Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online

    Assalamualaikum. Salam Jumaat penuh barokah. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.

    Eina ada terjumpa satu tulisan dalam facebook, tapi Eina tak ingat dapat dari mana. Tulisan ni Eina ada kongsikan kat fb Eina dalam 5-6 tahun yang lepas.

    Hari ni Eina baca lagi and Eina rasa Eina nak simpan dalam blog plak. Sebelum tu, Eina nak minta izin dulu la kepada sesiapa sahaja penulis asal tulisan ni, izinkan Eina kongsikan dalam blog Eina ni ya. Terima kasih.

    Ok, ini tulisannya

    Kadangkala, 
    Allah sukarkan jodoh kita,
    Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
    Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

    Kadangkala,
    Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
    Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

    Kadangkala,
    Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
    Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

    Kadangkala,
    Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
    Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

    Dan kadangkala,
    Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
    Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.

    Dan ada juga ketikanya,
    Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
    Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.

    Subhanallah,
    Nikmat Allah itu luas. 

    Kadangkala, tidak terjangkau dek akal fikir. Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya. Lalu tinggal kita yang harus memilih, mahu menjadi orang biasa-biasa atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa. Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

    Eina sangat suka dengan tulisan ni. Mungkin ada yang pernah baca and mungkin ada juga yang baru baca. Pada Eina tulisan ini memberi makna yang sangat mendalam.

    "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

    Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
    Continue Reading
     
    Kajian klinikal menunjukkan POLIFENOL berpotensi untuk menggalakkan penghasilan sel-sel kulit cantik, sihat dan berseri dengan melambatkan dan menghentikan kesan-kesan penuaan seperti kedutan dan garis halus dapat dikurangkan, pembentukan pigmentasi dapat dikurangkan dan melindungi kulit dari kerosakan UV. Selain itu, Polifenol juga boleh menyokong pengeluaran kolagen yang sihat serta menggalakkan kulit yang lebih tegang, anjal dan kelihatan kelihatan lebih muda.
     
    TAHUKAH ANDA?
    Kulit anda boleh menghasilkan kulit baru dengan menyingkirkan sel kulit mati setiap hari, mewujudkan lapisan baru kulit setiap 28 hari.
     
     
     
    3 Manfaat Utama Polifenol Untuk Kulit
     
    1. Menghentikan Penguraian Kolagen dan Elastin
    Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu meneutralkan radikal bebas yang menguraikan kolagen dan elastin dan seterusnya mengakibatkan kulit kendur dan kurang anjal. Dengan polifenol yang bertindak sebagai penghalang radikal bebas, kolagen baru boleh dibentuk dan kulit mampu membaiki selnya sendiri untuk kulit lebih sihat
     
    2. Melindungi Dari Kerosakan Akibat Pendedahan Kepada Matahari
    Polifenol membantu melindungi daripada kerosakan UV yang memusnahkan kolagen dan elastin pada kadar yang lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan keradangan dan seterusnya meningkatkan seri kulit
     
    3. Menghalang Pembentukan Protein AGE
    Produk Advanced Glycation End (AGE) adalah sebatian berbahaya yang terbentuk dalam badan dan makanan. Tahap yang tinggi telah menunjukkan bahawa ia menyebabkan tekanan oksidatif serta keradangan dan menyumbang kepada pengurangan keanjalan, kedutan dan penuaan yang lebih cepat. Polifenol membantu menghalang pembentukannya supaya anda boleh kelihatan muda jelita.

     
     

    VIVIX Shaklee mengandungi 4 campuran sempurna POLIFENOL yang berpaten iaitu Anggur Muscadine, Ekstrak Lobak Ungu, Ekstrak Eldeberi Eropah dan Ekstrak Japanese Knotweed yang memberikan spektrum polifenol unik tinggi antioksidan untuk meningkatkan kesihatan sel kulit.

    Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia. Ia sesuai untuk golongan wanita mahupun lelaki yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit kerana Vivix boleh membantu membaiki sel rosak dalam badan kita hingga ke peringkat DNA iaitu sel badan yang paling halus.

    Baca juga;-
    Fungsi 4 Ramuan Vivix
    Testimoni Vivix Untuk Kulit Cantik
    Testimoni Vivix Kulit Awet Muda

    Berminat nak dapatkan Vivix? Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina atau KLIK SINI untuk beli di website Shaklee (sebarang pertanyaan, terus hubungi Eina ok)
     
    Continue Reading

    Polifenol adalah Kompaun Bioaktif yang terhasil secara semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tinggi antioksidan.  Polifenol boleh didapati dalam kacang-kacangan, teh hijau, teh putih, anggur merah, wain putih, minyak zaitun, coklat gelap dan delima. Tahap polifenol yang lebih tinggi dapat dijumpai pada kulit buah seperti anggur, epal dan oren.
      
