Eina Md Ali - Pengedar Shaklee | Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya

    • Home
    • Produk Shaklee
    • _Produk Shaklee
    • _Senarai Harga
    • _Krisis Pemulihan
    • Sijil HALAL Shaklee
    • Set-Set Cadangan
    • _Set Bajet Shaklee
    • _Set Kurus Shaklee
    • _Set Kulit Cantik Shaklee
    • _Set Kesuburan Shaklee
    • _Set Hamil Shaklee
    • _Set Berpantang Shaklee
    • _Set Menyusu Shaklee
    • Youth Skincare
    • _Youth Info
    • _Youth Mask
    • _Youth Restoring Eye Treatment
    • _Youth Testimonial
    • _Senarai Harga Youth
    • Testimonial
    • Kenali Saya
    • _Siapa Saya
    • _Why I Shaklee
    • _My Shakleeeffects
    • Bisnes Shaklee
    • _Kenapa Shaklee
    • _Keistimewaan Shaklee
    • _Faedah & Ganjaran Ahli Shaklee
    • _Landmark Study
    • _Cara Daftar Ahli
    • _Daftar Ahli Online


    Assalamualaikum. 

    Eina doakan semoga anda sihat dan dilindungi Allah hendaknya ya.

    Pada waktu sukar ini, Eina percaya semua orang dalam keadaan berjaga-jaga dan sangat mengambil berat tentang kebersihan dan kesihatan diri.

    Sangat penting untuk kita tingkatkan imun sistem sebagai langkah pertahanan terbaik bagi melawan virus atau infeksi.

    Di Shaklee, hampir kesemua vitamin berfungsi dapat bantu menguatkan imun sistem kita supaya sel pertahanan badan akan jadi lebih kuat.

    Disini Eina kongsikan rangkaian vitamin yang boleh dijadikan sebagai usaha untuk kita melawan virus-virus seperti batuk, demam, selsema agar tidak teruk atau berpanjangan. InsyaAllah.

    Anda boleh pilih mana-mana set kuatkan imun mengikut keperluan anda.

    Set Kuatkan Imun Basic (ESP & Vitalea)
    Dua vitamin ini adalah asas untuk kuatkan imun sistem 

    👉Protein adalah blok asas dalam pembinaan SEL IMUN khasnya antibodi. Antibodi adalah protein berbentuk Y, yang melekat pada permukaan bakteria dan virus untuk membunuh mereka. 

    👉Cara mudah untuk memastikan anda memperoleh 28 jenis vitamin dan mineral penting bagi memastikan kesejahteraan harian anda adalah dengan pengambilan multivitamin Vitalea.


    Set Kuatkan Imun Emerald (ESP, Vitamin E, Carotomax)

    👉Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi adalah sumber tenaga yang mampu bertahan lama. Ini yang diperlukan oleh tubuh anda untuk memperbaiki dan membina tisu-tisu baru. Ia mudah dihadam, menambah keperluan protein harian anda terutamanya untuk orang tua, dan sesiapa yang memerlukan snek cepat untuk meningkatkan tenaga.

    👉Vitamin E - Memaksimumkan tindakan makrofog 'mencari dan musnahkan' kuman. Sangat penting terutamanya untuk mereka yang sudah berusia.

    👉Carotomax - Pro Vitamin A untuk meningkatkan penghasilan sel imun, merangsang keupayaan bakteria untuk dibunuh oleh sel darah putih dan makrofaj


    Set Kuatkan Imun Silver (ESP & Vivix)
    👉ESP adalah sumber protein yang berkualiti tinggi.
    👉Protein adalah blok asas dalam pembinaan SEL IMUN khasnya antibodi. Antibodi adalah protein berbentuk Y, yang melekat pada permukaan bakteria dan virus untuk membunuh mereka.

    👉Vivix adalah minuman botani yang lazat mengandungi campuran botani Shaklee sendiri yabg terdiri daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Knotweed Jepun dan Lobak Ungu.
    👉Sumber makanan yang berwarna-warni ini bersifat antioksidan untuk memberikan perlindungan kepada kesihatan yang lebih baik.



    Set Kuatkan Imun Gold (ESP, Nutriferon, Vivix)
    👉Protein yang membina blok asas imun terutamanya antibodi yang berbentuk Y yang akan melekat pada permukaan virus dan bakteria untuk membunuh mereka.

    👉Nutriferon - Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk mencegah jangkitan flu, kuman dan bakteria.

    👉Vivix - Polifenol tinggi antioksidan untuk melindungi sel imun dari kerosakan.



    Ok, Eina harap pengambilan set-set di atas dapat membantu anda ikhtiar untuk tingkatkan imun sistem supaya menjadi lebih kuat lawan radikal bebas atau sebarang penyakit yang berbahaya. InsyaAllah. Mencegah lebih baik dari merawat.

    Eina doakan semoga anda kekal sihat, tambah sihat, tambah kuat demi orang-orang tersayang.


    Kalau nak register ahli dan terus beli di website, boleh klik sini >>> Daftar dan Order di Website Shaklee Di Sini

    atau

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading

    Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai jenis kuman, bakteria ataupun virus. Tanpa kita sedari kuman ini sebenarnya ada di mana-mana sahaja, contohnya di handphone, di mesin ATM, di tombol pintu, kuman juga ada pada wang kertas dan juga syiling.

    Lebih menakutkan apabila kita terdedah kepada cecair yang jatuh dari batuk atau bersin daripada orang yang sakit. Ia akan lebih mudah terjangkit.


    Ada 5 cara untuk meningkatkan sistem imun badan kita.


    1. Membina antibodi dengan PROTEIN. Protein adalah blok asas dalam pembinaan SEL IMUN khasnya antibodi. Antibodi adalah protein berbentuk Y, yang melekat pada permukaan bakteria dan virus untuk membunuh mereka.

