Khasiat Kulit Kayu Manis
11:11 PMAssalamualaikum semua..sudah 14 hari kita berpuasa, Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati bulan Ramadhan dan diberi peluang beramal ibadah di bulan ini. Syukur kerana diberi kesihatan yang baik dan membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang khasiat kulit kayu manis untuk kesihatan kita. Tahukah anda kulit kayu manis boleh kurangkan loya, membuang angin dalam badan kita dan merawat pelbagai masalah kesihatan?
Jom baca khasiat dan penggunaannya bagi merawat dan membantu pelbagai masalah kesihatan.
Herba rempah kulit kayu manis memang banyak kegunaannya. Orang Mesir purba telah menggunakan kulit kayu manis dalam proses pengawetan mayat atau mumia. Herba rempah ini juga turut digunakan dalam makanan untuk mencegah daripada busuk dan rosak.
Kulit kayu manis juga boleh diperoleh dalam bentuk minyak sejat. Beberapa dari pada produk ini tidak dihasilkan untuk tujuan pemakanan tetapi sebaliknya ia digunakan sebagai minyak pati aromaterapi.
Minyak ini amat kuat dan berkuasa. Pengambilan berlebihan boleh menekan sistem saraf utama. Oleh itu anda tidak digalak kan mengambil minyak ini untuk rawatan kecuali mendapat nasihat daripada pengamal perubatan yang bertauliah.
Kebaikan daripada herba rempah yang dikenali sebagai nama Cinnamon (Inggeris) ini memang banyak. Selain digunakan dalam masakan dan kegunaan harian, kulit kayu manis juga memiliki kebaikan untuk kesihatan.
Dalam perubatan Ayurveda India, kulit kayu manis digunakan sebagai ramuan untuk merawat diabetes, masalah pencernaan dan selesema. Perubatan tradisional Cina telah menggunakan kulit kayu manis untuk merawat masalah selesema, batuk, sendawa, loya, cirit birit, sakit tekak dan kesakitan akibat haid.
Cara untuk menghasilkan ubat batuk dan selesema adalah dengan merebus kepingan kulit kayu manis di dalam air panas selama dua minit. Air ini juga boleh diminum seperti meminum teh herba.
Herba rempah ini juga dikatakan berguna sebagai ubat kepada mereka yang cenderung mengalami rasa panas pada bahagian atas tubuh tetapi memiliki baha gian kaki yang sejuk. Herba rempah ini merangsang peredaran darah terutamanya pada jari-jari tangan kaki.
Selain itu ia juga digunakan untuk artritis. Malah kulit kayu manis juga mampu digunakan sebagai ramuan tradisional untuk otot-otot sakit dan gejala-gejala masalah virus seperti selesema dan demam.
Ekstrak kulit kayu manis turut digunakan untuk merawat masalah-masalah gastrousus dan untuk menenangkan perut. Kulit kayu manis bersifat karminatif, satu agen yang mampu membantu memecahkan angin usus dan secara tradisionalnya digunakan untuk menentang cirit-birit dan mabuk laut.
Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan sejumlah kulit kayu manis mampu mengurangkan kolesterol jahat atau LDL. Caranya adalah dengan memakan setengah sudu serbuk kulit kayu manis setiap hari. Serbuk ini juga boleh ditambah sebagai pemanis di dalam minuman kopi atau teh. Satu kajian di Jerman mendapati bahawa kulit kayu manis menyekat sepenuhnya penyebab kebanyakan jangkitan saluran urinari dan kulat yang bertanggungjawab untuk jangkitan yis vagina pada wanita.
Walaupun terdapat khasiat dan kebaikan kulit kayu manis, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Wow...banyak khasiat kulit kayu manis ni kan, ini salah satu perubatan tradisional yang telah diamalkan sejak dari zaman nenek moyang kita lagi. So bagi sesiapa yang mahu mencuba, boleh la cuba petua-petua tadi yer. Tetapi pada zaman sekarang, agak sukar dan malas untuk kita mencuba petua-petua ini, betul tak?? Hehehe..Jadi saya ingin perkenalkan pada anda semua vitamin Shaklee yang boleh membantu memudahkan kita menangani sesetengah masalah kesihatan. Nak tahu vitamin apa? Boleh baca pada entry berikutnya nanti ;)
Credit : karangkraf.com
0 comments
Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)