Langkah Penting Selepas Pulang Dari Beli Barang Keperluan/Makanan
11:53 AMHanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar beli barang keperluan.
Waktu-waktu begini, sangatlah penting kita jaga kebersihan.
Kita tak tau siapa pembawa, kita tak boleh cam atau kenal samaada seseorang itu dijangkiti atau tidak.
Kita pun tak tau, barang yang kita pegang seperti troli atau apa sahaja tu benar-benar bebas kuman atau tidak kan.
So please, selepas balik dari keluar beli barang keperluan dan bersesak-sesak di pasar raya atau di mana-mana kedai tu, jangan terus pegang atau peluk anak-anak.
Ini langkah PENTING yang perlu dilakukan.
1. Buka topeng muka, masukkan ke dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah.
2. Elakkan menyentuh, memeluk anak dan ahli keluarga.
3. Pergi ke tandas dan tanggalkan pakaian, rendam ke dalam air sabun.
4. Pergi mandi, cuci seluruh badan, tangan dan muka dengan sabun.
5. Baru bertemu keluarga.
Jaga diri, jaga keluarga dan sama-sama kita ikuti Perintah Kawalan Pergerakan untuk terus duduk di rumah bagi hapuskan penularan COVID-19 ini.
InsyaAllah, kita doa sama-sama moga Allah lenyapkan virus COVID-19 ini sebelum Ramadhan. Aminnnn
#StaySafe
#StayAtHome
#FightCovid19
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)