasai kelainan vitamin Shaklee ini. Eina akan beri konsultasi yang paling terbaik untuk anda ya.

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    IG: mfs.empire
    Continue Reading

    Makanan dan minuman  adalah bahan asas yang paling penting dalam kehidupan seharian. Ia merupakan satu keperluan bagi mengekalkan kesihatan dan kekuatan manusia. Begitu juga dengan bayi anda yang memerlukan makanan untuk tumbesaran mereka.

    Dewasa ini makanan Sunnah sering menjadi pilihan ibu bapa kerana khasiatnya bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa malah ia juga boleh dicampurkan dalam penyediaan makanan kepada bayi dan anak kecil anda.

    Antara makanan Sunnah yang boleh diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian adalah seperti buah kurma, kismis, madu, buah tin, buah zaitun, buah delima, buah aprikot, kacang badam, za'faran dan banyak lagi.

    Kurma

    Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja. Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan. Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain.

    Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan. Kurma juga dikatakan baik untuk menguatkan daya ingatan selain kismis. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

    Kismis
     
    Kismis adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia. Ia tidak mengandungi kolesterol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

    Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan anti-oksida (anti-penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa (suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.

    Kismis dapat membantu meningkatkan memori dan hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak.

    Ia juga dapat menajamkan mata, minda dan menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar. Secara umumnya, ia membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stress, merawat penyakit histeria, penyakit anemia, merawat masalah anak hiperaktif dan sebagainya.

    Habbatus Sauda
     
    Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak buah bunga nigella sativa (habbatussaubda')memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.

    Penggunaan kerap buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') yang meningkatkan keutuhan sistem imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah dijangkiti selsema.

    Madu
     
    Madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. Manakala bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut.

    Ia juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Selain itu juga, mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersi dan menambah darah.

    Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh segera cirit birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. Secara umumnya ia membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. Selain membantu menyembuhkan penyakit, ia juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk wanita mengandung serta bersalin.

    Oleh itu, disamping mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, makanan Sunnah jangan dilupakan. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dengan mengamalkan pemakanan Sunnah yang banyak khasiat ini.

    Moga bermanfaat ;)

    ~~~~~
    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading


    Hormon merujuk kepeda sebatian kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting dalam transduksi isyarat organisma multisel.
    Hormon-hormon dapat digolongkan kepada jenis amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh: insulin) dan lipid (contoh: testosteron) bergantung kepada sifat kimia.

    Siapa ada masalah hormon yang tidak menentu? Eina pernah alami zaman remaja dulu. Kitaran haid tidak teratur, pernah tiada datang haid selama 3 bulan. Kalau dah kahwin orang kata dah berisi, hehe. 

    Masalah Eina berlarutan hingga tahun pertama perkahwinan Eina. Dah kahwin still ada masalah ketidakseimbangan hormon, memang harus dipandang serius. Eina cuma amalkan Evening Primrose Oil (EPO) dari salah satu jenama popular di pasaran untuk atasi masalah ini. Tapi masih tidak membantu sepenuhnya. Satu lagi, bila datang haid masalah senggugut pula yang melanda. Teruk sakitnya sampai berguling-guling dibuatnya. 

    Jika anda ada mengalami masalah ini berlarutan dan agak teruk, sila buat pemeriksaan doktor segera untuk mengetahui punca dan masalah sebenar. Alhamdulillah selepas dapat nasihat dari doktor, Eina tahu punca dan masalah sebenar Eina dan Alhamdulillah sekarang tiada lagi masalah tersebut. Better late than never :)

    Seimbangkan hormon melalui pemakanan yang sihat.

    Pengambilan makanan berserat boleh menyeimbangkan hormon. Dengan mengambil serat diet tinggi, kadar estrogen akan menurun semasa fasa kitaran haid. Oleh itu, perbanyakkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang setiap hari. 

    Tahukah anda pengambilan soya juga boleh membantu menyeimbangkan hormon. Terdapat kompaun estrogen yang dipanggil fitoestrogen di dalam soya yang membantu mengimbangi kadar turun naik estrogen semulajadi pada wanita. Pastikan anda ambil soya dari sumber yang selamat seperti Non-GMO Soy Protein ya. :)

    Pengambilan Kalsium dan Magnesium pula membantu mengurangkan gejala PMS atau senggugut dan bantu mengurangkan rasa sakit juga. Kalsium dan Magnesium merupakan nutrisi penting yang perlu kita ambil dalam seharian. 

    Antara makanan yang kaya dengan sumber kalsium dan magnesium ialah susu, kacang-kacangan, dan sayur-sayuran berwarna hijau, bijirin, pisang dan banyak lagi yang baik untuk memenuhi keperluan kalsium dan magnesium harian anda.