    2. Meningkatkan dan membaiki sel imun. Antioksidan vitamin A, C dan E membantu meningkatkan kuantiti dan aktiviti sel imun. Lebih banyak sel imun yang lebih sihat, ia dapat melawan jangkitan

    3. Mengaktifkan dan memperkuatkan imun respon. Interferon adalah penting untuk fungsi imun yang sihat. Interferon adalah keluarga pengantara yang boleh meningkatkan pelbagai sel imun dalam tubuh badan. Signal akan menjadi lebih kuat untuk memastikan sel imun sentiasa berjaga. 

    4. Memperkuat fungsi imun. Zink dan bawang putih dapat meningkatkan fungsi imun. Ia dapat memastikan sistem imun kuat untuk melawan jangkitan. Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan tempoh jangkitan.

    5. Mengekalkan hidrasi untuk imun respon yang sihat. Badan yang terhidrat bantu membawa nutrien ke seluruh badan dan mengeluarkan toksin. Ia adalah sebagai benteng dan kubu yang kuat untuk pertahanan.


    Sistem imun kita adalah pertahanan terbaik melawan virus atau infeksi.

    Sistem imun kita adalah ibarat pahlawan.

    la melawan mana-mana bendasing yang memasuki badan dan mengenali kuman termasuk virus, toksin, dan bakteria.

    Jadi, dengan memastikan imun sistem kita sihat dan kuat adalah penting untuk kesihatan, lebih-lebih lagi apabila kita dalam keadaan pandemik.


    Set Shaklee Bantu Tingkatkan Sistem Imun


    Kalau nak register ahli dan terus beli di webiste, boleh klik sini >>> Daftar dan Order di Website Shaklee Di Sini

    atau

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina



    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading
    Resepi Ayam Masak Thai


    Dah beberapa kali buat, Alhamdulillah menjadi dan sedap dimakan 😋.

    Resepi ni husband yang forward, tak ingat dia ambil kat mana. Senang dan mudah disediakan. 😁

    Kalau tak ada idea nak masak apa atau tak pernah cuba resepi ni, bolehlah cuba ya.

    🌈Bahan-bahan
    10 ketul bahagian ayam (digoreng)
    1 biji bawang holland (dipotong bulat)
    2 batang serai (diketuk)
    Daun limau purut (dihiris kasar)
    2 sudu sos tiram
    2 sudu sos cili
    Garam secukup rasa
    Minyak
    Sedikit air

    🌈Bahan kisar
    3 ulas Bawang merah
    5 ulas Bawang putih
    5 biji Cili merah
    3 biji Cili hijau
    2 biji Cili api

    Ok, cara memasak boleh tengok kat gambar.


    Panaskan minyak. Tumiskan bawang holland, daun limau purut dan serai sampai menusuk kat hidung korang. 🤭

    Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak, jangan sampai pecah kuali pula eh 😝
    Dah pecah berderai minyak tu, bolehlah masukkan sos tiram dan sos cili

    Masukkan garam secukup rasa. Serbuk perasa sikit. Then, kalau agak pekat, boleh letak sikit air. Biar menggelegak sekejap

    Masukkan ayam yg dah digoreng tadi. Kacau-kacau sampai sebati, sehati sejiwa. Eina tambah tomato dan taburkan sikit parsley, saje nak nampak cantik. Ikut suka hati korang la nak tambah or tabur apa. Nak tabur daun ketumbar pun boleh. Dah siap dah tu

    Ok, siap dah Ayam Masak Thai. Dah buat sekali, mesti nak buat banyak kali. hehe

    Selamat mencuba.

    ***Silakan share jika bermanfaat untuk anda dan yg lain
    Continue Reading


    Nutriferon sangat bagus untuk kuatkan imun. Ia dihasilkan dari 4 bahan botani iaitu biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle. Memang semulajadi.

    Pada tahun 1970, Dr. Yasuhiko Kojima, ahli imunologi terkenal dunia, telah menemui cara untuk meningkatkan ketahanan badan secara semula jadi serta menguatkan daya tahan badan. Bersama rakan penyelidik yang lain, mereka menyaring, menguji dan menilai lebih daripada 200 jenis herba yang berbeza.

    Akhirnya, kombinasi empat bahan botani daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle telah dipilih kerana keberkesanannya dalam melindungi dan memberi ketahanan badan yang baik, secara semula jadi.

    Nutriferon memang berkesan dalam melindungi dan memberi ketahanan badan dengan baik. Eina satu family ambil Nutriferon ni untuk kuatkan imun. Anak-anak pun Eina bagi.

    Kesannya boleh nampak dengan cepat tau. Kalau demam, memang cepat kebah. Suhu badan cepat jer turun. Eina sendiri dah lama tak ambil Panadol. Kalau ada selsema atau batuk, InsyaAllah tak teruk sangat dan tak berpanjangan.
     
     
    8 Manfaat Utama Nutriferon Shaklee
     
    1. Membantu mengurangkan hipertensi tahap kolesterol yang tinggi.
     
    2. Membantu mempertingkatkan sistem imun badan
     
    3. Merangsang pengeluaran migrofog untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman
     
    4. Membantu melindungi tubuh daripada virus microb termasuk flu dan influenza
     
    5. Membantu mengurangkan simptom PMS
     
    6. Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria
     
    7. Membantu mengurangkan infeksi dan pesakit Hepatitis B dan C
     
    8. Membantu mengurangkan masalah ketidakselesaan selepas rawatan kimoterapi.
     
    Musim COVID-19 ni, sangatlah digalakkan kita kuatkan antibodi, tingkatkan imun sistem untuk kuat lawan gejala-gejala atau pelbagai penyakit-penyakit lain. So, sangatlah disarankan ambil Nutriferon ni untuk kekuatan sistem pertahanan badan.

    Untuk maintain sihat, just ambil sekali seminggu pun dah ok. Atau ambil bila perlu. InsyAllah, membantu. Boleh juga larutkan 1 sachet Nutriferon ni dalam segelas air panas atau sejuk.
    Oleh kerana Nutriferon menyerap kelembapan dengan mudah, sila gunakannya sebaik sahaja dibuka.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina

    Kalau nak register ahli dan terus beli di webiste, boleh klik sini >>> Daftar dan Order di Website Shaklee Di Sini


    Boleh hubungi Eina untuk apa-apa bantuan ok. ;)

    ~~~~~

    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya

    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar beli barang keperluan.