    Dalam beberapa kajian, dinyatakan bahawa kumpulan polifenol berperanan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan. Antioksidan polifenol bermaksud mereka dapat meneutralkan radikal bebas berbahaya yang sebaliknya akan merosakkan sel anda dan meningkatkan risiko keadaan anda seperti barah, diabetes, dan penyakit jantung. 
     
    Polifenol juga dianggap dapat mengurangkan keradangan, yang dianggap sebagai punca banyak penyakit kronik. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
     
    Kajian santifik menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan, bagi jangka masa panjang memberikan perlindungan terhadap risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegeneratif.
     
    Kumpulan Utama Polifenol
     
    Lebih daripada 8,000 jenis polifenol telah dikenal pasti. Mereka boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan utama: 
    • Flavonoid. Ini menyumbang sekitar 60% daripada semua polifenol. Contohnya termasuk quercetin, kaempferol, catechins, dan anthocyanin, yang terdapat dalam makanan seperti epal, bawang, coklat gelap, dan kubis merah. 
    • Asid fenolik. Kumpulan ini menyumbang sekitar 30% daripada semua polifenol. Contohnya termasuk stilbenes dan lignan, yang kebanyakan terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, dan biji-bijian. 
    • Amid polifenol. Kategori ini merangkumi capsaicinoids dalam cabai dan avenanthramides dalam oat. 
    • Polifenol lain. Kumpulan ini termasuk resveratrol dalam wain merah, asid ellagic dalam beri, curcumin dalam kunyit, dan lignan dalam biji rami, biji wijen, dan biji-bijian. 
    Jumlah dan jenis polifenol dalam makanan bergantung pada makanan, termasuk kepada keadaan asalnya, kematangan, dan bagaimana ia ditanam, diangkut, disimpan, dan disediakan. Makanan tambahan yang mengandungi polifenol juga disediakan. Walau bagaimanapun, mereka cenderung kurang bermanfaat daripada makanan kaya polifenol


    8 Kebaikan Polifenol Untuk Kesihatan
     

    1. Kulit Sihat
    Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan2
    .
    2. Peredaran Darah Yang Sihat
    Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).

    3. Tahap Gula Darah Yang Sihat
    Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.

    4. Menyokong Detoks Yang Berkesan
    Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan.

    5. Fungsi Otak Yang Sihat
    Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan.

    6. Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Otot

    Mempercepatkan penghasilan mitokondria, penjana utama tenaga badan anda. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman.

    7. Perkembangan Sel Yang Sihat
    Polifenol adalah salah satu daripada sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel-sel kanser.

    8. Memelihara dan Menyokong Kesihatan Sendi
    Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi


    Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Polifenol ini?

    Selain dari pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Polifenol, anda boleh juga dapatkan Polifenol dari pengambilan makanan tambahan. Di Shaklee terdapat 2 produk hebat yang kaya dengan Polifenol yang tinggi antioksidan iaitu Vivix & ResV
     
    Klik untuk paparan lebih jelas

    Vivix dan ResV mengandungi gandingan polifenol yang tepat untuk kekalkan keremajaan dan kehidupan penuh bertenaga.

    Ingin dapatkan Vivix dan ResV? Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina atau KLIK SINI untuk daftar keahlian dan beli dengan harga ahli (Hubungi Eina untuk sebarang bantuan)
    Continue Reading
    Salam hujung minggu semua.

    Aktiviti hujung minggu Eina tak ada yang menarik pun. Tambah-tambah dengan musim hujan sekarang ni, nak keluar depan rumah pun tak dapat. Maka, pegun jasad dalam rumah sahaja. Haha
     

    Seminggu sekali, dapur rumah Eina off, saja minta cuti masak dari husband. Hehe. Alhamdulillah, setakat ni lulus la. Tapi kerja lain on macam biasa. Tak apa la kan, dapat cuti masak pun dah happy tau. Betul tak ibu-ibu? 
     
