Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online
    Salam 21 Ramadhan semua..Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk 10 hari terakhir di bulan Ramadhan kan. Macam mana puasa setakat ni, pasti ada yang dah dapat turunkan berat badan. Sekurang-kurangnya 3-5kg kan...hihi. Kebanyakannya berat badan kita akan berkurangan kerana tidak makan dan minum pada waktu siang. Tapi jangan pula makan di tengah-tengah malam secara berlebihan. Amalan makan tengah malam adalah bahaya untuk kesihatan kita.

     
    Budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota. Mana tidaknya, mereka gemar mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jam setiap hari.
     
    Ramai yang tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang boleh dihadapi secara beransur-ansur akibat budaya ini.Sekiranya melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam. 
     
    Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana akan terdedah kepada masalah kegemukan.Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.

    Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam , kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan.


    Sedikit Tips bagi membantu kuruskan badan

    •   Jangan Makan Terlalu Banyak.
    Ambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Elakkan makan beramai-ramai dan dalam kumpulan yang besar, kerana ia mempengaruhi saiz hidangan kita.
    • Minum air kosong.
    Kita digalakkan untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu diri kita menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.
    • Ambil Makanan Berserat.
    Lebihkan makanan berserat kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Serat juga baik dalam melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu kita cepat kenyang.
    • Jangan skip hidangan. 
    Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan akan bergelora dan metabolisma badan akan menurun.
    • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. 
    Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
    • Senaman
    Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
    • Dapatkan supplemen multivitamin yang baik.  
    Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik. Supplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

    Kesimpulannya, tak bermakna ingin kurus kita tak perlu makan atau ikat perut. Pemakanan yang seimbang sambil amalkan tips-tips diatas mahupun tips-tips dari yang pakar akan membuahkan hasil yang memuaskan yer. Ok..setakat ni sahaja yang boleh saya kongsikan, untuk dapatkan supplemen shaklee bagi membantu menurunkan berat badan boleh rujuk sini eh Slimming Set . Selamat mencuba...

    Credit:-
    Putera Izman >> beritahariann.blogspot.com 
    Kevin Zahri >> kevinzahri.com



    “Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


    Continue Reading


    Puasa sering dikaitkan dengan kesihatan seseorang muslim kerana sifat ibadah ini yang memerlukan individu yang sihat untuk melaksanakannya. Walaubagaimanapun, individu yang berpenyakit dan masih mampu untuk menunaikannya tanpa memudaratkan kesihatan, juga wajar berpuasa. Apatah lagi mereka yang tiada berhalangan dari segi syarak. Umumnya, tuntutan berpuasa ini bukan sahaja melahirkan individu muslim yang bertakwa malah menyihatkan juga.

    “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al-Baqarah: 183)

    Secara jelas ayat ini, Allah menyeru orang yang beriman untuk melaksanakan tuntutan berpuasa sebagaimana wajibnya berpuasa itu berlaku keatas golongan muslim terdahulu. Ayat ini juga khusus menekankan bahawa objektif akhir berpuasa ialah melahirkan sifat takwa kepada Allah SWT. Timbul persoalan kenapakah tiadanya ‘janji’ dari ayat ini akan kebaikan fizikal dari latihan berpuasa? Bagaimana mungkin berpuasa itu memberi manfaat kesihatan kepada pengamalnya? Persoalan ini terjawab bila kita memahami fitrah puasa itu bermula dari tuntutan ketaatan sebagai muslim yang beriman. Ini kerana belum tentu orang yang sihat mampu berpuasa. Begitu juga orang dewasa. Sedangkan kanak-kanak yang tidak diwajibkan berpuasa, kadang-kadang lebih mampu melaksanakan ibadah ini.