    Waktu-waktu begini, sangatlah penting kita jaga kebersihan.

    Kita tak tau siapa pembawa, kita tak boleh cam atau kenal samaada seseorang itu dijangkiti atau tidak.

    Kita pun tak tau, barang yang kita pegang seperti troli atau apa sahaja tu benar-benar bebas kuman atau tidak kan.

    So please, selepas balik dari keluar beli barang keperluan dan bersesak-sesak di pasar raya atau di mana-mana kedai tu, jangan terus pegang atau peluk anak-anak.

    Ini langkah PENTING yang perlu dilakukan.

    1. Buka topeng muka, masukkan ke dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah.

    2. Elakkan menyentuh, memeluk anak dan ahli keluarga.

    3. Pergi ke tandas dan tanggalkan pakaian, rendam ke dalam air sabun.

    4. Pergi mandi, cuci seluruh badan, tangan dan muka dengan sabun.

    5. Baru bertemu keluarga.

    Langkah selepas pulang beli barang keperluan atau makanan, perintah kawalan pergerakan, covid-19


    Jaga diri, jaga keluarga dan sama-sama kita ikuti Perintah Kawalan Pergerakan untuk terus duduk di rumah bagi hapuskan penularan COVID-19 ini.

    InsyaAllah, kita doa sama-sama moga Allah lenyapkan virus COVID-19 ini sebelum Ramadhan. Aminnnn

    #StaySafe
    #StayAtHome
    #FightCovid19
    Continue Reading

    Ini adalah antara nasihat kesihatan dari Majlis Keselamatan Negara yang boleh kita amalkan bagi memastikan tubuh badan sentiasa sihat dan terhindar dari sebarang penyakit yang memudaratkan terutamanya wabak yang sedang melanda sekarang iaitu COVID-19.

    • Kita amatlah digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat. Ini termasuk sentiasa mengamalkan cara pemakanan yang sihat, aktif secara fizikal, tidak merokok di dalam rumah dan sentiasa tenang serta mengamalkan pengurusan stress yang positif.
    • Memastikan makanan yang dibeli berada dalam keadaan baik dan tidak melangkaui tarikh luput. Makanan yang sudah rosak boleh menyebabkan keracunan makanan.
    • Bagi orang awam yang mempunyai penyakit kronik, pastikan bekalan ubat mencukupi dan teruskan mengambil ubat-ubatan mengikut jadual
    • Melakukan pembersihan persekitaran di kediaman dan premis masing-masing termasuklah aktiviti disinfeksi.
    Selain dari itu juga, pengambilan nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam amalan gaya hidup sihat.

    Berikan badan anda sokongan dan perlindungan yang diperlukan agar anda dapat menikmati kehidupan yang menakjubkan.



    Sedekad yang lalu, terdapat banyak faedah terhadap potensi manfaat kesihatan daripada tumbuhan yang mengandungi polifenol sebagai antioksidan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 4,000 kajian mengenai kebaikan polifenol yang menunjukkan kebaikannya terhadap tubuh badan anda.

    • Vivix -  Minuman botani yang lazat mengandungi campuran botani Shaklee tersendiri daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Knotweed Jepun dan Lobak Ungu. Sumber makanan yang berwarna-warni ini bersifat antioksidan untuk memberikan perlindungan kepada kesihatan yang lebih baik.



    Walaupun kita sedar dan tahu akan pemilihan diet yang sihat setiap hari, tetapi pengambilan suplemen juga penting dan merupakan salah satu cara untuk mengisi jurang pemakanan harian kita.

    Ini adalah dengan menyediakan badan kita dos nutrisi sihat bererti tubuh kita mempunyai sumber untuk memperbaiki kesihatan dalaman, melawan tekanan pencemaran dan menjana tenaga untuk membolehkan kita hidup dalam kadar dan kualiti yang diinginkan.

    • Vitalea Iron Plus - Cara mudah untuk memastikan anda memperoleh 28 jenis vitamin dan mineral penting bagi memastikan kesejahteraan harian anda.
    • Energizing Soy Protein (ESP) - Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi adalah sumber tenaga yang mampu bertahan lama. Ini yang diperlukan oleh tubuh anda untuk memperbaiki dan membina tisu-tisu baru. Ia mudah dihadam, menambah keperluan protein harian anda terutamanya untuk orang tua, dan sesiapa yang memerlukan snek cepat untuk meningkatkan tenaga.
    • Sustained Release Vita-C Plus - Badan anda tidak boleh menghasilkan atau menyimpan Vitamin C, jadi pastikan untuk menambah vitamin yang mempunyai peranan dalam kesihatan gigi, gusi, tulang dan segalanya
    • Omega Guard - EPA dan DHA adalah lemak baik yang diperlukan oleh setiap bahagian tubuh anda. Tubuh anda memerlukannya tetapi ia tidak dapat dihasilkan sendiri, maka, dos harian spektrum penuh 7 asid lemak Omega-3 tulen akan membantu tubuh anda kekal sihat.



    Jadikan nutrisi dan kesihatan sebagai keutamaan dengan mengekalkan rutin anda setiap hari.

    • CarotoMax -  Melindungi sel-sel dari dalam. Membekalkan enam karotenoid penting termasuk astaxantin, alfa dan beta karotena, likopena, lutein dan zeaxantin daripada ekstrak pekat. Purata pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena hanyalah 8mg - CarotoMax® menyediakan lebih 13mg karotenoid yang sangat bermanfaat.*

    TAHUKAH ANDA?
    Jika pemakanan anda tidak mengandungi banyak tomato, lobak merah, dan sayur-sayuran hijau, anda mungkin tidak mendapat nutrien utama yang diketahui dapat membantu melindungi tubuh.