    So, untuk minggu ni semalam hari Sabtu ialah off day Eina. Daripada breakfast sampai ke dinner beli makanan dari luar jer. Over tak? Haha. Sarapan pagi, husband beli nasi lemak, untuk tengahari husband beli nasi kukus ayam cincang (sedap ni). Untuk dinner, anak-anak request nak makan Dominos plak. So lengkaplah rutin makan untuk sehari. Maka dengan itu, kelaut la diet ibu semalam. Haha
     
    Jadi surirumah ni kan, hari-hari pening duk fikir nak masak lauk apa. Mostly ulang-ulang lauk sama jer. Sebab kita masak ikut selera anak-anak and husband kan. Tu yang ulang-ulang lauk sama jer. Eina jer ker yang rasa macam ni eh. Tapi, macam mana sekalipun, ibu ikut jer la kan, asalkan semua makan.

    Ok, semalam dah off, so hari ni on baliklah, masak macam biasa. Husband request lauk asam pedas ikan pari hari ni. Kalau masak asam pedas, memang kena ikan pari. Ikan lain tu dia kurang sikit. Lepas tu Eina masak sikit sayur taugeh goreng bubuh ikan bilis. Telur dadar memang wajib ada sebab favorite anak-anak. Untuk menu tambahan, Eina rasa nak makan kerabu mangga plak. So jadilah kerabu mangga untuk menu ke empat hari ni.
     
     
    Okla kan, menu simple jer tu. Walaupun kita rasa simple, tapi kita akan rasa happy dan seronok bila tengok anak-anak dan husband berselera makan sampai bertambah-tambah betul tak?
     
    Bila kita buat family kita happy, kita pun akan jadi happy kan. Selagi kita ikhlas bahagiakan keluarga kita, InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita.

    Okla, saja jer nak cerita sebab entry lain belum siap. Haha
    Continue Reading
    Assalamualakum, hai semua. Semoga sihat-sihat selalu ok :)
     
    Beberapa bulan lepas mentor Eina dalam bisnes Shaklee minta kami semua tuliskan #100Impian dalam hidup. Mula-mula tu rasa "alamak banyaknya 100 impian nak tulis, macam tak cukup jer 100 impian tu". Tapi once dah tulis rupanya terlebih-lebih pula. Hehe

    Hari tu Eina ada cerita tentang beli buku and ada share impian Eina nak ada 'Mini Library' kat rumah (BACA SINI). Nak ada mini library tu memang ada termasuk dalam list #100Impian Eina. Hari ni Eina sajalah nak share satu lagi antara yang termasuk dalam #100impian Eina iaitu nak ada laman rumah yang besar dan hijau macam ni. 
     
     
    Ya Allah, besar dan cantikkan laman rumah dia. Bestnya kalau ada laman rumah yang besar macam ni. Macam-macam boleh buat. Nak buat kenduri kahwin tema garden pun boleh. Hahaha

    Eina suka tengok rumah-rumah yang ada laman macam ni. Ada tempat bersantai, boleh duduk rileks kat situ minum-minum ke kan. Lepas tu, ada ruang beriadah dengan anak-anak. Ada kawasan khas untuk bercucuk tanam. Boleh tanam sayur, tanam pokok bunga, nak tanam pokok buah-buahan pun boleh. Hijau mata memandang, tenang jer kan 😍
     
    At least ada ruang sikit untuk tanam rumput hijau macam gambar kat bawah ni pun dah rasa seronok dah. Boleh jadi terapi and boleh tenangkan fikiran juga bila tengok hijau tu. Mak-mak memang macam ni eh. Haha

    Depan rumah Eina sekarang ni penuh dah dengan tiles, memang tak ada rumput langsung. Masa mula-mula pindah dulu, letak la juga pokok-pokok dalam pasu sikit untuk hiasan, tapi sebab tak berapa nak jaga, habis semua mati kering. Haha
     
    Yang ni cantik kan. Simple jer.

    Sejak pertengahan tahun lepas, Eina dah mula berjinak-jinak bercucuk tanam semula. Ada yang menjadi and ada juga yang tak menjadi. Hehe. Eina cuba-cuba tanam sayur jer sikit-sikit, semuanya Eina tanam dalam pasu. Maklumlah rumah tak ada tanah kan. Kalaulah ada laman besar macam gambar 1st kat atas tu, macam-macam pokok boleh tanam. Hehe.
     
    Okla, nanti Eina share lagi apa yang ada dalam list #100impian Eina. Semua orang ada impian kan, tak salah pun kita simpan impian. Mana tau, satu hari nanti jadi kenyataan. Doakan ya :) 
    Continue Reading
    Hai semua, siapa sini pernah alami masalah migraine?
     
    Secara ringkasnya Migraine ni adalah sakit kepala yang berpanjangan dan berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala sahaja. Kadang-kadang ia disertai dengan rasa mual dan muntah.

