Perintah Kawalan Pergerakan (Antara Isu Berbangkit)

5:13 PM


Marilah kita sama-sama menyekat penularan wabak virus COVID-19 yang sangat membimbangkan ini dengan menyahut seruan 'Perintah Kawalan Pergerakan' yang telah diumumkan oleh kerajaan bermula dari 18hb Mac 2020 hingga 31hb Mac 2020. Saranan ini adalah demi keselamatan kita bersama.

Antara isu berbangkit berkaitan 'Perintah Kawalan Pergerakan', disandarkan pada Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988; Akta Polis 1967

1. Majlis Keraian/Perkahwinan/Kenduri
Pernikahan dibolehkan (tidak melibatkan kehadiran ramai)
Majlis persandingan, resepri serta majlis lain disarankan tangguh

2. Barangan keperluan habis
Dibenarkan keluar membeli & terus balik

3. Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing
Dibenarkan pulang ke Malaysia dengan syarat pasangan membuktikan kesahan perkahwinan, sama ada didaftarkan dengan kerajaan Malaysia atau kerajaan negara asal & jalani pemeriksaan kesihatan & kuarantin sukarela

4. Pelajar-pelajar di luar negara
Dibenarkan pulang ke Malaysia & perlu jalani pemeriksaan kesihatan & kuarantin sukarela

5. Pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia & telah pulang ke negara asal sebelum perintah dikeluarkan
Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara (essential services) dibenarkan masuk semula ke Malaysia. Migran asing perlukan satu surat pengesahan daripada majikan & perlu dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia semasa di pintu masuk

6. Rakyat Malaysia bekerja di Singapura
Mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia tidak dibenarkan keluar masuk secara harian & perlu memaklumkan kepada majikan masing-masing

7. Individu yang merancang bercuti di Malaysia & telah membuat pembayaran
Orang ramai dilarang pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial, dinasihatkan tidak meneruskan percutian

8. Mengambil rakan pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektor berkaitan pekhidmatan penting negara
Dibenarkan, dengan cepat dan ringkas

9. Kelas ganti sekolah
Tidak perlu

10. Kelas pengajian & aktiviti melibatkan pelajar IPT awam & swasta serta Institut Latihan Kemahiran
Tertakluk kepada perintah

11. Pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam & swasta khususnya pelajar luar negara
Pelajar IPT awam & swasta perlu kembali ke kediaman masing-masing. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal & tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang perintah berkuatkuasa
Pelajar asing yang mahu terus berada di Malaysia & menginap di fasiliti IPT awam/swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT

12. Kedai makanan (makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja)
Buka, tetapi hanya makanan yang dibawa pulang atau melalui perkhidmatan penghantaran (seperti Grab Food atau Food Panda)

13. Pengangkutan (Bas, LRT, MRT, KTM)
Pengangkutan awan diteruskan

14. Bayaran penginapan yang telah dijelaskan sebelum perintah diumumkan
Perlu berbincang dengan pihak hotel

15. Solat jenazah & tahlil di rumah (bukan pesakit COVID-19)
Diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama kariah masjid/surau. Hanya solat jenazah tanpa tahlil.


Kredit : Majlis Keselamatan Negara

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)