Legakan Gastrik Secara Tradisional
9:00 AMOk pada entry sebelumnya saya ada kongsikan apa itu gastrik, punca-punca gastrik dan tips di bulan puasa. Kali ini saya kongsikan pada anda tips-tips tradisional merawat gastrik dan bagaimana supplemen Shaklee membantu masalah gastrik ini.
Jadi, ini adalah 8 TIPS MERAWAT GASTRIK secara tradisional.
1. Susu kambing
Amalkan meminum susu kambing yang
baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu
kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.
2. Daun betik
Ambil sehelai dua daun betik rambai
atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap
hari sebelum masuk tidur.
3. Akar patawali
Akar patawali juga boleh dijadikan
sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali
ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali
adalah sangat pahit.
4. Selaput tunggul
Ambil tujuh helai daun selaput
tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan
air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.
5. Daun sembong
Ambil daun sembong sebanyak lima
helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal
kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya
setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.
6. Daun mengkudu
Ambil lima helai daun mengkudu dan
rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.
7. Daun bunga lili
Layurkan daun lili ke atas sapu.
Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit
asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili
dijadikan sebagai pembalut.
8. Tempurung kelapa
Tempurung kelapa yang tidak terlalu
tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan
dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.
Sumber: myberita.net
Haa...macam mana? Susah tak nak ikut petua-petua di atas? Jangan susah hati, Shaklee boleh bantu anda dengan lebih mudah. Ok ini adalah antara supplemen yang boleh membantu masalah gastrik anda dengan mudah.
1. ESP (Energizing Soy Protein)
~ Satu hidangan Shaklee ini
bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu,
rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh
tubuh manusia.
~ Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang
tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula
dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.
~ Membaikpulih luka dalaman
~ Menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat
2. Ostematrix
~ Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu
dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi
~ Mengandungi
magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk
membantu dalam memelihara kesihatan yang baik
~ Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh
~ Kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detokfikasi
~ Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
3. Peppermint Ginger Plus
~ mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan.
~ memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut
~ membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
“Segala
testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah
preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian
maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika
anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda
digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan
rawatan susulan.”
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)