    Migraine juga boleh terjadi jika terlalu kerap atau terlalu lama melihat cahaya di skrin seperti skrin handphone atau komputer. Seeloknya alihkan pandangan ke arah lain untuk beberapa minit. Haa kalau korang kaki gamers, hati-hati ok.

    Dulu Eina kerap alami masalah migraine ni. Rasa berdenyut-denyut sampai tak boleh tidur. Fuhhh seksa sangat. Alhamdulillah, since consume vitamin Shaklee, dah jarang sangat kena migraine ni. Kalau ada pun sebab tidur lewat. Tapi, Alhamdulillah cepat recover.


    Kebaikan B-Complex & Ostematrix untuk masalah Migraine
     


    B-COMPLEX

    Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang seimbang termasuk Asid Pantotenik dan Niacin yang menguatkan tubuh dan bertindak sebagai anti-radang. Ia juga membantu mengurangkan rasa sakit dan menenangkan.

    Kandungan Riboflavin dalam B-Complex juga secara klinikal ditunjukkan sebagai 'alat' yang berguna untuk menguruskan serangan Migraine dengan kerap.

    Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda. Vitamin B juga bantu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

    Asid Folik salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik ekslusif Shaklee



    OSTEMATRIX

    Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.

    Magnesium adalah salah satu mineral yang dikenali sebagai 'mineral penenang'. Ia biasa digunakan untuk melegakan Migraine.

    Kandungan mineral di dalam Ostematrix dapat menggalakkan tidur yang selesa serta mengimbangi tekanan darah. Ostematrix juga membantu merehatkan tubuh badan akibat tekanan ataupun keletihan. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.



    Testimoni Migraine Shaklee


    Ok, jom kita baca feedback orang ramai yang ambil vitamin B-complex & Ostematrix Shaklee untuk bantu masalah Migraine mereka. 
     
     

    Ambil B-Complex & Ostematrix, rasa sakit kepala hilang


    Migraine semakin kurang selepas makan B-Complex


    "Macam husband Fiza dulu, ada migraine yang kronik. Setiap hari sakit kepala. Selepas konsisten ambil Ostematrix dan B-Complex, now totally bebas migraine. Dia pun tak perasan bila migraine tu hilang, langsung tak ada dah"


    "Sejak ambil B-Complex dah boleh kawal stress, migraine pun dah hilang"



    Tips Tambahan Legakan Migraine

    Selain dari mengamalkan vitamin, anda juga amat digalakkan meminum air suam dengan banyak. Atau meminum jus lemon yang ditambah dengan sedikit garam bagi melegakan rasa sakit.

    Ok untuk anda yang ada masalah migraine, bolehlah cuba vitamin di atas ok. Kalau berminat nak order, boleh terus Klik Sini Untuk Whatsapp Eina atau klik icon Whatsapp di sebelah kiri blog.
    Continue Reading
    Ada tak antara korang yang kerap bersin waktu pagi atau kerap gatal-gatal hidung dan sekitar mata atau mungkin ada masalah jerawat kat muka yang susah nak hilang?

    Biasanya, simptom macam ni dikaitkan dengan masalah resdung. Jangan ambil mudah dengan simptom macam ni ya. Jika dibiar berlanjutan, mungkin akan jadi lebih teruk dan boleh menyebabkan masalah lain pula.

    Ok, jom kita baca pengalaman pengguna yang mengamalkan vitamin Shaklee untuk atasi masalah resdung mereka.
     


    Testimoni Set Resdung Shaklee - Simptom Resdung, Gatal Mata & Hidung Berair Hilang


    "Dulu saya kerap sakit terutama demam dan selsema. Kalau dah demam, sampai tak boleh bangun teruknya. Saya juga ada resdung, menyebabkan mata saya selalu gatal, hidung kerap berair.

    Lepas jumpa dengan Shaklee dan konsisten ambil Vitamin C, Alfalfa, ESP dan B-Complex, selain kulit makin cantik kesihatan saya makin baik.

    Mata tak lagi gatal bengkak dan hidung dah stop berair. Fuhhh aman hidup tak payah asyik nak spare tisu aje dekat tangan"

    - Ummi Nurhidayah


    Testimoni Set Resdung Shaklee - Resdung Hilang, Muka Tak Kusam


    "Disebabkan resdung yang sangat teruk. Saya mula consume Alfalfa dan Vit C. Tak lama nampak perubahan ketara, tiada lagi gatal hidung, tiada lagi pantang dah boleh makan ayam dan seafood.