    • Sustained Release Vita-C Plus - Badan anda tidak boleh menghasilkan atau menyimpan Vitamin C, jadi pastikan untuk menambah vitamin yang mempunyai peranan dalam kesihatan gigi, gusi, tulang dan segalanya
    • NutriFeron Granules - diformulasi untuk menjaga kesihatan badan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi secara semulajadi. Ia memberikan anda badan yang kuat dan kesihatan yang baik. NutriFeron Granules mengandungi campuran proprietari empat jenis ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle, yang secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan umum dan menguatkan badan.
    • Vitalea Iron Plus - Cara mudah untuk memastikan anda memperoleh 28 jenis vitamin dan mineral penting bagi memastikan kesejahteraan harian anda.
    • Garlic Complex - Bawang putih adalah tumbuhan dalam keluarga bawang, ditanam untuk kegunaan semasa memasak dan digunakan secara tradisional untuk kesihatan secara umum. Alisin, yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh.

    * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
    Ini iklan produk ubat.

    Jika kita tidak mengambil nutrien yang tidak cukup dalam kehidupan seharian, ia boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan kita. Tambah memburukkan lagi keadaan, apabila tabiat gaya hidup kita hari ini sering mengabaikan waktu makan yang tidak teratur dan tidak menitikberatkan kandungan nutrisi dalam pengambilan makanan. Malah ia boleh membawa kita kepada pelbagai penyakit.

    Mulakan dengan badan anda. Dapatkan kesihatan yang baik. Lengkapkan nutrisi keluarga anda untuk mengekalkan kesihatan juga mengurangkan risiko dari mendapat pelbagai penyakit berbahaya. 😍


    Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan keahlian percuma? Klik link di bawah untuk register.

    Daftar dan beli produk Shaklee di website

    Atau

    Hubungi Eina di bawah, untuk Eina bantu anda. ;)

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading

    Ini adalah senarai talian-talian Hotline Kementerian-Kementerian yang boleh dihubungi bagi memudahkan orang ramai berurusan sepanjang tempoh 'Perintah Kawalan Pergerakan'.





    Talian Hotline MPIC



    Talian Hotline Kementerian Luar Negeri



    Talian Hotline MITI


    Talian Hotline Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

    Jadi orang ramai yang ingin berurusan dengan Kementerian-Kementerian di atas, anda bolehlah menghubungi no talian seperti yang tertera di atas.

    Sama-sama kita jalankan tanggungjawab dengan menjaga kesihatan diri, keluarga dan orang lain dengan menyahut saranan kerajaan untuk #StayAtHome sepanjang tempoh 'Perintah Kawalan Pergerakan' dijalankan untuk menghapuskan wabak #COVID19.

    Continue Reading

    Nak jadi ahli Shaklee secara PERCUMA tak?

    Ok, boleh sangat guys.

    Ada beberapa set yang boleh korang beli ikut keperluan korang dan automatik korang akan jadi ahli.

    Tak perlu bayar fee yang RM35 tu dah.

    Eina share beberapa set cadangan untuk korang seperti di poster.

    Memandangkan dah tak lama lagi kita nak puasa, so ini antara set-set cadangan yang boleh korang pilih ikut keperluan korang ok.


    💥Set 1 - Set Puasa + Cantik @ RM385 (Free Membership)


    Ada Vitamin C, Performance Drink, ESP dan Omegaguard.

    Set ni, sangat membantu tambah tenaga masa puasa. Boleh tahan lapar juga tau. Then, kita akan kekal dehydrate. Sebab Performance Drink tu bantu kekalkan cecair dalam badan dan kita akan kurang rasa haus. Haaa, lagi satu once korang consume set ni, automatik kulit korang pun jadi sihat cantik. Best ke best. 😍


    💥Set 2 - Set Puasa + Kurus @ RM397 (Free Membership)


    Ada Lecithin, Performance Drink, ESP, Omegaguard dan Herb-Lax

    Ok, set ini pula sangat sesuai untuk korang yang berhajat turunkan berat badan masa puasa. Selain dapat tambah tenaga, set ni juga dapat bantu korang tahan lapar. Dalam masa yang sama, set ini bantu pecahkan lemak dalam badan dengan lebih efektif. Yes, Lecithin dan Omegaguard bantu pecahkan lemak korang. Then, Herb-Lax bantu proses detox untuk buang lemak-lemak tu. Ok 😋


    💥Set 3 - Set Puasa + Gastrik @ RM332 (Free Membership)


    Ada Ostematrix, Peppermint Ginger, Performance Drink, ESP dan B-Complex

    Ok, this is the best set untuk korang yang ada masalah gastrik. ESP, Peppermint Ginger & Ostematrix sangat-sangat membantu masalah Gastrik. Ia bantu kurangkan angin dalam badan dan bekalkan protein yang boleh bantu tahan kenyang lebih lama. Dalam masa sama, korang pun akan tetap bertenaga masa puasa. InsyaAllah

    ***

    Oh ya, yang stated #SetCantik kat situ, secara dasarnya boleh jer golongan lelaki ambil ok. Tak ada masalah pun.

    Boleh share suami isteri. Sharing is caring kan. Baru lah sihat cantik berjemaah. Hehe 😉


    Apa istimewanya jadi ahli ni?

    Untuk korang yang memang consume Shaklee, Eina suggest korang terus register jadi ahli.

    Dapat jimat 15% - 20% dari harga pasaran tau. Then, boleh dapat cash bonus juga.

    So sambil-sambil consume vitamin hari-hari tu kan, bukan setakat badan jer jadi sihat, boleh dapat bonus lain juga. Iaitu bonus cantik, bonus kurus & cash bonus juga. Hehe

    Lepas tu, next purchase dan seterusnya korang boleh beli dengan harga ahli dah. Then, korang boleh grab macam-macam promo Shaklee yang semuanya best-best dan berbaloi.