    Puasa adalah salah satu latihan nafsu atau ‘tazkiyatun nafs’ berarti penyucian jiwa atau nafsu. Latihan nafsu ini melalui tuntutan menyekat keperluan makan dan minum secara fizikal. Bila kita telusuri maksud at-tazkiyah ini, ianya tidak hanya bermakna penyucian. At-tazkiyah juga memiliki makna ‘an-numuww’, iaitu tumbuh. Maksudnya, tazkiyatun nafs itu juga berarti menumbuhkan jiwa agar seseorang itu boleh tumbuh sihat dengan memiliki sifat-sifat yang baik dan terpuji. Bila jiwa dan akhlak dilatih melalui puasa, sedikit sebanyak akan mempengaruhi perkembangan fisiologi dan fizikal individu tersebut. Apatah lagi segenap bentuk minuman dan makanan yang kita ambil lansung memberi kesan pembentukan jiwa dan fizikal individu.

    Berkenaan puasa ini juga, Rasulullah saw bersabda,
     “Barangsiapa yang selama berpuasa tidak mampu menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang buruk serta keji, maka Allah sama sekali tidak butuh dia meninggalkan makan dan minumnya.”
    (HR Al-Bukhari).

    Beginilah hakikat puasa, yang tidak lain adalah menahan nafsu dalam rangka untuk menyucikan nafsu dan membangun akhlak. Puasa dengan menahan lapar dan dahaga serta mengekang hawa nafsu selama lebih dari 12 jam sehari tentulah sangat memenatkan mental dan fizikal individu. Namun, jika ibadah ini dilaksanakan bermula dengan bersahur secukupnya hingga berbuka puasa, tentu sekali manfaatnya menjangkaui pembentukan iman, malah kesan keatas kesehatan jiwa dan tubuh badan. Tidak dinafikan puasa itu memberikan manfaat yang berkesan  bagi kesihatan tubuh. Malah ada di beberapa negara maju menjadikan puasa sebagai terapi terhadap beberapa penyakit fizikal.

    Orang berpuasa akan mengalami perubahan bentuk tubuh, akibat kurang makan dan minum seharian dan sepanjang bulan ramadhan. Kurangnya pengambilan sumber tenaga pada orang berpuasa menyebabkan fisiologi tubuh ‘bertindak’ mencari sumber tenaga yang tersimpan di dalamnya. Sumber tenaga datangnya dari karbohidrat dan lemak yang bertukar sifatnya kepada glukos. Sewaktu berpuasa, kadar glukos darah berkurang akibat kurangnya makanan, sebaliknya hanya bergantung dari makanan sewaktu bersahur. Dan untuk mengatasi masalah ini, fungsi ini diambil alih oleh tindakan ‘autolysis’ atau ‘pembakaran lemak’ secara semulajadi. Autolysis bermaksud terpakainya simpanan lemak tubuh untuk dijadikan sumber tenaga tubuh, yang bertukar kepada glukos. Lemak disimpan didalam hati, dibawah kulit dan di otot-otot badan. Penggunaan lemak ini penting untuk memastikan sel-sel dan organ tubuh akan terus berfungsi dengan baik walaupun tanpa sumber makanan sewaktu berpuasa. 

    Walaubagaimanapun, individu berpuasa dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti latihan dan lasak terutamanya diwaktu tengahari atau petang. Ini kerana aktiviti sedemikian memerlukan penggunaan tenaga iaitu glukos pada kadar yang cepat dan banyak.
    Secara umumnya, hubungan puasa dan kesihatan sebenarnya tidak asing lagi pada individu muslim. Mengenai pengambilan makanan pada umumnya, atau puasa pada khususnya, terdapat ketentuan tegas dan jelas. Allah SWT memberikan pedoman kepada kita bagaimana kaedah terbaik mengambil makanan:

    “Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah  kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sungguh syaitan itu mush kamu yang nyata” (Al-Baqarah: 168)

    “Wahai anak cucu Adam, pakailah pakaian yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, Dan makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf: 31).