    Kulit muka pun dah tak kusam, paling best dah susah nak naik jerawat"

    - Pn. Siti Amaliahtun Shaleha

    *****

    Baca sini Vitamin Shaklee Untuk Resdung


    So, kalau korang ada masalah resdung, boleh cuba amalkan Set Resdung Shaklee ok. Hubungi Eina untuk order dan info lanjut. Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina
     
     
    Continue Reading
    Assalamualaikum semua dan salam Jumaat. Salam menjemput rezeki. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan. Aminn

    Alhamdulillah hari ni semua SID Shaklee menerima bonus bulanan hasil dari jualan bulan Oktober lepas. Tahniah kepada semua yang layak menerima bonus dari Shaklee. Zaman pandemik sekarang ni, berapa pun nilai yang kita dapat sangatlah berharga kan? Dan kita harus bersyukur atas kurniaan rezeki yang diberikan. Alhamdulillah

    Almost 8 tahun Eina buat bisnes Shaklee ni, tak pernah lagi Shaklee gagal bayar bonus pada semua yang layak. Bonus Shaklee banyak membantu tambah baik kesihatan dan kewangan Eina sebagai Work At Home Mom. Dengan income Shaklee Eina still dapat bagi duit kat mak abah, dapat bayar bil handphone, bayar loan rumah, bayar lain-lain hutang and Alhamdulillah dapat juga bersedekah. Syukur

    Ok inilah purata pendapatan bulanan SID Shaklee mengikut effective rank (depends on performance). Kalau kita perform lebih, dapatlah lebih dari yang tertulis dalam jadual di bawah. Ada ramai yang berpangkat Master Coordinator telah di bayar ratusan ribu sebulan. MasyaAllah besar nikmat & murah rezeki mereka Allah bagi melalui bisnes Shaklee ni.
     
     
    Shaklee ni ialah bisnes network marketing. Lagi besar team kita, lagi ramai kita bantu ahli team kita, lagi ramai ahli team kita berjaya, lagi besarlah Shaklee akan bagi bonus. Tapi Shaklee akan ambil kira juga dari hasil jualan kita tau. Tak semestinya SID yang berpangkat tinggi mendapat bonus tinggi dari SID yang berpangkat rendah. Ada jer yang berpangkat rendah tapi bonus mereka lebih banyak dari yang berpangkat tinggi. Shaklee akan bagi seadil-adilnya ok.

    Ok, di bawah ni pula Eina nak share sikit antara bonus-bonus yang dibayar oleh Shaklee untuk jualan bulan Oktober lepas. Mostly dari mereka adalah surirumah macam Eina tau and mostly mereka adalah pemegang bonus 4 angka sebulan.
     










     
    Kenapa perlu pilih bisnes Shaklee? Kerana

    + TAK PERLU SIMPAN STOK
    + TAK PERLU KELUAR POS BARANG SENDIRI
    + MODAL YANG SANGAT RENDAH
    + TIADA PEMBELIAN MINIMUM DIPERLUKAN
    + KOMISEN 20% BAGI SETIAP ITEM
    + ADA FB DAN WHATSAPP GROUP SUPPORT
    + MATERIAL MARKETING SEPERTI POSTER INFO PRODUK DAN TESTIMONI DISEDIAKAN.
    + MASA YANG FLEKSIBEL, ANDA URUSKAN
    + FREE GUIDE/COACHING (Thru Online/Offline)
     
    Boleh buat bisnes sambil buat keje rumah ataupun buat secara part time kalau korang masih bekerja. Bisnes ni sangat mudah, semuanya dihujung jari jer. Asalkan ada smartphone dan internet akses.

    Ada tak yang berminat nak tambah income waktu sekarang ni? Jom, join team Shaklee Eina. Kita buat sama-sama, kita bantu antara satu sama lain and kita bantu diri kita menjadi KAYA supaya kita dapat gunakan KEKAYAAN itu untuk bantu keluarga dan umat islam yang lain. InsyaAllah.

    So, pada korang yang tengah mencari-cari atau berminat nak buat bisnes online, Eina suggest korang cuba buat bisnes Shaklee ni. InsyaAllah Eina sedia membantu ok.


    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina  atau klik link di bawah untuk daftar terus keahlian.

    Daftar Terus di Website Shaklee (Hubungi Eina untuk proses/step seterusnya)


    Kalau korang nak cuba produk Shaklee, boleh hubungi Eina untuk konsultasi ok.
     
