Resepi Ayam Masak Thai

5:04 PM

Resepi Ayam Masak Thai



Dah beberapa kali buat, Alhamdulillah menjadi dan sedap dimakan ๐Ÿ˜‹.

Resepi ni husband yang forward, tak ingat dia ambil kat mana. Senang dan mudah disediakan. ๐Ÿ˜

Kalau tak ada idea nak masak apa atau tak pernah cuba resepi ni, bolehlah cuba ya.

๐ŸŒˆBahan-bahan
10 ketul bahagian ayam (digoreng)
1 biji bawang holland (dipotong bulat)
2 batang serai (diketuk)
Daun limau purut (dihiris kasar)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Garam secukup rasa
Minyak
Sedikit air

๐ŸŒˆBahan kisar
3 ulas Bawang merah
5 ulas Bawang putih
5 biji Cili merah
3 biji Cili hijau
2 biji Cili api

Ok, cara memasak boleh tengok kat gambar.


Panaskan minyak. Tumiskan bawang holland, daun limau purut dan serai sampai menusuk kat hidung korang. ๐Ÿคญ

Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak, jangan sampai pecah kuali pula eh ๐Ÿ˜
Dah pecah berderai minyak tu, bolehlah masukkan sos tiram dan sos cili

Masukkan garam secukup rasa. Serbuk perasa sikit. Then, kalau agak pekat, boleh letak sikit air. Biar menggelegak sekejap

Masukkan ayam yg dah digoreng tadi. Kacau-kacau sampai sebati, sehati sejiwa. Eina tambah tomato dan taburkan sikit parsley, saje nak nampak cantik. Ikut suka hati korang la nak tambah or tabur apa. Nak tabur daun ketumbar pun boleh. Dah siap dah tu

Ok, siap dah Ayam Masak Thai. Dah buat sekali, mesti nak buat banyak kali. hehe

Selamat mencuba.

***Silakan share jika bermanfaat untuk anda dan yg lain

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Followers

Pageviews