    Untung ke untung? ☺

    Nak register sendiri? Bolehhh, klik jer link bawah ni ok.
    Daftar dan Beli Produk Shaklee di Website

    Kalau ada yang nak tanya tentang set-set lain atau apa-apa vitamin, boleh terus jer wasap kat link bawah ok


    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading

    ResV diformulasi secara saintifik untuk menyokong dan mengekalkan kesihatan untuk kehidupan yang lebih aktif dan penuh bertenaga.

    Keistimewaan ResV Shaklee
    • Campuran proprietari saintifik polifenol, yang diformulasi daripada anggur muscadine, salah satu buah-buahan dari alam semula jadi, dan dipertingkatkan dengan Knotweed Jepun, Pati Anggur, Delima, Chebulic Myrobalan, Black Currant, Anggur Merah dan Lobak Ungu.
    • Disokong dengan 6 paten. Ia adalah paten bagi proses pengekstrakan untuk mengekalkan bioaktif polifenol.
    • Semula jadi. Tiada penambahan perisa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. Tiada penambahan gluten.

    Testimoni ResV Shaklee Badan Cergas Bertenaga


    Testimoni ResV Shaklee Badan Cergas Bertenaga
    Kita consume ResV start dari hari Selasa lepas (Esok genap seminggu). Memang konsisten ambil ResV 2 biji sebelum tidur, tak skip
    Sebenarnya hari pertama consume tu memang dah nampak kesan dah sebenarnya. Memang setiap malam tak cukup tidur dan tidur lewat. Try ambil 2 biji ResV, esok tu bangun memang rasa badan tu bertenaga, nak bangun pun mudah, takde liat-liat. Sakit-sakit badan pun kurang tau.
    Malam tadi test jugak skip ResV, nak tengok ada beza tak kalau tak makan. Memang badan rasa tak energetic, badan rasa tak sedap, so terus laju-laju ambil ResV balik.
    - Pn Irine Nadia Marcello

    Testimoni ResV Shaklee Badan Cergas Bertenaga
    Selepas makan ResV ni, badan tak rasa letih walaupun sehari suntuk duduk dalam kelas. Lepas tu drive balik lagi. Sampai di rumah tak kelepek pun. Memang best.- Pn Lisa Sueriati Omar

    *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

    Ini adalah ikan produk tradisional.

    KKLIU 0204/2020
    MAL19096091TC

    Harga ResV Shaklee

    Kandungan ResV Sebotol: 60 softgel yang bertanda huruf V
    Harga Pasaran: RM 510 
    Harga Ahli : RM408

    Tapi jika anda membeli sebotol ResV ini, anda layak menerima

    👉 Free Membership bernilai RM35 (terus dapat harga ahli)

     
    Nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina



    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Ketika negara melangkah ke masa-masa yang mencabar untuk merangkumi wabak COVID-19 menerusi Perintah Kawalan Pergerakan, Astro berkomited untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dengan memaklumkan dan menghiburkan mereka. 


    Berkuat kuasa 06:00 pagi pada hari Rabu, 18 Mac, semua pelanggan Astro boleh menikmati tontonan percuma semua saluran filem di Astro dan Astro GO. Mereka termasuk HBO, FOX Movies, Celestial Movies, tvN Movies, BollyOne dan banyak lagi. 

    Penggemar filem boleh menikmati musim baru "Westworld" di HBO, filem blockbuster seperti "Avengers: End Game" di Fox Movies, "Parasite" di tvN Movies dan banyak lagi. 

    Senarai Saluran Filem tersedia untuk semua pelanggan termasuk: 
    • BOO
    • HBO
    • Cinemax
    • FOX Movies
    • FOX Family Movies
    • FOX Action Movies
    • tvN Movies
    • Celestial Movies
    • Astro Citra
    • Tayangan Hebat
    • Thangathirai
    • BollyOne
    • HITS Movies
    • Celestial Classic Movies
    Lancar semua rancangan kegemaran anda pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan Astro GO. 

    Muat turun aplikasi Astro GO melalui App Store atau Google Play. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh mengakses Astro GO di astrogo.com.my. 

    Pelanggan NJOI juga akan mendapat akses percuma ke dua saluran tambahan, KIX dan Nat Geo WILD. 

    Tayangan percuma berakhir pada 11:59 PM pada hari Selasa, 31 Mac 2020. 

    Untuk maklumat lanjut mengenai pratonton percuma ini, sila layari www.astro.com.my.
    Continue Reading

    Marilah kita sama-sama menyekat penularan wabak virus COVID-19 yang sangat membimbangkan ini dengan menyahut seruan 'Perintah Kawalan Pergerakan' yang telah diumumkan oleh kerajaan bermula dari 18hb Mac 2020 hingga 31hb Mac 2020. Saranan ini adalah demi keselamatan kita bersama.

    Antara isu berbangkit berkaitan 'Perintah Kawalan Pergerakan', disandarkan pada Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988; Akta Polis 1967

    1. Majlis Keraian/Perkahwinan/Kenduri
    Pernikahan dibolehkan (tidak melibatkan kehadiran ramai)
    Majlis persandingan, resepri serta majlis lain disarankan tangguh

    2. Barangan keperluan habis
    Dibenarkan keluar membeli & terus balik

    3. Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing
    Dibenarkan pulang ke Malaysia dengan syarat pasangan membuktikan kesahan perkahwinan, sama ada didaftarkan dengan kerajaan Malaysia atau kerajaan negara asal & jalani pemeriksaan kesihatan & kuarantin sukarela

    4. Pelajar-pelajar di luar negara
    Dibenarkan pulang ke Malaysia & perlu jalani pemeriksaan kesihatan & kuarantin sukarela

    5. Pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia & telah pulang ke negara asal sebelum perintah dikeluarkan
    Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara (essential services) dibenarkan masuk semula ke Malaysia. Migran asing perlukan satu surat pengesahan daripada majikan & perlu dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia semasa di pintu masuk

    6. Rakyat Malaysia bekerja di Singapura
    Mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia tidak dibenarkan keluar masuk secara harian & perlu memaklumkan kepada majikan masing-masing

