Tips Penjagaan Kesihatan Mental Semasa Pandemik COVID-19.

12:05 AM


Bukan senang nak biasakan diri dalam norma baharu sekarang ni kan. Totally berubah. Masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, Eina akui agak janggal bila tak boleh langsung keluar rumah. Rasa terkurung and sometime rasa tepu sangat otak tak dapat tengok dunia luar. Kesian juga kat anak-anak yang tengah membesar ni. Tapi tetap juga kena ikut and kena buat demi keselamatan dan kesihatan diri.
 
Ada sesetangah hari tu kita ok jer, tapi most of the time kita rasa akan stress sikit. Betul tak? Kalau dibiarkan boleh menyebabkan kemurungan melampau sebab emosi kita tak stabil kan. Waktu tidur jadi tak menentu, makan pun ikut suka. Secara tak langsung boleh sebabkan kesihatan terganggu juga.
 
Sejak gelombang kedua dan ketiga Covid19 ni, kita dah mula terbiasa dengan norma baharu. Tapi kita kena pandai urus emosi kita supaya tidak rasa tertekan.
 
Di bawah ni ada beberapa tips penjagaan kesihatan mental semasa pandemik Covid19 yang dikongsikan oleh  Kementerian Kesihatan Malaysia.


1. Jaga kata-kata dan pertuturan supaya tidak menambahkan stress atau mencetuskan panik.

2. Kekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Jangan asingkan diri.

3. Jaga keperluan asas diri seperti makan, berehat dan tidur secukupnya

4. Elakkan dari melakukan aktiviti tidak sihat seperti merokok, minum arak atau mengambil dadah

5. Apabila berada di rumah, lakukan aktiviti yang bermanfaat

6. Lakukan senaman dan kekal aktif

7. Kongsi perasaan anda dengan orang yang anda percayai.


So, ini antara tips ringkas dan mudah yang boleh kita buat untuk penjagaan mental waktu pandemik sekarang ni. Kalau kita stress, anak-anak pun akan ikut stress. Betul tak?

Macam Eina, kalau nak luahkan atau nak bercerita sesuatu, Eina akan call mak atau adik perempuan Eina kat kampung. Sembanglah apa pun, janji dapat hilangkan rasa stress. Alhamdulillah, sangatlah membantu. Selain tu memang Eina akan sibukkan diri dengan bisnes jer la. Sembang dengan kawan-kawan bisnes. Boleh bertukar-tukar cerita juga kan. Hehe

Paling penting jangan tinggalkan Allah. Solat & bacalah Al-Quran sebanyak mana yang boleh. Kerapkan berzikir. Eina selalu dengar zikir-zikir kat Youtube. Sambil buat kerja rumah, sambil dengar zikir. Sangat menenangkan.

Semoga fizikal dan mental kita sentiasa kuat lalui situasi Pandemik Covid19 ni. InsyaAllah

You Might Also Like

22 comments

  1. Bagus juga ingatkan balik cara untuk kekalkan mental yang sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena selalu remind benda-benda mcm ni utk kesihatan mental kita kan.

      Delete
  2. orang igt during pandemic tak akan ada isu mental health ni, tapi actually.. byk terjadikan.. jadi tips ni sngt penting..thank you sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, cuma tidak didedahkan jer. Sama2 Atie :)

      Delete
  3. betul kak, kalau tak jaga memang boleh stress jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk kesan sampingan kalau terlampau stress kan. So, memang kena jaga

      Delete
  4. ank 5 ni lagi la kena jaga kesihatan mental kak.hehe

    ReplyDelete
  5. Emosi sepanjng pendemik ini memang luar biasa jadinya.. Semoga semuanya baik-baik sahjaa kan Eina..
    Salam perkenalan, sha follow sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, semoga semuanya baik-baik jer ya. Salam perkenalan Sha. Tq Sha :)

      Delete
  6. Saya setuju. Terima kasih, Eina, share tips.

    ReplyDelete
  7. awal PKP tu bahagia sbb duk kampung, mcm2 blh dbuat. PKPB skrg ni aduhhh, sesak jiwa sbb d bandar. btl2 tkurung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk bandar ni mmg rasa terkurung sgt kan. Moga Allah kurniakan kesabaran yg tggi pd kita. Aminnn. InsyaAllah

      Delete
  8. ya betul tu. kadang2 tu saya ada juga rasa nak stress tu sbb berkurung dalam rumah dgn ada kerja nya lagi, assignment lagi. btw thanks for sharing the tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly akan ada rasa stress bila kerap terkurung. So, sangat penting kita ambil tahu tips2 macam ni kan. Moga bermanfaat. Sama2 :)

      Delete
  9. Mmg skrg zaman yg sukar buat Kita semua amat penting jaga kesihatan fizikal dan mental

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sekarang ni kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal

      Delete
  10. Semoga kita semua sentiasa sihat mental dan fizikal

    ReplyDelete
  11. tips yg baik ni..

    kak kenapa iklan kt blog akk ni mcm menggangu je saya nak tengok blog akk,ke saya sorg je alami
    ni..hahah tak boleh nak tekan 'X' pon iklan tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, sorry tgh setting td tu. Rasanya dh ok dah. Tq tau singgah blog akak. 😁

      Delete

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)