Cara Kira Waktu Subur Untuk Hamil
10:45 AM
Menyimpan angan untuk menimang cahaya mata memang perkara normal di kalangan pasangan baru berkahwin. Bagaimanapun kerana kekurangan pengalaman dan ilmu, ada pasangan tidak tahu bilakah masa paling ideal untuk membuahkan hasil yang diidamkan.
Adakah waktu
melakukan hubungan seks memainkan peranan dalam menentukan peluang untuk hamil?
Ini kerana ada kajian di barat mengatakan bahawa sperma lelaki lebih banyak
terhasil pada waktu pagi berbanding malam, walaupun perbezaannya sangat minima.
Contohnya
sperma suami anda dikeluarkan sebanyak 87 juta pada waktu malam dan 88 juta
pada waktu pagi. Ia kedengaran banyak, tetap ia tidak mengubah hal sebenar
iaitu hanya satu sahaja sperma yang akan berjaya menyempurnakan misinya.
Pakar
kesuburan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Jika anda benar-benar mahu
hamil, fokus kepada waktu sesuai melakukan hubungan seks iaitu pada hari anda
subur. Bagi wanita dengan kitaran haid 28 hari, tempoh subur adalah sekitar
hari ke-10 hingga ke-17.
Jadi,
hubungan seks sebanyak dua kali dalam tempoh masa subur tersebut sudah memadai
untuk memberi peluang kehamilan. (Kalkulator ovulasi yang terdapat dalam
website pama boleh membantu mengira bilakah tarikh subur anda).
Selain
daripada membiasakan diri dengan mengetahui waktu subur, pasangan juga perlu
sentiasa bertenang dan nikmati hubungan seks tanpa tekanan. Semakin anda
bertenang, semakin tinggi peluang untuk hamil. Kajian juga mendapati,
pasangan cenderung untuk mengadakan hubungan seks pada bila-bila masa ketika
waktu subur wanita.
Mengira
Waktu Subur
Kehamilan
adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Keinginan
memiliki cahaya mata untuk melengkapkan rumah tangga yang dibina sangat tinggi.
Namun ada
kalanya pasangan gagal hamil dalam tempoh masa yang dijangkakan. Kegagalan
untuk hamil kadang kala disebabkan kesilapan menghitung waktu subur.
Kehamilan
boleh terjadi apabila hubungan intim dilakukan pada masa ovulasi atau saat
wanita sedang subur. Apabila sperma suami dipancut ke dalam rahim, ia akan
berenang ke arah ovum (telur) si isteri.
Hamil
adalah saat di mana berlakunya persenyawaan antara telur dan sperma dalam rahim
wanita sampai tempoh matang sembilan bulan untuk melahirkan seorang bayi.
Kekecewaan
akibat kegagalan hamil ada kalanya menimbulkan tekanan yang mendalam kepada
pasangan suami isteri.
Sebenarnya
banyak faktor yang membuatkan mereka sukar untuk hamil bermula daripada
masalah kesuburan, tahap psikologi, ketidakstabilan hormon dan lain-lain.
Namun ada
kalanya kehamilan tidak berjaya kerana mereka melakukan hubungan seksual pada
masa yang tidak tepat. Pasangan tidak mengetahui, bila waktu subur wanita
sehingga kesempatan untuk terjadi ovulasi semakin besar.
Mengetahui
waktu subur sangat besar ertinya bagi mereka yang ingin hamil dan bagi yang
ingin menunda kehamilan. Bagi yang menginginkan kehamilan, masa subur boleh
dijadikan panduan untuk melakukan hubungan seksual kerana ketika ini ovulasi
sedang terjadi sehingga peluang untuk hamil sangat besar.
Sedangkan
bagi yang mahu menunda kehamilan, masa subur merupakan masa yang harus
dielakkan daripada melakukan hubungan seksual untuk mencegah terjadinya
kehamilan.
Banyak
cara dan kaedah yang dapat digunakan untuk mengetahui bila waktu subur
tersebut, iaitu:
Sistem
kalendar
Menentukan
masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :
Bagi yang
kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid
berikutnya.Maksudnya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15
sebelum tarikh haid yang akan datang.
Bagi
wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang
kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran
terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur
terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran
terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.
Contohnya:
Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur
dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada
hari ke-8 sampai hari ke-20.
Penggunaan
alat
Banyak
alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu
subur. Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari
Pertama Haid Terakhir (HPHT). Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu
subur seseorang.
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)