    Mudah-mudahan puasa kita pada tahun ini bukan sekadar lapar dan dahaga, malah tuntutan takwa itu sebagai ‘ouput’ yang terbesar yang perlu kita perolehi. Susulan dari itu, manfaat kesihatan, juga akan kita kecapi, insya’allah. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

    Credit:-

    Dr Azizi Ayob
    Pengerusi,
    Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia, I-Medik,
    Selangor/Wilayah Persekutuan
    Continue Reading

    tips kekal sihat di bulan ramadan


    Oleh: Ahmad Fahmi Abdullah, Tahun 2 Perubatan, Universiti Al-Azhar (Kaherah)

    Fisiologi Badan Manusia Ketika Berpuasa
    Perubahan yang berlaku terhadap badan kita ketika berpuasa bergantung kepada panjang masa dan kekerapan kita berpuasa. Secara teknikal, badan kita mula menunjukkan perubahan 8 jam selepas makan, iaitu ketika sistem penghadaman manusia sudah kehabisan nutrient untuk diserap masuk.

    Ataupun dalam istilah perubatan, puasa bermaksud perubahan fisiologi badan selepas 8 jam dari tempoh akhir seseorang itu makan. Ketika keadaan normal (tidak berpuasa), glukosa yang disimpan dalam hati(liver) dan otot(muscle) merupakan sumber utama tenaga. Ketika peringkat awal berpuasa, glukosa yang tersimpan tadi merupakan sumber tenaga yang pertama sekali akan digunakan.

    Kemudian, setelah simpanan gulkosa tadi habis, lemak pula menggantikan glukosa tadi sebagai sumber tenaga. Lemak yang tersimpan di beberapa tempat di dalam badan terutama di lapisan bawah kulit. Sebilangan kecil glukosa akan di’bina’ melalui beberapa mekanisma di hati.

    Hanya pada keadaan badan tidak menerima makanan untuk tempoh yang lama sahaja, lebih dari sehari, barulah protin digunakan sebagai sumber tenaga. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘kebuluran’(starvation) dan ianya tidak baik untuk kesihatan kerana ianya menyebabkan pemecahan otot untuk mendapatkan protin sebagai sumber tenaga. Oleh kerana itu, seseorang yang kebuluran  akan kelihatan terlalu kurus dan menjadi sangat lemah.

    Ketika Ramadan kita hanya berpuasa dari subuh sehingga senja. Hal ini membolehkan kita mengisi semula simpanan tenaga yang mencukupi ketika bersahur dan berbuka puasa. Justeru, puasa menyediakan proses pertukaran sumber tenaga dari glukosa kepada lemak dalam keadaan teratur dan pemecahan otot untuk menghasilkan protein sebagai sumber tenaga dapat dielak.

    Penggunaan lemak sebagai sumber tenaga membantu untuk mengurangkan berat badan, memelihara otot, dan mengurangkan kandungan kolesterol badan seterusnya menuragkan risiko sakit jantung dan strok. Tambahan lagi, kehilangan berat badan turut membantu untuk mencegah diabetes dan mengurangkan tekanan darah. Proses detoksifikasi badan turut berlaku ketika berpuasa, melalui proses pelarutan dan ianya dibuang terus melalui air kencing. Selepas beberapa hari berpuasa, kandungan beberapa hormon meningkat mendadak seperti endorfin lalu meningkatkan kadar kewaspadaan (alertness) dan perasaan mental yang sihat secara umum.

    Makanan yang seimbang dan pengambilan cecair amat penting ketika waktu berbuka sehingga sahur pada hari berikutnya. Pundi kencing dapat menjalankan fungsinya dengan baik ketika berpuasa dengan mengekalkan cecair dan garam dalam badan seperti Sodium dan Potassium. Namun begitu, cecair dan garam tersebut tetap boleh dikumuhkan melalui peluh.

    Jenis Makanan yang Sesuai Ketika Ramadhan
    Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadhan mampu meningkatkan kesihatan seseorang, tetapi ada juga kemungkinan untuk menjadi lebih teruk! Faktor penentu bukan pada puasa itu sendiri, tetapi pada makanan yang diambil ketika waktu tidak berpuasa (ketika berbuka puasa sehingga sahur). Untuk mendapat manfaat yang penuh ketika berpuasa, seseorang itu perlu mengawal jenis dan kuantiti makanan sepanjang bulan yang mulia ini.