    Continue Reading
    Kebanyakan anak-anak kita suka memakan makanan segera atau makanan ringan yang tiada khasiat. Bermacam-macam jenis makanan segera yang ada dijual di pasaran. Apabila pengambilan makanan ini tidak dikawal, ia boleh menyebabkan anak-anak kita kekurangan nutrisi yang diperlukan dalam seharian. 
     
    Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan kesan negatif pada kesihatan dan pembesaran anak-anak kita. Sistem imunisasi badan juga akan menjadi lemah. Bila sistem imun lemah, anak-anak akan mudah mendapat sakit seperti demam, batuk dan juga selsema.
     
    Kalau ada antara anak kita "kurang fokus", itu salah satu tanda anak kita kekurangan nutrisi. Kekurangan nutrisi juga akan menyebabkan pertumbuhan dan pertambahan berat badan menjadi tidak normal.
     
    Vitalea for Children Shaklee ini merupakan multivitamin terbaik untuk kanak-kanak. Ia kaya dengan vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak. 
     

    Antara vitamin yang terdapat dalam Vitalea for Children ini ialah Vitamin B, Kalsium dan Vitamin D, Iodine, Zat besi, Vitamin C, Vitamin A, Zink, Magnesium. Kesemua vitamin ini boleh membantu tumbesaran serta menyokong kesihatan tulang dan badan anak kita.

    Vitamin A - Untuk kesihatan mata
    Vitamin B - Untuk perkembagan otak, tingkatkan konsentrasi dan fokus, bekalkan tenaga
    Vitamin C - Untuk gusi, gigi dan kulit yang sihat
    Vitamin E - Kunci untuk imuniti yang kuat dan untuk kulit & mata yang sihat
    Zinc - Membantu tingkatkan imun dan percepatkan proses penyembuhan luka
    Zat Besi - Membantu penghasilan sel darah merah
    Iodin - Untuk pertumbuhan hormon tubuh yang sihat
    Kalsium + Magnesium + Vitamin D - Membantu kesihatan tulang, memelihara sistem saraf dan fungsi otot
     
    Kesemua vitamin ini boleh didapati dalam pemakanan seharian anak-anak kita. Tapi, mampukah kesemua vitamin ini dapat diserap oleh anak-anak kita? Eina rasa tak. Setuju tak? Terutamanya jika anak-anak yang jenis pemilih makanan. Jadi alternatifnya ialah berikan multivitamin Vitalea for Children ini sebagai tambahan. Ia cepat, mudah dan berkesan. ️InsyaAllah :)
     
     
    7 Sebab Kenapa Perlu Pilih Multivitamin Vitalea for Children 

    1. Mengandungi Xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi seperti multivitamin lain
    2. Dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif
    3. Setiap hidangan menyediakan 100% Nilai Harian (Daily Value) kesemua 8 vitamin B, serta vitamin C, D dan E yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat
    4. Tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan
    5. Dibuat dari sumber semulajadi, bukan sintetik
    6. Berperisa anggur lazat, disukai kanak-kanak
    7. Bebas Gluten
    So, pastikan anak-anak kita juga mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang. Jika perlukan suplemen sebagai tambahan, pastikan kita pilih yang terbaik dan selamat untuk kebaikan tumbesaran dan kesihatan anak-anak kita ok.

    Kalau nak tanya lebih lanjut tentang Vitalea for Children ni, boleh jer terus Whatsapp Eina ok. Klik jer icon Whatsapp kat tepi blog tu ya.
     
    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
      
    Continue Reading

    Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina akui agak janggal bila tak boleh langsung keluar rumah. Rasa terkurung and sometime rasa tepu sangat otak tak dapat tengok dunia luar. Kesian juga kat anak-anak yang tengah membesar ni. Tapi tetap juga kena ikut and kena buat demi keselamatan dan kesihatan diri.
     
    Ada sesetangah hari tu kita ok jer, tapi most of the time kita rasa akan stress sikit. Betul tak? Kalau dibiarkan boleh menyebabkan kemurungan melampau sebab emosi kita tak stabil kan. Waktu tidur jadi tak menentu, makan pun ikut suka. Secara tak langsung boleh sebabkan kesihatan terganggu juga.
     
    Sejak gelombang kedua dan ketiga Covid19 ni, kita dah mula terbiasa dengan norma baharu. Tapi kita kena pandai urus emosi kita supaya tidak rasa tertekan.
     
    Di bawah ni ada beberapa tips penjagaan kesihatan mental semasa pandemik Covid19 yang dikongsikan oleh  Kementerian Kesihatan Malaysia.