    7. Individu yang merancang bercuti di Malaysia & telah membuat pembayaran
    Orang ramai dilarang pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial, dinasihatkan tidak meneruskan percutian

    8. Mengambil rakan pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektor berkaitan pekhidmatan penting negara
    Dibenarkan, dengan cepat dan ringkas

    9. Kelas ganti sekolah
    Tidak perlu

    10. Kelas pengajian & aktiviti melibatkan pelajar IPT awam & swasta serta Institut Latihan Kemahiran
    Tertakluk kepada perintah

    11. Pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam & swasta khususnya pelajar luar negara
    Pelajar IPT awam & swasta perlu kembali ke kediaman masing-masing. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal & tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang perintah berkuatkuasa
    Pelajar asing yang mahu terus berada di Malaysia & menginap di fasiliti IPT awam/swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT

    12. Kedai makanan (makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja)
    Buka, tetapi hanya makanan yang dibawa pulang atau melalui perkhidmatan penghantaran (seperti Grab Food atau Food Panda)

    13. Pengangkutan (Bas, LRT, MRT, KTM)
    Pengangkutan awan diteruskan

    14. Bayaran penginapan yang telah dijelaskan sebelum perintah diumumkan
    Perlu berbincang dengan pihak hotel

    15. Solat jenazah & tahlil di rumah (bukan pesakit COVID-19)
    Diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama kariah masjid/surau. Hanya solat jenazah tanpa tahlil.


    Kredit : Majlis Keselamatan Negara
    Continue Reading
    Seluruh dunia terkesan dengan COVID19. Seluruh dunia rasa takut akan virus kecil yang Allah turunkan ini. Makhluk Allah ini tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Tapi ia mampu melumpuhkan sesiapa sahaja.

    Di samping kita mengamalkan langkah-langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan diri dan menjaga kesihatan, sebagai umat Islam, mari kita sama-sama perbanyakkan berdoa memohon perlindungan dari Allah SWT agar dijauhkan dari wabak penyakit berbahaya ini.




    " Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada penyakit gila, kusta, sopak dan sebarang jenis penyakit yang menggerunkan".

    - Riwayat An-Nasa'i : 5493

    Sama-sama kita aminkan doa ini. Moga Allah terus berikan kita perlindunganNya. InsyaAllah
    Continue Reading
    Istimewa untuk kita nak sambut puasa tak lama lagi, Shaklee ada buat promo diskaun 10% untuk set-set twinpack dibawah
    .
    Promo ini bermula dari 1hb April 2020 hingga 30hb April 2020.



    1. Twinpack Cinch Shake Mix


    Kaya dengan protein dan kalsium. Mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian. Bantu untuk tahan kenyang lebih lama.

    Cinch Shake ni boleh bantu turunkan berat badan juga tau. Ia mengandungi Leusina yang bantu pertumbuhan otot tanpa lemak dan kurangkan keletihan juga.

    So, sesuai untuk korang yang berazam turunkan berat badan masa puasa nanti. 👍🏻


    2. Twinpack Cinch Energy Tea Mix & Twinpack Meal Shake


    Untuk korang peminat tegar kafein, Cinch Tea ni sangat sesuai dijadikan pengganti kafein.

    Cinch Tea sangat membantu tingkatkan tenaga disamping tingkatkan kadar metabolisma kita. Then bantu badan kita jadi segar sepanjang hari.

    Rasanya sedap tau. Favorite Eina ni. Memang Eina ambil setiap hari. 😋

    Ok, Mealshakes sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kalau ada anak-anak korang yang berpuasa. Boleh bagi diaorang minum Meal Shakes masa sahur.

    Banyak khasiatnya tau. Kaya dengan kalsium, zink, serat dan protein. Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

    Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan.

    So, disamping bantu anak-anak berpuasa, Meal Shakes sangat bagus untuk kesihatan anak-anak. 😍


    3. Twinpack Performance Drink


    Performance Drink membantu mengekalkan cecair dalam badan kita, so kita akan kurang rasa haus semasa berpuasa. Dalam masa yang sama Performance Drink beri tenaga berpanjangan. InsyaAllah, korang akan rasa kurang letih. Badan pun tak lemah walaupun berpuasa. Recommended ok.

    *****

    Harga sangat berbaloi dan jimat banyak tau. Boleh simpan untuk puasa nanti.

    Then, kalau korang beli 2 Twin Pack, korang dapat FREE Shaklee Pack & Go Bag.

    Nak lagi jimat, korang register jadi ahli dan boleh terus dapat harga ahli ok.

    Klik sini untuk register ahli 👉 Daftar dan Beli Online Di Sini

    Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Eina untuk Eina bantu ok.

    ~~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina

    Continue Reading


    ResV adalah produk terbaru dari Shaklee. Ia dibangunkan secara semulajadi dengan kemajuan saintifik yang disokong oleh 6 Paten. Mengandungi Spektrum Polifenol yang luas bagi menyokong kesihatan umum dan mengekalkan keremajaan serta hidup yang lebih bersemangat.


    Antara soalan-soalan lazim tentang ResV Shaklee adalah


    Apa itu ResV?

    ResV diformulasikan secara saintifik untuk menyokong kesihatan supaya tubuh badan kita lebih muda dan bersemangat.

    Ia diperbuat daripada gabungan polifenol dan ekstrak botani dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Anggur Pomace, Pomegranate (Buah Delima), Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka), Anggur Hitam, Anggur Merah dan Lobak Ungu.


    Apakah perbezaan antara Vivix dan ResV?

    Melalui penyelidikan Shaklee, terdapat beberapa jenis polifenol yang mempunyai kesan positif terhadap kesihatan sel.

    Shaklee telah mencipta campuran yang lebih seimbang dari pelbagai sumber-sumber polifenol semulajadi untuk "meniru" rapat spektrum polifenol.