    Makan secara berlebihan turut memberi kesan kepada rohani dan menyebabkan sesorang itu malas dan cepat mengantuk. Diet pemakanan perlulah simple dan tiada perbezaan terlalu ketara dengan diet harian seseorang pada hari biasa. Makan yang seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan utama (karbohydrat, lemak, protin, dan lain-lain) dan menepati kuantiti yang diperlukan.

    makanan sihat bulan ramadan

    Karbohidrat kompleks adalah makanan yang akan membantu untuk membekalkan tenaga untuk jangka masa yang panjang. Karbohydrat kompleks terdapat pada bijian dan biji benih seperti barli, gandum, oat, kekacang, beras bathmathi dan lain-lain.  Makanan yang kaya dengan serat sangat membantu proses penghadaman. Ianya terdapat pada bijirin, gandum, bijian, ubi kentang, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

    Makanan yang perlu dielakkan pula ialah makanan yang bergoreng (deep fried foods) seperti kentang goreng, ayam goreng, dan lain-lain. Kedua, makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti manisan tradisional arab, gula-gula India dan air yang terlalu manis.

    Minuman berkaffein perlu dielakkan kerana kaffein mengurangkan kandungan cecair badan dengan meningkatkan proses perkumuhan melalui air kencing. Kopi, teh dan kola merupakan minuman yang mengandungi kadar kaffein yang tinggi.

    kurma

    Ketika sahur, anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak terlalu berat atau tidak terlalu mengenyangkan tetapi makanan tersebut kekal memberi tenaga untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, makanan yang lambat hadam merupakan makanan terbaik untuk sahur, seperti oat dan roti.  Manakala ketika berbuka, kurma disahkan sebagai makanan terbaik untuk berbuka kerana kurma memberikan tenaga yang banyak dan memberikan kesegaran kepada seseorang. Jus buah-buahan juga memberi kesan yang hampir sama dengan kurma.

    Selain itu, Al-quran, As-sunnah dan kajian moden mengesyorkan beberapa makanan yang baik ketika berpuasa seperti susu, kurma, daging lembu atau kambing, dan oat.

    Komplikasi yang Bakal Berlaku Ketika Berpuasa.
    1. Heartburn (acid indigestion)
    Heartburn ialah satu situasi di mana perut seseorang akan rasa sakit (burning) kerana kandungan asid yang berlebihan. Situasi ini juga dipanggil sakit ‘gastrik’. Biasanya, puasa mengurangkan bilangan asid yang terhasil, tetapi bila seseorang berfikir tentang makanan, atau bau makanan, otak akan memberi arahan kepada perut untuk menghasilkan asid. Oleh itu, heatburn berkemungkinan akan menjadi masalah ketika berpuasa.

    2. Pening Kepala (Headache)
    Pening kepala merupakan masalah yang biasa yang dihadapi ketika berpuasa. Ianya datang dari pelbagai punca. Pening kepala ketika berpuasa biasanya kerana dehydrasi (kurang air dalam badan) atau lapar, rehat yang tidak cukup, atau ketiadaan bahan-bahan ketagihan seperti kaffein atau nikotin.

    3. Dehidrasi
    Dehidrasi juga biasa berlaku ketika berpuasa. Badan manusia kehilangan air dan garam secara berterusan melalui pernafasan, peluh dan urine. Mencegah selalunya lebih baik dari mengubat. Seseorang itu perlulah minum air yang mencukupi ketika berbuka dan bersahur bagi mengelakkan komplikasi ini. Selain itu, Oral Rehydration Salt (ORS) membantu dalam memulihkan kandungan air dan garam dalam badan.

    4. Lain-lain seperti sembelit, stress dan obesity.

    Oleh itu, besarlah makna Ramadan kali ini jika kita menghadapinya dengan tubuh badan yang sihat. Badan yang sihat menjadikan ibadah lebih lancar. Selamat menjalani ibadah puasa.