    Sebuah kajian menunjukkan adanya kaitan antara kesuburan dengan jumlah ikan yang kita ambil. Minyak ikan boleh menyeimbangkan hormon, lalu meningkatkan kadar hormon tersebut dan mempercepatkan peredaran darah ke uterus. Semakin banyak kita mengambil asid lemak Omega-3 dari ikan, semakin rendah pula risiko kita mengalami bayi pra-matang dan kemandulan. Antara sumber makanan yang mengandungi asid lemak Omega-3 ialah minyak zaitun, ikan salmon, ikan tuna, soya, telur, bayam dan banyak lagi.

    Kesimpulannya, ambil pemakanan baik dan sihat untuk membantu menyeimbangkan hormon kita juga baik untuk kesuburan.

    Semoga bermanfaat :)


    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading

    Vitamin E atau nama Biokimianya Tocopherol dan Tocotrienols ini adalah merupakan bahan anti-oksida yang penting dalam pembentukan sel-sel darah merah dan membantu mengekalkan kesihatan kulit dan mata.

    Vitamin E ini bersifat larut lemak. Kelarutannya dalam lemak merupakan sifat yang menguntungkan kerana sebahagian besar kerosakan akibat radikal bebas terjadi di dalam membran sel dan lipoprotein yang diperbuat daripada molekul lemak.

    Selain sangat bermanfaat bagi kesihatan kulit dan mata, Vitamin E adalah antioksidan larut lemak yang merupakan kunci dari sistem kekebalan tubuh yang kuat. Ia juga penting untuk fungsi darah, mencegah asam lemak yang berlebihan, menjaga rangkaian kesihatan kulit, mata, darah merah dan hati. Sebagai antioksidan semulajadi, melindungi paru-paru dari pencemaran udara.


    Vitamin E banyak terdapat pada buah-buahan, susu, mentega, telur, sayur-sayuran terutama kacang kecambah. Contoh sayuran yang mempunyai banyak Vitamin E ialah minyak biji gandum, minyak kedelai, minyak jagung, alfafa, selada, kacang-kacangan, asparagus, pisang strawberi, biji bunga matahari, buncis, ubi jalar dan sayuran berwarna hijau. Vitamin E lebih banyak terdapat pada makanan yang belum diproses.

    Fungsi sebenar Vitamin E adalah

    #1 meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko penyakit kanser dan penyakit jantung koroner.

    #2 meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, menghalang proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar ultraviolet, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

    #3 Sebagai antioksidan. Membantu melindungi struktur sel yang penting terutama membran sel dari kerosakan dari radikal bebas. 

    #4 Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh rangkaian tubuh dari kerosakan. Selain boleh melindungi dari akibat kelebihan vitamin A dan melindungi vitamin A daripada kerosakan, vitamin ini juga boleh melindungi haiwan daripada akibat pelbagai ubat, bahan kimia, dan logam yang menyokong pembentukan radikal bebas.

    Pengambilan Vitamin E dari makanan dalam sehari hanya mengandungi 25IU. Kajian membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU. Pengambilan harian 800IU vitamin E bantu untuk jantung yang sihat. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser. 

    Antara gejala kekurangan Vitamin E adalah

    - Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otak 


    - Kelemahan dan kesulitan berjalan
    - Kesakitan pada otot


    - Gangguan penglihatan
    - Anemia
    - Kulit kering, rosak dan tidak sekata
    - Tubuh mudah lebam


    - Luka lambat sembuh

    - Kurang ghairah seksual


    - Mandul
    - Jerawat disebabkan liang pori tersumbat


    Ambil Vitamin E secukupnya dan pastikan dari sumber semulajadi ya.

    Vitamin E Semulajadi

    ~~~~~
    Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

    "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Continue Reading
    Hari ini 21hb Oktober 2015 merupakan hari ulang tahun suamiku tercinta yang ke-35 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang meraikannya bersama anak-anak tersayang.

    Biasanya akan disambut dengan makan di mana-mana restoran. Tapi disebabkan keadaan cuaca berjerebu, suami pun agak sibuk, jadi kami sambut di rumah sahaja. Saje nak happy-happy dengan anak-anak hehe.

    Tahun ni seperti tahun lepas, Eina buatkan kek coklat kegemaran suami juga kegemaran anak-anak Eina. Kebetulan Ilham pun request kek coklat, jadi terhasillah kek coklat kukus penuh kasih sayang untuk suami dan anak-anak. Memang senanglah, tak perlu susah payah belajar buat kek lain, sebab dorang suka kek coklat jer. Haha



    Selamat Ulang Tahun Abang. Sayang abang sampai syurga ☺️😘

    Doa khas untuk suamiku :)
    ~~~
    Ya Allah, 
    Kau tetapkanlah hatinya agar selalu mengingatiMu, agar selalu berada dekat denganMu.

    Ya Allah
    Kau panjangkanlah usianya dan berikanlah kebahagiaan kepadanya agar sentiasa dilimpahi rasa kasih sayang dalam mendidik anugerah dariMu hingga akhir hayat kami

    Ya Allah
    Kau permudahkanlah segala urusannya dan berikanlah dia kesihatan yg baik agar dia dapat mencari rezeki yang berkah untuk keluarga kami

    Ya Allah
    Kau jaga dan lindungilah suamiku daripada segala musibah dan tipu muslihat di dunia ini. 

