5 Cara Untuk Tingkatkan Sistem Imun Tubuh Badan

12:21 PM


Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai jenis kuman, bakteria ataupun virus. Tanpa kita sedari kuman ini sebenarnya ada di mana-mana sahaja, contohnya di handphone, di mesin ATM, di tombol pintu, kuman juga ada pada wang kertas dan juga syiling.

Lebih menakutkan apabila kita terdedah kepada cecair yang jatuh dari batuk atau bersin daripada orang yang sakit. Ia akan lebih mudah terjangkit.


Ada 5 cara untuk meningkatkan sistem imun badan kita.


1. Membina antibodi dengan PROTEIN. Protein adalah blok asas dalam pembinaan SEL IMUN khasnya antibodi. Antibodi adalah protein berbentuk Y, yang melekat pada permukaan bakteria dan virus untuk membunuh mereka.

2. Meningkatkan dan membaiki sel imun. Antioksidan vitamin A, C dan E membantu meningkatkan kuantiti dan aktiviti sel imun. Lebih banyak sel imun yang lebih sihat, ia dapat melawan jangkitan

3. Mengaktifkan dan memperkuatkan imun respon. Interferon adalah penting untuk fungsi imun yang sihat. Interferon adalah keluarga pengantara yang boleh meningkatkan pelbagai sel imun dalam tubuh badan. Signal akan menjadi lebih kuat untuk memastikan sel imun sentiasa berjaga. 

4. Memperkuat fungsi imun. Zink dan bawang putih dapat meningkatkan fungsi imun. Ia dapat memastikan sistem imun kuat untuk melawan jangkitan. Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan tempoh jangkitan.

5. Mengekalkan hidrasi untuk imun respon yang sihat. Badan yang terhidrat bantu membawa nutrien ke seluruh badan dan mengeluarkan toksin. Ia adalah sebagai benteng dan kubu yang kuat untuk pertahanan.


Sistem imun kita adalah pertahanan terbaik melawan virus atau infeksi.

Sistem imun kita adalah ibarat pahlawan.

la melawan mana-mana bendasing yang memasuki badan dan mengenali kuman termasuk virus, toksin, dan bakteria.

Jadi, dengan memastikan imun sistem kita sihat dan kuat adalah penting untuk kesihatan, lebih-lebih lagi apabila kita dalam keadaan pandemik.




Kalau nak register ahli dan terus beli di webiste, boleh klik sini >>> Daftar dan Order di Website Shaklee Di Sini

atau


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)