    Credit: imedik.org
    Continue Reading
    peppermint ginger plus shaklee


    Kombinasi 4 herba di dalam Peppermint Ginger Plus iaitu Daun Pudina, Halia, Jintan Manis (Adas) dan Jintan Hitam (Anise) dari Barat dan Timur dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

    Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk lahut, sendawa dan penghadaman.

    Manfaat Utama

    Daun Pudina
    ~ Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.
    ~ Melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi.
    ~ Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam seseorang itu dijangkiti selsema.
    ~ Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

    Halia
    ~ Merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
    ~ Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang)
    ~ Menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita
    ~ Berkesan sebagai remedi lain seperti mabuk laut.
    ~ Berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan

    Jintan Manis/Pokok Adas (fennal)
    ~ Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.
    ~ Melegakan sakit perut, melegakan gejala flu
    ~ Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus

    Jintan Hitam (Anise)
    ~ Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
    ~ Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
    ~ Melegakan haba di musim panas dan lembab, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

    Pada sesiapa yang ada gastrik, Peppermint Ginger ini amat sesuai bagi membuang angin dalam badan. Bagi ibu-ibu mengandung yang mengalami loya dan mual juga boleh amalkan Peppermint Ginger ini yer.

    Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

    Continue Reading
    Assalamualaikum semua..sudah 14 hari kita berpuasa, Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati bulan Ramadhan dan diberi peluang beramal ibadah di bulan ini. Syukur kerana diberi kesihatan yang baik dan membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

    Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang khasiat kulit kayu manis untuk kesihatan kita. Tahukah anda kulit kayu manis boleh kurangkan loya, membuang angin dalam badan kita dan merawat pelbagai masalah kesihatan?
    khasiat kulit kayu manis

    Jom baca khasiat dan penggunaannya bagi merawat dan membantu pelbagai masalah kesihatan.


    Herba rempah kulit kayu manis memang banyak kegunaannya. Orang Mesir purba telah menggunakan kulit kayu manis dalam proses pengawetan mayat atau mumia. Herba rempah ini juga turut digunakan dalam makanan untuk mencegah daripada busuk dan rosak.

    Kulit kayu manis juga boleh diperoleh dalam bentuk minyak sejat. Beberapa dari pada produk ini tidak dihasilkan untuk tujuan pemakanan tetapi sebaliknya ia digunakan sebagai minyak pati aromaterapi.

    Minyak ini amat kuat dan berkuasa. Pengambilan berlebihan boleh menekan sistem saraf utama. Oleh itu anda tidak digalak kan mengambil minyak ini untuk rawatan kecuali mendapat nasihat daripada pengamal perubatan yang bertauliah.

    Kebaikan daripada herba rempah yang dikenali sebagai nama Cinnamon (Inggeris) ini memang banyak. Selain digunakan dalam masakan dan kegunaan harian, kulit kayu manis juga memiliki kebaikan untuk kesihatan.

    Dalam perubatan Ayurveda India, kulit kayu manis digunakan sebagai ramuan untuk merawat diabetes, masalah pencernaan dan selesema. Perubatan tradisional Cina telah menggunakan kulit kayu manis untuk merawat masalah selesema, batuk, sendawa, loya, cirit birit, sakit tekak dan kesakitan akibat haid.

    Cara untuk menghasilkan ubat batuk dan selesema adalah dengan merebus kepingan kulit kayu manis di dalam air panas selama dua minit. Air ini juga boleh diminum seperti meminum teh herba.



    Herba rempah ini juga dikatakan berguna sebagai ubat kepada mereka yang cenderung mengalami rasa panas pada bahagian atas tubuh tetapi memiliki baha gian kaki yang sejuk. Herba rempah ini merangsang peredaran darah terutamanya pada jari-jari tangan kaki.

    Selain itu ia juga digunakan untuk artritis. Malah kulit kayu manis juga mampu digunakan sebagai ramuan tradisional untuk otot-otot sakit dan gejala-gejala masalah virus seperti selesema dan demam.