    Ya Allah
    Berikanlah kekuatan kepada dirinya untuk selalu sabar menjadi pendampingku hingga ke Jannah.

    Amin Ya Rabbal Alamin.
    ~~~

    Semoga Allah memberkati kita sekeluarga. Amin InshaaAllah
    Continue Reading
    Ini cerita semalam. Alhamdulillah berkesempatan ke rumah cousin Eina di Putrajaya untuk celebrate birthday anaknya Lil Princess Qaireen Iman yg pertama. 

    Ternganga layan Frozen, hehe

    Sekejap jer dah besar anak buah maklong ni. Happy Birthday Qaireen. Semoga panjang umur, membesar dengan sihat dan semoga jadi anak yg solehah ya sayang. Makan banyak tau sayang, besar macam kakak Mia. Hehe 

    Kakak Mia dah ngantuk tu :)
     
    Panjang umur kita jumpa lagi ya. Muahhh Qaireen

    Nak order Shaklee? Hubungi Eina ya


    Continue Reading
    Dah lama tak update blog, bz sungguh (padahal alasan je tu, haha). Salah satu sebab lama tak update blog ialah laptop kesayangan yg banyak berbakti selama lebih 10 tahun sudah tidak bernyawa lagi. Huuuu sedihhh. :(

    Bateri memang dah lama tak boleh guna dah, just sambung terus ke plug untuk on laptop tu. Mungkin dah sampai masanya, tetiba terbau hangit masa nak bukak 2 minggu lalu. Terus tak boleh nak on. Banyak jasa laptop Toshiba tu, asalnya dari suami bertukar tuan kepada Eina hinggalah hujung nyawanya.

    Puas juga survey jenama dengan harga yg berpatutan untuk menggantikan yg sudah tiada. Dan setelah tanya pendapat yang lebih pakar, harganya juga saya mampu milik. Inilah 'toy' baru Eina, jenama 'snsv' hehhe. 

    ASUS pilihan hati, dengan spesifikasi biasa sahaja untuk Eina sebagai WAHM. Paling terharu, Eina beli 'toy' baru ni dengan hasil bonus Shaklee Eina. :)


    Alhamdulillah, Syukur dapat berblog semula. Semoga dapat berbakti dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Haha

    Ok, jumpa next entry (tengah cari mood & idea untuk aktif berblog semula) hehe.

    Nak order Shaklee? Hubungi Eina ya
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Hero Kiddo Shaklee - Produk Baru Shaklee
      Memperkenalkan produk terbaru Shaklee Hero Kiddo Gummies sudah berada di pasaran Malaysia. Finally, dah boleh beli dah. Alhamdulillah. 😍 E...
    • Promosi Shaklee Ogos 2021
      Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos dah, bulan kemerdekaan negara kita. Semoga baik-baik sahaja untuk semua.  Ok, seperti biasa Shaklee akan...
    • 3 Jenis Protein Tumbuhan Untuk Kurus dan Kulit Cantik
      Selain air, PROTEIN adalah komponen utama dalam jaringan tubuh. Ia adalah nutrien PENTING untuk PERTUMBUHAN. Protein DIPERLUKAN untuk MEMPER...
    • Testimoni ESP dan Vitamin C Untuk Jerawat
      JERAWAT adalah masalah biasa sering terjadi pada kulit wajah. JERAWAT berlaku apabila liang-liang pori pada kulit tersumbat dengan minyak, ...
    • Life Shake Elderberry Shaklee - Produk Baru
      Life Shake Elderberry merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap, kaya dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, dengan ta...

    Blog Archive

    • ►  2025 (3)
      • ►  Jun 2025 (2)
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ▼  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ▼  Oct 2015 (23)
        • LAST CALL PROMO OCTOBER
        • Cawangan/Branch Shaklee di Seluruh Malaysia
        • Waktu Hujan Adalah Waktu Mustajab Kita Berdoa
        • Menghilang Stretch Mark Dengan Berkesan
        • Peluang Terakhir Miliki Multivitamin Terunggul Sec...
        • Kekal Cergas Dan Sihat Semasa Hamil
        • Makanan Sunnah Baik Untuk Anda dan Anak Anda
        • Seimbangkan Hormon Dengan Pemakanan Yang Sihat
        • Fungsi Vitamin E Pada Tubuh Badan
        • Ulang Tahun Kelahiran Suami Tercinta
        • Sambutan Harijadi Qaireen di Putrajaya
        • Dapat Toy Baru, Yeahhhh
        • Salam Maal Hijrah 1437H
        • Vitamin E dan Kesuburan
        • Santapan Hati dan Minda
        • Khasiat Jus Lemon
        • Top Up Cantik Dengan Tomato
        • Kepentingan Omega-3, DHA dan EPA untuk Ibu Hamil
        • Sesi Melepas Rindu Bersama Kawan Sekolah
        • Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki
        • Ikhtiar Mendapatkan Zuriat
        • Jagalah Hati Untuk Hidup Sihat
        • Item Promo Bulan Oktober
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top