    1. Jaga kata-kata dan pertuturan supaya tidak menambahkan stress atau mencetuskan panik.

    2. Kekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Jangan asingkan diri.

    3. Jaga keperluan asas diri seperti makan, berehat dan tidur secukupnya

    4. Elakkan dari melakukan aktiviti tidak sihat seperti merokok, minum arak atau mengambil dadah

    5. Apabila berada di rumah, lakukan aktiviti yang bermanfaat

    6. Lakukan senaman dan kekal aktif

    7. Kongsi perasaan anda dengan orang yang anda percayai.


    So, ini antara tips ringkas dan mudah yang boleh kita buat untuk penjagaan mental waktu pandemik sekarang ni. Kalau kita stress, anak-anak pun akan ikut stress. Betul tak?

    Macam Eina, kalau nak luahkan atau nak bercerita sesuatu, Eina akan call mak atau adik perempuan Eina kat kampung. Sembanglah apa pun, janji dapat hilangkan rasa stress. Alhamdulillah, sangatlah membantu. Selain tu memang Eina akan sibukkan diri dengan bisnes jer la. Sembang dengan kawan-kawan bisnes. Boleh bertukar-tukar cerita juga kan. Hehe

    Paling penting jangan tinggalkan Allah. Solat & bacalah Al-Quran sebanyak mana yang boleh. Kerapkan berzikir. Eina selalu dengar zikir-zikir kat Youtube. Sambil buat kerja rumah, sambil dengar zikir. Sangat menenangkan.

    Semoga fizikal dan mental kita sentiasa kuat lalui situasi Pandemik Covid19 ni. InsyaAllah
    Continue Reading


    Sijil HALAL Shaklee untuk tahun 2021 sudah diperbaharui. Alhamdulillah, belum pun habis tahun 2020, Shaklee tak renew dah sijil HALAL ni.

    Setiap tahun Shaklee akan memperbaharui sijil HALAL mereka yang dikeluarkan oleh salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Islamic Services Of America Since (ISA).

    Sijil Halal Shaklee 2021. (Klik untuk paparan lebih jelas)
     
    Sijil Halal Shaklee 2021 (Klik untuk paparan lebih jelas)
     
    Seperti semua sedia maklum, produk Shaklee ini daripada USA. Di USA ada badan halal mereka sendiri iaitu Islamic Services of America (ISA). Badan Islam ISA ini lah yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal pada produk untuk pasaran Islam di sana.

    Ok, macam mana nak semak badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM sebagai ‘Certifier‘ sijil Halal di seluruh dunia termasuk Sijil Halal Shaklee 2020?

    Ikut langkah-langkah di bawah:

    1) Layari portal rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Anda akan dibawa ke paparan seperti di dalam gambar ini.



    2) Lepas tu klik di ‘Foreign Halal Certification Bodies (FHCB)’ seperti di bawah 



    3) Lepas tu, korang perlu download fail di dalam format PDF. Terus klik file PDF tersebut dan akan keluar paparan seperti di bawah.





    4) Scroll ke muka surat 56 di bawah negara United States of America (USA). Anda akan jumpa maklumat penuh ISA. Ya, ISA berada di dalam senarai badan yang diiktiraf JAKIM.


    Shaklee sangat menitikberatkan kualiti setiap produk keluarannya. Shaklee juga sangat menghargai seluruh pengguna yang mengamalkan produk Shaklee khususnya pengguna Islam di Malaysia


    Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan produk Shaklee ini. Ia disahkan HALAL dan selamat di ambil.
     
    Nak tanya tentang produk Shaklee atau nak order apa-apa, hubungi Eina di bawah ya.
     
    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
      
    Continue Reading
    Dah lama tak beli buku. Dua hari lepas ada beli buku baru, saja reward diri sendiri. Okla kan reward dengan benda yang bermanfaat. Hehe. Sebenarnya Eina memang suka buku. Walaupun sekarang ni jarang dapat baca buku, tapi Eina suka beli buku buat koleksi kat rumah.

    Kalau dulu suka simpan koleksi magazine, tapi sekarang suka simpan koleksi buku plak. Tak tau kenapa, Eina sangatlah suka tengok buku, suka kumpul buku. Padahal bukan ulat buku pun. Hehe.