    Ekstrak kulit kayu manis turut digunakan untuk merawat masalah-masalah gastrousus dan untuk menenangkan perut. Kulit kayu manis bersifat karminatif, satu agen yang mampu membantu memecahkan angin usus dan secara tradisionalnya digunakan untuk menentang cirit-birit dan mabuk laut.

    Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan sejumlah kulit kayu manis mampu mengurangkan kolesterol jahat atau LDL. Caranya adalah dengan memakan setengah sudu serbuk kulit kayu manis setiap hari. Serbuk ini juga boleh ditambah sebagai pemanis di dalam minuman kopi atau teh. Satu kajian di Jerman mendapati bahawa kulit kayu manis menyekat sepenuhnya penyebab kebanyakan jangkitan saluran urinari dan kulat yang bertanggungjawab untuk jangkitan yis vagina pada wanita.

    Walaupun terdapat khasiat dan kebaikan kulit kayu manis, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.


    Wow...banyak khasiat kulit kayu manis ni kan, ini salah satu perubatan tradisional yang telah diamalkan sejak dari zaman nenek moyang kita lagi. So bagi sesiapa yang mahu mencuba, boleh la cuba petua-petua tadi yer. Tetapi pada zaman sekarang, agak sukar dan malas untuk kita mencuba petua-petua ini, betul tak?? Hehehe..Jadi saya ingin perkenalkan pada anda semua vitamin Shaklee yang boleh membantu memudahkan kita menangani sesetengah masalah kesihatan. Nak tahu vitamin apa? Boleh baca pada entry berikutnya nanti ;)


    Credit : karangkraf.com
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Hero Kiddo Shaklee - Produk Baru Shaklee
      Memperkenalkan produk terbaru Shaklee Hero Kiddo Gummies sudah berada di pasaran Malaysia. Finally, dah boleh beli dah. Alhamdulillah. 😍 E...
    • Promosi Shaklee Ogos 2021
      Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos dah, bulan kemerdekaan negara kita. Semoga baik-baik sahaja untuk semua.  Ok, seperti biasa Shaklee akan...
    • 3 Jenis Protein Tumbuhan Untuk Kurus dan Kulit Cantik
      Selain air, PROTEIN adalah komponen utama dalam jaringan tubuh. Ia adalah nutrien PENTING untuk PERTUMBUHAN. Protein DIPERLUKAN untuk MEMPER...
    • Testimoni ESP dan Vitamin C Untuk Jerawat
      JERAWAT adalah masalah biasa sering terjadi pada kulit wajah. JERAWAT berlaku apabila liang-liang pori pada kulit tersumbat dengan minyak, ...
    • Life Shake Elderberry Shaklee - Produk Baru
      Life Shake Elderberry merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap, kaya dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, dengan ta...

    Blog Archive

    • ►  2025 (3)
      • ►  Jun 2025 (2)
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ►  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ►  Mar 2020 (17)
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ▼  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ▼  Jul 2013 (20)
        • Tips Kuruskan Badan
        • Puasa itu Menyihatkan
        • Tips Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan
        • [INFO] Peppermint Ginger Plus
        • Khasiat Kulit Kayu Manis
        • Testimoni GLA Complex untuk Masalah Cyst & Fibroid
        • Fakta Ovarian Cyst & Fibroid yang Anda Perlu Tahu
        • [INFO] Cinch™ Shake Mix & Cinch™ Energy Tea Mix
        • Testimoni - Pesakit Gastrik
        • Legakan Gastrik Secara Tradisional
        • Apa itu Gastrik dan Apa Punca-punca Gastrik?
        • Kekal BERTENAGA Di Bulan PUASA dengan MIGHTY TRIPL...
        • Selamat Berpuasa
        • [Testimoni] Kulit Cantik dengan GLA Complex
        • Kulit Cantik Berseri dengan GLA Complex
        • Senggugut & Simptom-Simptom Senggugut
        • Cara Kira Waktu Subur Untuk Hamil
        • Pelbagai Kombinasi GLA Complex Untuk Kesihatan
        • Rangkaian Testimoni GLA Complex
        • Promosi Shaklee July 2013
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top