    Selain polifenol dari anggur muscadine, ResV kini mengandungi polifenol dari buah delima, ekstrak anggur merah, cherobic myrobalan dan banyak lagi. Berdasarkan data daripada kajian mengenai polifenol dan resveratrol, Shaklee telah meningkatkan resveratrol dan polifenol untuk menghasilkan profil polifenol yang lebih aktif.


    Apa yang membuat Anggur Muscadine berbeza dari anggur lain?

    Anggur Muscadine adalah salah satu buah anggur yang berkuasa dengan profil polifenol yang unik dan mempunyai beberapa manfaat kesihatan.

    Tidak seperti anggur lain, Anggur Muscadine mempunyai kepekatan ellagitannins dan acid ellagic yang hebat. Ia mampu menghasilkan kuasa antioksidan yang besar. Anggur Muscadine atau dikenali "Super Grapes" juga boleh hidup dalam persekitaran yang sukar.

    Profil fenolik anggur ini yang unik memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, ragi, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain lebih rapuh dalam persekitaran ini.


    Adakah ResV disahkan sebagai Halal?

    Ya. ResV disahkan Halal oleh Perkhidmatan Islam Amerika (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM)


    Bagaimanakah formula ResV 30% lebih kuat daripada Vivix?

    Spektrum polifenol telah diubah dari Vivix dan jumlah polifenol setiap hidangan telah meningkat.

    Dalam kajian makmal, formula ResV ditunjukkan sebagai 30% lebih kuat untuk menghalang pembentukan protein AGE berbanding dengan Vivix.

    Perbezaan potensi seperti yang dikesan oleh ujian AGE adalah semata-mata kerana perubahan dalam spektrum polifenol kerana perbandingan dibuat pada penghantaran polifenol yang sama. Buktinya adala dalam ujian.


    Berapa banyak ResV yang perlu saya ambil dalam sehari?

    Dos yang disyorkan ialah 2 kapsul sehari


    Berapa lama jangka hayat ResV?

    ResV mempunyai rak 24 bulan dari tarikh pengeluaran


    Bilakah saya harus mengambil Vivix dan ResV?

    Ambil Vivix setiap hari, sebaik-baiknya dengan hidangan, pada waktu pagi sebagai perlindungan untuk anda menjalani hari anda dan mengambil ResV pada waktu malam kerana kebaikan tidur anda untuk menyokong pembaikan badan.


    Perlukah ResV disimpan di dalam peti sejuk?

    ResV tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Kami mengesyorkan anda menyimpan ResV di bawah 30°C dan melindungi dari cahaya dan kelembapan untuk mengekalkan kesegaran yang optimum dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.


    Apakah langkah berjaga-jaga yang perli diambil sebelum mengambil ResV?

    Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar orang ramai yang berada di bawah penjagaan seorang doktor atau penyakit atau yang sedang mengambil ubat preskripsi, perlu berbincang tentang penggunaan ResV dengan doktor kesihatan mereka.


    Siapa yang sesuai mengambil ResV?

    ResV direka untuk orang dewasa yang berkaitan dengan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan dan bagi mereka yang sentiasa dalam perjalanan.

    Anda boleh membawa dan mengambil ResV bila-bila masa, di mana sahaja.

    ResV tidak digalakkan untuk wanita hamil atau menyusu atau sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah.


    Sumber : https://www.shaklee.com.my/content/resv


    Harga ResV Shaklee

    Kandungan ResV Sebotol: 60 softgel yang bertanda huruf V
    Harga Pasaran: RM 510 
    Harga Ahli : RM408

    Tapi jika anda membeli sebotol ResV ini, anda layak menerima

    👉 Free Membership bernilai RM35 (terus dapat harga ahli)

     
    Nak order atau nak tanya apa-apa, wasap jer Eina ok.

    Klik Sini Untuk Terus Whatsapp Eina



    Nak beli dengan harga ahli? Klik daftar keahlian di sini >>> Daftar Keahlian dan Beli Produk di Website Shaklee

    ~~~~
    Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    Whatsapp : www.wasap.my/60192275759
    FB : Eina Md Ali
    Facebook Page: Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya - Eina Md Ali
    Facebook Page: Eina Md Ali - Pengedar Shaklee USJ Subang Jaya
    IG: kedainutrisiusjsubangjaya
    IG: kulitcantik.byeina
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search Any Topic Here

    Tentang Saya

    Salam Ukhuwah. Hai, saya Eina Md Ali, Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak 2013. Pengasas MFS Empire juga merupakan pemilik perniagaan Kedai Nutrisi USJ Subang Jaya dan telah mengamalkan produk Shaklee sejak tahun 2013 hingga kini. Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi Eina di 019-2275759.

    Disclaimer

    Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

    Misi Kami

    Misi Kami
    Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas (Shaklee) dan pencipta multivitamin pertama di A.S. (Membawa Kesejahteraan Sebenar ke Seluruh Dunia Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan bukti saintifik, kami komited menghasilkan produk dan alatan yang diperluikan untuk kehidupan yang paling sihat.)

    Set Bajet Shaklee

    Set Bajet Shaklee

    Popular Post

    • Hero Kiddo Shaklee - Produk Baru Shaklee
      Memperkenalkan produk terbaru Shaklee Hero Kiddo Gummies sudah berada di pasaran Malaysia. Finally, dah boleh beli dah. Alhamdulillah. 😍 E...
    • Promosi Shaklee Ogos 2021
      Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos dah, bulan kemerdekaan negara kita. Semoga baik-baik sahaja untuk semua.  Ok, seperti biasa Shaklee akan...
    • 3 Jenis Protein Tumbuhan Untuk Kurus dan Kulit Cantik
      Selain air, PROTEIN adalah komponen utama dalam jaringan tubuh. Ia adalah nutrien PENTING untuk PERTUMBUHAN. Protein DIPERLUKAN untuk MEMPER...
    • Testimoni ESP dan Vitamin C Untuk Jerawat
      JERAWAT adalah masalah biasa sering terjadi pada kulit wajah. JERAWAT berlaku apabila liang-liang pori pada kulit tersumbat dengan minyak, ...
    • Life Shake Elderberry Shaklee - Produk Baru
      Life Shake Elderberry merupakan hidangan semua-dalam-satu yang lengkap, kaya dengan protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral, dengan ta...