    Eina suka tengok buku-buku tersusun cantik kat rak macam kat kedai buku & library tu. Kalau masuk kedai buku, memang berjam-jam jugalah duk belek-belek buku. Rasa macam nak beli semua jer. Haha
     
    Salah satu impian Eina, nak ada mini library dalam rumah. Nak ada satu ruang atau bilik khas untuk membaca. Boleh susun cantik-cantik semua koleksi buku yang ada. Susun ikut jenis buku, ada bahagian kanak-kanak, ada bahagian buku-buku motivasi, bahagian buku agama dan lain-lainlah. Macam library tu, best kan. Doakan imipian Eina tercapai nak ada mini library kat rumah nanti ya. InsyaAllah.
     
    Salah satu idea mini library kat rumah. Simple jer kan :)
     
    Ok, sambung cerita Eina beli buku kelmarin. Asalnya nak beli buku untuk hadiahkan pada anak-anak didik Shaklee. Tapi, terbeli untuk diri sendiri plak. Haha. So hadiah untuk anak didik tu, kita cari lain.

    Inilah dia koleksi buku-buku yang baru sampai semalam. Sekarang ni Eina memang banyak simpan buku-buku motivasi dan buku-buku keagamaan. Seiring dengan umur yang makin meningkat ni. Hehe


    Memandangkan tengah PKPB, Eina beli online jer buku-buku ni. Sekarang ni pun semuanya online kan. Hatta kalau nak beli ayam mentah pun boleh beli thru online. Hehe. Maklumlah sekarang hidup dalam norma baharu.

    Buku-buku ni Eina beli di BookXcess Online. Actually, 1st time Eina beli kat BookXcess ni. Biasanya Eina order di Karangkraf Mall Online ataupun MPH Online jer. Okla juga BookXcess ni, penghantaran cepat. Hari ni order, esoknya dah sampai. Boleh beli lagi lepas ni.
     
    Dari segi harga plak, ok boleh tahan. Banyak juga diskaun. Waktu Eina order tu, ada offer setiap pembelian RM80 dan ke atas boleh dapat free shipping. Then boleh dapat jadi member terus. Once jadi member dapatlah diskaun lagi. Kalau beli RM50 ke atas dapat diskaun 5% and kalau beli RM150 ke atas dapat diskaun 10%. BookXcess akan bagi diskaun code tu thru email and ada disertakan sekali cara-cara nak guna. So, bolehlah guna nanti.

    So, kalau korang nak tengok buku apa yang ada, bolehlah tengok-tengok kat BookXcess Online tu ya. Selamat membeli buku. Hehe
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Hero Kiddo Shaklee - Produk Baru Shaklee
      Memperkenalkan produk terbaru Shaklee Hero Kiddo Gummies sudah berada di pasaran Malaysia. Finally, dah boleh beli dah. Alhamdulillah. 😍 E...
    • Promosi Shaklee Ogos 2021
      Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos dah, bulan kemerdekaan negara kita. Semoga baik-baik sahaja untuk semua.  Ok, seperti biasa Shaklee akan...
    • 3 Jenis Protein Tumbuhan Untuk Kurus dan Kulit Cantik
      Selain air, PROTEIN adalah komponen utama dalam jaringan tubuh. Ia adalah nutrien PENTING untuk PERTUMBUHAN. Protein DIPERLUKAN untuk MEMPER...
    • Testimoni ESP dan Vitamin C Untuk Jerawat
      JERAWAT adalah masalah biasa sering terjadi pada kulit wajah. JERAWAT berlaku apabila liang-liang pori pada kulit tersumbat dengan minyak, ...
    • Life Shake Elderberry Shaklee - Produk Baru
      Life Shake Elderberry merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap, kaya dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, dengan ta...

    Blog Archive

    • ►  2025 (3)
      • ►  Jun 2025 (2)
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ▼  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ▼  Nov 2020 (15)
        • Nikmat Allah Itu Luas
        • Manfaat Polifenol Untuk Kulit
        • Apa itu Polifenol? 8 Kebaikan Polifenol Untuk Kesi...
        • My Day Off Memasak Di Rumah
        • Impian Nak Ada Laman Rumah Besar dan Cantik
        • Testimoni Set Migraine Shaklee
        • Testimoni Set Resdung Shaklee
        • Purata Pendapatan Bulanan Shaklee
        • Multivitamin Shaklee Untuk Kanak-Kanak
        • Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik CO...
        • Sijil Halal Shaklee 2021
        • Beli Buku Reward Untuk Diri Sendiri
        • Promosi Shaklee November 2020
        • Allah Uji Sebab Kita Mampu
        • Eina Md Ali - Effective Business Leader Oct 2020
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top