    Blog Archive

    • ►  2025 (3)
      • ►  Jun 2025 (2)
      • ►  Mar 2025 (1)
    • ►  2021 (24)
      • ►  Oct 2021 (1)
      • ►  Aug 2021 (1)
      • ►  Jul 2021 (3)
      • ►  Jun 2021 (6)
      • ►  May 2021 (1)
      • ►  Apr 2021 (4)
      • ►  Mar 2021 (2)
      • ►  Feb 2021 (4)
      • ►  Jan 2021 (2)
    • ▼  2020 (96)
      • ►  Dec 2020 (3)
      • ►  Nov 2020 (15)
      • ►  Oct 2020 (14)
      • ►  Sep 2020 (11)
      • ►  Jul 2020 (3)
      • ►  Jun 2020 (3)
      • ►  May 2020 (9)
      • ►  Apr 2020 (18)
      • ▼  Mar 2020 (17)
        • Cadangan Set Shaklee Untuk Kuatkan Imun
        • 5 Cara Untuk Tingkatkan Sistem Imun Tubuh Badan
        • Resepi Ayam Masak Thai
        • Nutriferon Shaklee Bantu Kuatkan Imun Sistem
        • Langkah Penting Selepas Pulang Dari Beli Barang Ke...
        • Tips Untuk Tubuh Kekal Sihat dan Kuat Agar Terhind...
        • Talian Hotline Agensi Kerajaan Yang Boleh Dihubung...
        • Jadi Ahli Shaklee Secara PERCUMA
        • Testimoni : Badan Cergas Bertenaga dengan ResV Sha...
        • Tontonan Percuma Semua Saluran Filem di Astro dan ...
        • Perintah Kawalan Pergerakan (Antara Isu Berbangkit)
        • Doa Hindari Wabak Penyakit - COVID19
        • Promosi Shaklee : Puasa dengan Shaklee
        • Soalan Lazim Tentang ResV Shaklee
        • Promosi Jom Shaklee Welcome Set
        • Promosi Shaklee Mac 2020
        • ResV Shaklee - Produk Terbaru
      • ►  Feb 2020 (1)
      • ►  Jan 2020 (2)
    • ►  2019 (88)
      • ►  Dec 2019 (2)
      • ►  Nov 2019 (10)
      • ►  Oct 2019 (13)
      • ►  Sep 2019 (7)
      • ►  Aug 2019 (8)
      • ►  Jul 2019 (13)
      • ►  Jun 2019 (2)
      • ►  May 2019 (7)
      • ►  Apr 2019 (1)
      • ►  Feb 2019 (5)
      • ►  Jan 2019 (20)
    • ►  2018 (106)
      • ►  Dec 2018 (18)
      • ►  Nov 2018 (8)
      • ►  Oct 2018 (12)
      • ►  Sep 2018 (10)
      • ►  Aug 2018 (8)
      • ►  Jul 2018 (6)
      • ►  Jun 2018 (8)
      • ►  May 2018 (6)
      • ►  Apr 2018 (4)
      • ►  Mar 2018 (21)
      • ►  Feb 2018 (4)
      • ►  Jan 2018 (1)
    • ►  2017 (29)
      • ►  Dec 2017 (2)
      • ►  Nov 2017 (3)
      • ►  Oct 2017 (1)
      • ►  Sep 2017 (6)
      • ►  Aug 2017 (4)
      • ►  Jul 2017 (1)
      • ►  May 2017 (4)
      • ►  Apr 2017 (4)
      • ►  Mar 2017 (1)
      • ►  Feb 2017 (3)
    • ►  2016 (53)
      • ►  Dec 2016 (1)
      • ►  Nov 2016 (1)
      • ►  Oct 2016 (7)
      • ►  Sep 2016 (6)
      • ►  Aug 2016 (7)
      • ►  Jul 2016 (4)
      • ►  Jun 2016 (6)
      • ►  May 2016 (3)
      • ►  Apr 2016 (2)
      • ►  Mar 2016 (7)
      • ►  Feb 2016 (3)
      • ►  Jan 2016 (6)
    • ►  2015 (109)
      • ►  Dec 2015 (8)
      • ►  Nov 2015 (15)
      • ►  Oct 2015 (23)
      • ►  Sep 2015 (29)
      • ►  Aug 2015 (16)
      • ►  Jul 2015 (2)
      • ►  Jun 2015 (5)
      • ►  May 2015 (2)
      • ►  Apr 2015 (1)
      • ►  Mar 2015 (2)
      • ►  Feb 2015 (3)
      • ►  Jan 2015 (3)
    • ►  2014 (53)
      • ►  Dec 2014 (5)
      • ►  Nov 2014 (5)
      • ►  Oct 2014 (1)
      • ►  Sep 2014 (2)
      • ►  Aug 2014 (1)
      • ►  Jul 2014 (2)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  May 2014 (7)
      • ►  Apr 2014 (5)
      • ►  Mar 2014 (11)
      • ►  Feb 2014 (8)
      • ►  Jan 2014 (1)
    • ►  2013 (123)
      • ►  Dec 2013 (3)
      • ►  Nov 2013 (13)
      • ►  Oct 2013 (10)
      • ►  Sep 2013 (8)
      • ►  Aug 2013 (12)
      • ►  Jul 2013 (20)
      • ►  Jun 2013 (28)
      • ►  May 2013 (28)
      • ►  Apr 2013 (1)

    Hubungi Saya

    Name

    Email *

    Message *

    Media Social

    • FB
    • Twitter
    • IG
    • FB
    • PINTEREST
    • IG

    Followers

    Pageviews


    facebook Twitter instagram pinterest google plus bloglovin

    Created with by BeautyTemplates - Protemplateslab.

    Back to top